"ARIANA!"
"ARIANA!"
"ARIANA!"Ariana terbangun dari tidur yang lena akibat teriakan oleh Puan Karmila.
"ARIANA SOFEA BUKAK PINTU NI!" Dengan jantung yang berdegup kencang Ariana terus melangkah kearah pintu dan membukannya"
"Yes ibu kena-" belum sempat menghabiskan pertanyaan, satu tamparan hinggap dipipinya.
"Apa nak jadi ni Ariana Sofea ?" soal Puan Karmila.
"Apa yang Ria dah buat ?"
"Cikgu telefon ibu cakap kamu tak hantar kerja sekolah"
"Mana ada, Ria dah hantar pagi tad, ibu sendiri yang bawak Ria"
"Itu kerja minggu ni, cikgu cakap kerja minggu lepas, mana kerja tu ?" Terbutang mata Ariana teringat akan kerja minggu lepas.
Ariana terus berlari kearah meja belajarnya, selongkar setiap timbunan kertas yang berada diatas meja.
"Baru nak tercari-cari kertas tu, selamani tak nak pulak cari" Puan Karmila menarik rambut Ariana sehingga kepalanya mendongak keatas
"Aku nak kau cari kertas tu sampai jumpa faham ?"
"Iyer ibu, Ria faham" Puan Karmila melepaskan rambut anak Ariana dan duduk dibirai katil.
"Kau tahu tak, mak kau tu budak pandai tau, bapak kau pun sama tapi kenapa kau jadi macam ni ?"
Ariana melepaskan nafas lega apabila terjumpa kertas yang dicarinya dari tadi, belum sempat dia toleh kebelakang, Puan Karmila menarik pergelangan tangannya.
"Dah jumpa ?" Ariana hanya mengangguk.
"AKU TANYA DAH JUMPA KE !" PANG! Satu lagi tamparan hinggap dipipi Ariana.
"D-dah ibu"
"Kalau dah kau ambik semua alat tulis" Ariana hanya patuh dan pantas sahaja tangannya mencapai kotak pensil yang berada diatas meja.
Puan Karmila melepaskan pergelangan tangan Ariana dan menarik rambut anak gadis itu.
"Ibu sakit bu" esakkan mula terdengar dari celah bibir Ariana.
"Aku peduli apa dengan kau punya sakit tu, hati aku ni lagi sakit bila cikgu kau telefon pagi tadi" Puan Karmila terus mengheret Ariana keluar dari bilik sehingga kedepan pintu rumah.
Puan Karmila melepaskan rambut Ariana dan berjalan kearah dapur untuk mengambil tiga batang penyangkut baju.
"IBU, IBU, IBU, TAK NAK IBU!"
"Aku belum pukul lagi kau dah menjerit" ZAP! Satu libasan terkena pada peha Ariana.
"Ibu tak nak ibu, sakit ibu" tanpa menghiraukan raungan anak perempunyanya yang sedang kesakitan itu, Puan Karmila terus memukul Ariana sehingga satu daripada penyangkut baju itu patah.
"Satu dah patah ada dua lagi, kau nak kena lagi ke atau kau nak siapkan semua kerja kau ?"
"R-Ria s-siapkan"
"Kau bangun dan buat kat luar"
"Tapi ibu sekarang pukul tiga pagi" Puan Karmila tersenyum sinis.
"Peduli pulak aku sekarang pukul berapa, kau keluar sekarang"
"Tak nak ibu, Ria takut" Ariana memegang kedua belah kaki ibunya.
"Tolong ibu, Ariana mintak maaf"
"Sekarang baru nak mintak maaf, memang takkan ada guna, aku nak kau keluar sekarang"
YOU ARE READING
Unspoken Story [OG]
Non-Fiction[On Going] Aqil Safwan | Ariana Sofea "I'm sorry for everything I've done to you, I truly regret it and now Im back with the better version of me, please let me fix us this time" -Aqil Safwan "After you dah buang I dua tahun lepas, lepas I merayu un...