31:Exam akhir tahun!!

31 1 9
                                    

2 bulan berlalu..

Sekarang mereka semua perlu menduduki peperiksaan akhir tahun dan batch 06 perlu duduki SPM

Sekarang hidup Amani sudah jadi seperti biasa..2 bulan lepas akak yang selalu kacau Amani tu telah dibuang sekolah

Dari luar bilik displin Amani mendengar cikgu Hafizah memekik

"Bunga!?Kamu lagi!?Berapa banyak kali kamu nak buat kes setiap bulan?lebih 3 kali dalam sebulan kamu buat kes!Nak jadi apa kamu ni suatu hari nanti!?"Cikgu disiplin iaitu cikgu Hafizah sedang marah pada Bunga

Itu lah nama akak yang kacau Amani..Bunga Zahra..

"Kamu dah banyak kali kena gantung sekolah!Takkan tak serik lagi!?Nama kamu dah sedap tapi tak kena dengan perangai!Tolong lah berubah sikit!"Cikgu Hafizah memicit dahinya kerana pening.Dia mengeluh.

"Sekarang kes kamu ni teruk juga kacau orang sampai menghasut..Cikgu tak boleh nak kata apa dah lah cikgu terpaksa..."Ayat cikgu terhenti

"Buang kamu"Cikgu Hafizah menghabiskan ayat nya

Bunga hanya menunduk..Tak tau lah menyesal ke tak..

Dan itu kali terakhir Amani nampak Bunga Zahra..

Dan perkara sebenar yang berlaku punca dari Aqil juga..Dia bersubahat dengan Bunga..Aqil yang rancang semua ni supaya Aqil dapat Amani dan Bunga dapat Irsyad tapi semuanya sia sia..Setelah Bunga di buang sekolah Aqil berhenti menganggu Amani dan dia di pindahkan ke sekolah lain

2 bulan telah berlalu kini dia kena hadap exam untuk naik ke tingkatan 4..Target Amani adalah kelas paling depan..Kelas Ideal..Itu kelas paling depan..Dia mesti boleh lakukan yang terbaik..

Sebelum exam bermula,Amani sedang khusyuk membaca buku sejarah sama juga dengan rakan sekelasnya yang lain

"Amani!Tolong akuu!"Syafiqah menggoyang badan aku

"Allah!Kau ni kenapa?Stress nampak"Amani.

"Sejarah soalan apa yang keluar ni!?Aku tachod!"Syafiqah duduk tak tenang

"Soalan KBAT penting awak..Ingat point je..Kan aku dah bagi tips.Kau ikut tak?"Minggu lepas Amani ada bagi cara ulangkaji subjek sejarah kepada Syafiqah

"Tarikh dan nama sultan dengan apa segala jadah semua tu pun penting kan?"Syafiqah berkata laju.Dah macam rap.

"Iya awak"Amani mengangguk.

"Okey nice..Aku boleh ingat sikit sikit..Jawap leklok jap gi"Syafiqah pergi duduk di tempatnya semula

"Ya kau pun"Amani sambung baca buku dan cikgu pun masuk lalu terus memberi kertas soalan

Mereka menjawap dengan bersungguh-sungguh
_

Masa rehat telah tiba..Mereka semua pergi ke kantin sambil membawa buku.Sampai sahaja di kantin mereka pergi membeli makanan dan duduk di meja kantin

"Macam mana soalan sejarah tadi?Senang tak? Alhamdulillah aku boleh jawab tadi"Irish tersenyum.Rasa sangat bersyukur merana sejarah dia tadi dia jawab dengan sangat lancar

"Nak kata senang tak senang tapi aku boleh jawab sikit sikit."Syafiqah.

"Susah lah wey..Aku tak boleh jawab soalan bertulis"Luth.

"Soalan bertulis tu lah paling esay bagi aku!Kantoi lah kau tak baca buku"Syafiqah.

"Susah nak ingat nama sultan lah bongok!Kau ingat senang ke?Aku ni dah lah makan semut semua benda lupa"Luth membebel

"Patut lah bodoh makan semut rupanya"Irish menggeleng

"Aku je ke yang tak dapat tadi?"Akhirnya Izz bersuara

"Hmp..Patut lah diam je"Syafiqah.

Amani tertawa kecil.Izz ni kalau diam ada lah tu benda tak kena kalau tak dia paling bising dengan Luth

"Amani"Luth.

Amani menoleh pandang Luth

"Nak tanya boleh tak?"

"Tanya lah"

Yang lain diam menunggu soalan apa yang akan di lontarkan oleh Luth kepada Amani

"Tahun depan Irsyad dah habis sekolah..Pastu kau dengan siapa?Tak risau ke kalau Irsyad pergi belajar jauh jauh?Mesti kau rindu nanti"Luth.

Amani terdiam.Yang lain pun sama

Mula lah Amani overthinking

"Kalau keputusan dia nak belajar jauh jauh aku biarkan je lah dia pergi..Aku faham dia pun nak berjaya juga..Dia mesti nak capai cita cita dia mesti lah kena belajar jauh jauh.."Amani tersenyum

"Kan bagus macam ni..Tak lah macam Bunga"Syafiqah.

"Apa cakap macam tu!Orang ni kalau bab bab cinta memang bodoh..Kan Luth kan?"Izz menganjing.

"Menganjing nampak"Luth menjeling.

Semua tertawa setelah masa rehat tamat mereka semua menduduki exam

Sampai tahun ini tamat..

My Abang KRS://Sim JakeWhere stories live. Discover now