Bab 1

104 7 0
                                    

Cahaya yang menembusi dari tirai kamar itu cukup membuatkan Ariana terbangun dari tidurnya yang lena. Belum sempat dia bangun dari katil secara tiba-tiba kedengaran bunyi panggilan masuk dari telefonnya. Lalu Ria segera mencapai telefon pintarnya itu dan menjawab panggilan tersebut.

"Yer awak saya dah bangun" ucap Ria seraya menggosok matanya.

"Lambatnya bangun, mentang-mentang sekarang tengah pkp suka pulak dia bangun lewat yer. Bangun lepastu mandi, nanti jangan lupa masuk kelas, dah naik tingkatan 5 ni kenalah rajin masuk kelas walaupun online jer"

"Yerlah nak mandilah ni, kecoh jer orang tahulah nak mandi" dia mengeluh kecil.

Sudah menjadi rutin Danish untuk menelefon Ariana setiap pagi untuk pastikan dia tidak terlajak bangun dan ponteng online class seperti sebelum ini.

"Dah pergi mandi tau bye" Danish terus menamatkan panggilan telefon dan Ariana terus bangun lalu mengatur langkah kebilik mandi.

Selesai sahaja mandi dan bersiap, Ariana terus turun kedapur untuk bersarapan sebelum dia memulai harinya, langkahnya terhenti apabila dia melihat sosok tubuh encik Noor yang sedang menghirup secawan kopi lalu Ariana terus melepaskan keluhan berat. Sebaik sahaja dia ingin masuk semula kedalam bilik suara encik Noor kedengaran.

"Ria sinilah teman ayah sarapan" lembut sahaja ajakan encik Noor dengan harapan anaknya itu akan lembut hati.

Ariana terus mengatur langkah ke meja makan dan duduk berhadapan dengan bapanya.

"Macam mana belajar semua ok ke ? Kalau nak apa-apa bagitahu jer ayah"

"Takpe tak perlu, ayahkan dah banyak tanggungan sekarang, dari tinggal tanggung sorang jer anak yang masih sekolah, tiba-tiba kena tambah lagi tiga" sinis sahaja nada suara Ariana apabila mendapati bapanya itu terdiam seribu Bahasa.

"Ni ayah buat apa datang sini ? dahlah tengah musim covid buatnya terkena jangkitan dah menyusahkan orang lain"

"Ayah pergi kedai dekat kawasan sini tadi itu sebab ingat nak singgah sekejap nak jenguk anak ayah ni" Encik Noor cuba menyentuh bahu anak perempuannya itu tapi terhenti ketika dia mendengar telefon pintarnya berbunyi.

"Ha tu isteri baru dah cari" Ariana tersenyum sinis sebelum bangun dari duduknya dan berlalu pergi.

"Ria kejap"

"Yer nak apa ?"

"Temanlah ayah makan sekejap, lepasni ayah terus balik kalau Ria dah tak suka ayah dekat sini lama-lama" Ariana hanya patuh dan terus duduk semula berhadapan dengan encik Noor.

"Kenapa tak jawab call tu ?" Ariana memandang kearah telefon bapanya.

"Takpelah yang tu tak penting, anak ayah ni lagi penting"

"Ria rasa macam nak drop semua subjek sains" Ariana mengeluh dan memandang encik Noor.

"Boleh ?"

"Kenapa nak berhenti benda yang adik minat ? bukan dari adik sekolah rendah ke adik dah cakap dengan ayah yang adik nak sangat masuk kelas sains tulen tu, ni kenapa tiba-tiba nak berhenti separuh jalan ? sikit jer lagi, ayah tahu kamu boleh" Encik Noor mengusap perlahan tangan anak perempuannya itu.

"Ria penat sangat yah, sumpah Ria dah penat. Ria dah tak sanggup nak bawak semua subjek tu" akhirnya jatuh juga air mata membasahi pipi.

"Ayah tahu Ria mampu nak bawak semua subjek tu, cumanya sekarang Ria perlukan rehat. Jangan berhenti dari benda yang kita sendiri dah mula, sikit jer lagi sebelum spm, ayah yakin anak ayah boleh" Encik Noor terus bangun dan memeluk erat anak perempuannya yang masih tidak berhenti menangis itu.

Unspoken Story [OG]Where stories live. Discover now