Ariana Sofea memandang kosong dinding bilik gelapnya itu. Sudah seminggu dia meratapi pemergian seorang insan yang sangat bermakna dalam hidupnya. Matanya sembab akibat air mata yang tidak berhenti mengalir sejak dia mendapat berita kematian arwah mak longnya Puan Rashida, dunianya seakan terhenti seketika, semua benda disekelilingnya menjadi asing, dirinya hancur dari segi mental dan fizikal. Lamunannya terhenti apabila mendengar ketukan di pintu biliknya.
"Ria sayang bukaklah pintu ni" Lembut sahaja suara Encik Noor memanggil anak perempuan kesayangannya itu. Pintu itu dibuka dan Encik Noor mengatur langkahnya kearah Ariana yang sedang duduk di birai katil. Dia melabuhkan punggung di sebelah Ariana dan mengusap lembut rambut gadis itu.
"Ayah tahu adik rindu mama tapi anak ayah seorang ni kan kuat"
"Macam mana nak kuat kalau adik dah hilang orang yang adik sayang" Ariana menepis tangan bapanya dan terus berdiri.
"Kalau ayah rasa benda ni senang nak terima, I think you better leave" keras sahaja nada suara Ariana apabila bercakap dengan bapanya.
Ariana merupakan seorang anak yang sangat manja dengan bapanya sejak kecil tapi semuanya berubah sejak 3 tahun lalu, dimana dia menjadi saksi kecurangan bapanya sendiri dengan ibu rakan baiknya dan selepas kejadian itu semuanya berubah. Ariana berubah dari seorang anak yang manja dan penyayang menjadi seorang yang degil dan keras kepala.
"Ariana please stop this kind of behavior" nada suara Encik Noor bertukar menjadi lebih tegas.
"Ayah yang buat Ria jadi macamni, ayah yang buat Ria benci Ayah" Ariana memandang tepat kedalam anak mata ayahnya yang sedang menahan amarah.
"Stop it Ariana Sofea, don't make me cut off your allowance"
"I don't care, cut off lah, ni ke cara seorang ayah treat anak dia ? Ayah yang buat Ria jadi macam ni" keluhan berat dilepaskan oleh Ariana dan dia tunduk memandang kearah lantai, menahan air matanya dari jatuh membasahi pipi.
"Ayah tak berniatpun nak buat Ariana sampai macamni" Encik Noor cuba mendekati Ariana namun langkahnya terhenti apabila melihat air mata yang jatuh membasahi pipi anak gadisnya itu.
"Keluarlah, Ria tak nak bercakap dengan ayah"
Encik Noor hanya patuh dan terus berlalu pergi, dari bilik anak perempuannya yang seorang itu. Apabila daun pintu itu ditutup rapat, Ariana terus jatuh terduduk dan membiarkan air matanya jatuh membasahi pipi. Kejadiaan 2 tahun lepas masih segar diingatannya sehingga keharini.
**Flashback**
Ariana menggeluarkan telefon bimbitnya dari dalam handbag miliknya dan laju sahaja menekan nombor telefon bapanya. Namun semua panggilan telefon itu terus masuk kedalam peti simpanan suara. Ariana melepaskan keluhan berat dan terus menelefon kakaknya.
"Hello kakak, ayah ada kat rumah tak"
"Takde ayah mana ada kat rumah, kenapa ni?"
"Dari tadi Ria cuba Telefon ayah tapi semua panggilan masuk voicemail" dia hanya mampu melepaskan keluhan berat dan Aqilah hanya menggelengkan kepala.
"Takpelah Ria, ayah kamu sibuklah tu nanti mesti dia telefon semula, dahlah apa-apa terus telefon kakak" Ariana terus menamatkan panggilan dan teruskan perjalanan dia untuk balik kerumah.
Semasa sedang berjalan dipinggir jalan kakinya terhenti apabila melihat Encik Noor bersama perempuan simpanannya sedang makan bersama-sama di sebuah kafe. Tanpa berfikir panjang Ariana terus meluru masuk kedalam kafe tersebut.
"Ayah" itu sahaja yang mampu keluar dari mulutnya sebelum dia menyibah secawan air kepada wanita itu.
"Ini balasan sebab keluar dengan suami orang" belum sempat Encik Noor ingin berkata sesuatu, Ariana terus melangkah keluar dari kafe tersebut.
**End of flashback**
Lamunan Ariana terhenti apabila mendengar ketukan dipintu kamarnya. Namun Ariana hanya mendiamkan diri sehingga mendengar suara seorang wanita yang berada dibalik daun pintu itu.
"Ria ni ibu, bukak pintu ni nak" lembut sahaja suara Puan Karmila memanggil anak perempuannya itu.
Ariana terus bangun dari birai katil dan terus membuka daun pintu itu.
"Ibu nak cakap sikit dengan Ria boleh ?" Ariana hanya menganggukkan kepala dan memberi laluan kepada Puan Karmila untuk masuk kedalam bilik sebelum menutup rapat daun pintu itu.
Puan Karmila duduk dibirai katil dan mencapai kedua belah tangan anaknya itu sambil memandang tepat kedalam mata Ariana.
"Ria kena janji dengan ibu untuk dengar semua benda yang ibu nak sampaikan dan redha dengan semua yang dah jadi ok ?" Ariana hanya menganggukkan kepalanya.
"Ibu dengan ayah dan bercerai, cumanya masih belum ke mahkamah" Ariana tersenyum sinis.
"Ouh baguslah tu, biarkan dia pergi dekat perempuan tu, dia ingat kita taktahu ke yang dia masih berhubungan dengan perempuan tu. Hidup dengan penuh dosa ingat boleh bahagia"
"Ariana sudahlah tu ? Ayah dah lama bernikah dengan perempuan tu. Dah 3 tahun ayah bernikah dengan dia di belakang kita" mata Ariana membutang mendengar maklumat yang disampaikan oleh ibunya.
"Apapun yang jadi dia tetap ayah Ria, tolong ingat tu. Jangan sesekali biadap dengan dia" pesan Puan Karmila dengan nada yang tegas kepada Ariana kerana dia tahu akan sikap degil dan keras kepala anak perempuannya.
"Orang macam tu layak ke digelar sebagai seorang ayah ataupun suami ? Ibu kalau nak nasihatkan Ria baik ibu simpan jer niat ibu tu" Ariana terus bangun dari duduknya dan terus berjalan kepintu.
"Ria nak keluar, nak pergi taman depan tu" dia terus mengatur langkah keluar dari bilik itu dan membiarkan Puan Karmila keseorangan.
Tanpa menghindarkan keadaan sekeliling, Ariana terus keluar dari rumahnya dan menuju ke taman permainan yang terletak berdekatan dengan kawasan rumahnya. Dia duduk diatas sebuah buaiyan dan hanya memandang kosong pada telefom bimbit ditangannya dan tanpa dia sedari air mata jatuh membasahi pipi.
"Kenapa mama tinggalkan Ria cepat sangat. Ria tak kuat nak berdiri sorang-sorang ma. Ria rindu mama" hanya tangisan yang mampu meluahkan segala isi hati dan segala perkara yang bermain difikiran.
YOU ARE READING
Unspoken Story [OG]
Non-Fiction[On Going] Aqil Safwan | Ariana Sofea "I'm sorry for everything I've done to you, I truly regret it and now Im back with the better version of me, please let me fix us this time" -Aqil Safwan "After you dah buang I dua tahun lepas, lepas I merayu un...