Hari demi hari berlalu. Genap dua minggu dan khabar baik masih belum kedengaran. Namun, doa buat Ezra tak pernah putus dalam lima sujudnya.
Tak semua orang beruntung. Tak semua orang ada kisah yang indah. Masing-masing ada sakit yang mereka lalui.
"Jauh termenung" Tegur Hanafi yang sedang berdiri di hadapan Yumna. Hari ini dia menolong Yumna menyiapkan puluhan gubahan bunga tempahan sempena musim graduasi. Alhamdullillah kedai bunga ini boleh beroperasi kembali.
Yumna pandang Hanafi sejenak sebelum tangannya kembali bergerak menyusun bunga cantik. Hasil tangan Yumna tak usah diragukan lagi, cantik dan indah. Tak akan ada kata kecewa.
"Hanafi?" Panggil Yumna.
Gunting yang sedang memotong tangkai bunga terhenti. Mata Hanafi memandang Yumna yang duduk di atas kerusi.
Yumna tak memandang. Tangannya masih bergerak membuat kerja.
"Apa pandangan awak tentang seorang banduan?" Soal Yumna tiba-tiba.
Hanafi senyum tipis. Dia tahu kisah Yumna. Semua dia sudah tahu.
"Sama-sama manusia. Aku tak pernah pandang serong pada seorang banduan. Aku yakin, mereka ada kisah mereka sendiri." Ikhlas bicara Hanafi. Siapa dia hendak menilai bila dirinya juga penuh kesalahan cumanya tak tertangkap.
"Kalau saya kata saya bekas banduan?" Nada Yumna bersahaja.
Hanafi kembali membantu Yumna membuat gubahan. Helaian plastik berwarna ungu diambil untuk dipotong.
"Aku tahu. Aku tahu kau bekas banduan Yumna. Tapi tak pernah terdetik di hati aku untuk pandang rendah pada kau. Aku tahu, kau tak salah."
Kini tubuh Yumna jadi kaku. Cuba menghadam satu demi satu kata yang keluar daripada mulut Hanafi.
"A-awak tahu?"
Hanafi hanya senyum sebelum angguk. Lama sudah dia tahu. Sejak pertama kali Ezra dekati Yumna, dia meminta Aadyan untuk mencari tahu biodata Yumna. Sekejap saja segala maklumat Yumna dapat dikumpulkan oleh Aadyan dengan hanya berbekalkan komputer dan papan kekunci.
"Aku tahu tuduhan yang dikenakan pada kau. Membunuh. Kau dibebaskan kerana peguam berjaya buktikan kau tak bersalah. Aku tahu yang kau pernah dipenjara selama 4 tahun." Ujar Hanafi. Dia tidak angkat wajah.
Dia mahu Yumna tahu seburuk apapun masa lalu Yumna, Hanafi masih akan kekal sebagai kawan gadis itu. Dia saat seperti ini, Yumna perlukan teman untuk hilangkan rasa sedih. Sedih kerana tak dapat bertatap mata dengan orang yang dia sayang. Memang dia tak berjaya gengam hati Yumna tapi sekurang-kurannya dia tak tinggalkan Yumna bersedih sendirian.
"M-macam mana awak tahu?" Yumna seakan tidak percaya. Baru hari ini Yumna ada kudrat mahu menceritakan masa lalunya tapi Hanafi sudah tahu dulu.
"Sebab aku polis" Tidak berani Hanafi angkat wajah untuk memandang kedua mata Yumna. Takut Yumna dapat mentafsir penipuan di balik matanya. Polis konon.
"A-awak p-polis yang uruskan kes saya?" Soal Yumna. Kalau benar, hebatnya takdir.
"Tak. Aku pernah dengar kes kau daripada rakan sekerja. Dari situ aku tahu tentang perkembangan kes kau."
Yumna tunduk malu. Malu yang rakannya sendiri tahu masa lalunya. Buruk cerita hidupnya tak usah dinafikan. Dia pernah menjadi insan yang dikurung di balik pagar besi. Namun, dia bersyukur Hanafi masih mahu menjadi sahabat yang baik buatnya. Sepanjang 4 bulan ketiadaan Ezra di bumi Malaysia, Hanafi yang berkorban waktu untuk membantu Yumna di kedai bunga, mendengar telahan demi telahan, rungutan demi rungutan Yumna.

YOU ARE READING
Ezakiel Ezra I : The Soulless Puppet
Kurgu OlmayanCERITA BERAT! (AKAN KEMBALI!) "It was the hardest goodbye. Thank you mi alma" Ezakiel Ezra. Nama yang diberi oleh Ryan Stello kepada Carl Leo Pierre sebagai identiti barunya. Carl merupakan anak angkat di dalam keluarga Pierre. Satu keluarga yang me...