Hampir jam tutup kedai, Yumna masih setia memandang pintu masuk. Menanti tibanya seseorang. Mahu bertanya sama ada dia sudah baik atau tidak. Dan kalau dia buat salah, dia mahu mohon maaf.
"Kenapa ni? Dua hari kamu asyik pandang ke luar. Tunggu siapa?" Dua hari Yumna begini. Risau Puan Aina. Muka murung. Dari awal buka kedai hingga malam, jangankan senyuman, wajah Yumna langsung tak ada rasa. Datar seperti pasir di pantai.
"Tak ada apa." Yumna tunduk.
"Dua hari Yumna asyik termenung, bila akak tanya jawapan asyik kata tak ada apa. Cubalah cerita. Kalau Yumna ada masalah, akak tak keberatan nak hulur tangan."
Puan Aina ambil satu kerusi untuk duduk di samping Yumna. Bila lihat bibir Yumna sudah tersebik-sebik, tahulah dia Yumna sedang tahan tangisan.
"Kenapa? Siapa yang buat Yumna macam ni?" Puan Aina gapai tangan Yumna sebelum kekura tangan Yumna dielus lembut.
"Tak tahulah kak. Yumna tak henti berdoa, cuma nak nampak wajah tu kembali. Nak minta maaf kalau ada salah. Sekali aje, bagi Yumna peluang nak tatap dia sekali lagi. Nampak dia hari tu, Yumna rasa tak berdaya. Yumna mesej tak berbalas." Mengalir air mata Yumna ke pipi mulusnya. Laju dia seka. Tak pernah dia berdoa untuk bertemu seseorang kembali, namun Ezra buat dia sebut nama jejaka itu dalam setiap doanya. Berharap jejaka itu baik-baik saja.
"Wajah siapa? Siapa orangnya?" Puan Aina tanya.
Yumna hanya diam. Nak kata seseorang yang istimewa, dia dan Ezra baru berjumpa tiga kali. Kalau bukan kerana rasa bersalah, dia juga tak akan mencari mana perginya jejaka itu. Kenapa nak bebankan hati fikir tentang orang lain? Tapi kali ini dia rasa bersalah dan sebab itu dia akan terus mencari.
Puan Aina tahu mungkin Yumna nak simpan nama itu sendiri. Melihat Yumna bagai putus harapan, pasti orang itu penting pada Yumna.
"Doa yang baik-baik Yumna. Doa semoga setiap jalan yang dia ambil, akan bawa bahagia. Manalah tahu bahagia dia Yumna. Allah akan bawa dia jumpa Yumna kembali kalau itu yang Yumna nak. Siapa gerangan orang yang mampu buat Yumna tak senang duduk? Atau terpahat satu nama di hati Yumna?" Soal Puan Aina. Andaian sahaja yang Yumna sedang sukakan seseorang. Wajah itu ceria kadang sedih. Serupa orang bercinta. Dia pun pernah muda juga.
"Dia pelanggan kedai. Dia yang borong kedai akak." Yumna tunduk memandang lantai. Lembut hati dia untuk beritahu Puan Aina kerana bagi dia, Puan Aina saja keluarganya sekarang. Tak terikat oleh darah tapi terikat dengan hati. Dia anggap Puan Aina seperti kakak sendiri begitu juga Puan Aina.
"Ezra?" Dia pun lupa-lupa ingat nama pelanggan itu. Bukan tak hargai tapi sibuk kerja sampai apa yang jadi kelmarin saja dia tidak ingat.
Yumna angguk kepala.
"Apa yang jadi? Bukan dia tempat Yumna cuci mata?"
Aduh! Boleh pula Puan Aina ingatkan dia perkara itu. Memanglah tempat cuci mata. Salah Ezra juga. Kenapa kacak sangat? Kenapa exotic sangat?
Puan Aina tahan gelak melihat wajah tersebik Yumna. Asyik sedih dua hari, rindu juga senyuman dan lagak riang Yumna.
"Mungkin dia sedang sibuk uruskan sesuatu. Tak ada masa nak datang dan jumpa Yumna. Mungkin dia tak balas mesej sebab dia lupa. Yumna kata dia doktor. Doktor mana yang tak sibuk? Dia sibuklah tu dengan kerjaya. Fikir yang baik-baik. InsyaAllah kalau ada masa, dia pasti datang jumpa Yumna lagi. Dan yang pasti, masa tu Yumna minta maaf kalau ada silap pada dia dan dia pun akan maafkan Yumna kalaulah betul Yumna ada silap pada dia."
Yumna lirik wajah suci Puan Aina. Terubat sedikit hatinya. Betul kata Puan Yumna, dia harus positif. Jejaka itu pasti sibuk. Mungkin jejaka itu ada perkara penting yang harus diselesaikan.
![](https://img.wattpad.com/cover/359741039-288-k116198.jpg)
YOU ARE READING
Ezakiel Ezra I : The Soulless Puppet
Non-FictionCERITA BERAT! (AKAN KEMBALI!) "It was the hardest goodbye. Thank you mi alma" Ezakiel Ezra. Nama yang diberi oleh Ryan Stello kepada Carl Leo Pierre sebagai identiti barunya. Carl merupakan anak angkat di dalam keluarga Pierre. Satu keluarga yang me...