Benarkah, jika kita ikhlas menerima takdir. Maka, Allah akan memakbulkan doa kita? Benarkah, jika jodoh itu masih milik kita. Maka, Allah akan mempertemukan kita semula meskipun cara itu terlihat kejam. Larilah, menjauhlah. Andai jodoh itu masih milik kita. Allah pasti akan mempertemukan kita semula.
Tetapi, aku masih lagi tertanya-tanya. Adakah takdir aku sudah lama terhenti setelah perpisahan itu? aku mengerti bahkan sangat tahu bahawa setiap jalan hidup kita telah di tentukan oleh Allah. Ringkasnya, aku yang dulunya hanya sebatas doktor di hospital biasa. Kini, berkhidmat untuk para tentera. Mengapa? kerana, ia sudah tertulis rezeki aku adalah untuk berkhidmat untuk para pejuang pula.
Afrin Baheera sebaris nama yang aku tidak pernah lupakan. Jika Bunga Anggerik Nathalia adalah wanita terakhir milik Shazrin Ammar. Begitulah sebaliknya. Wanita itu juga ialah wanita terakhir miliknya. Lucunya angan-angan itu terlalu tinggi sehingga aku takut untuk selalu berharap.
Rindu usah di kata. Setiap waktu bahkan setiap hari. Hanya nama itu yang selalu aku langitkan di dalam doa. Dua tahun mungkin kami berdua berpisah. Masing-masing tiada khabar. Dia juga hilang seakan di telan bumi. Apakah, dia sudah bahagia? jika benar firasat aku, aku doakan dia selalu bahagia kerana sepanjang dia bersama aku. Dia hanya kenal erti derita bukan bahagia.
Seiring waktu berjalan. Seiring itulah kedua kaki aku melangkah. Di persisiran pantai ini sangat tenang. Seolah, semua masalah aku di bawa terbang. Hilang. Angin-angin sepoi bahasa sangat memberikan mindaku segar.
Buk! "Ya Allah, saya minta maaf encik." Ucap suara seorang wanita yang bagi aku tidak asing menerpa di gegendang telinga.
Aku menelan liur kasar sebaik sahaja kedua mata kami bertembung. Dia kelu. Aku juga hilang diksi kata. Dua tahun kami membawa haluan masing-masing dan kini wanita itu berada di depannya.
"Shafiq?" wanita itu memanggil namaku dengan lembut.
Sebuah senyuman ia lemparkan kepadaku. Aku pula, lambat-lambat mengangguk. Kedua tangan aku masuki ke dalam poket seluar lorengku. Manakala, kedua mataku larikan agar tidak terlalu lama melihat dia, Afrin Baheera seorang wanita yang aku cintai.
"Fiq, awak sihat?" soalnya lagi dengan lembut.
"Alhamdulillah, saya sihat. Awak pula?" jawabku pula dengan nada lembut.
Afrin senyum.
"Alhamdulillah, saya pun sihat. Fiq, awak sibuk tak sekarang? saya nak bercakap tentang kita. Boleh?" kata Afrin Baheera lagi.
Aku mengangguk. Bersetuju untuk ajakan itu. Dan, kami berdua duduk di atas pohon kayu yang hanyut di depan pantai. Alang-alang kan?
"Awak nak cakap tentang apa?" soalku ingin tahu.
"Banyak, Fiq. Saya tak sangka awak dah capai cita-cita awak. Tahniah, Kapten." Ucapnya sambil tertawa kecil.
Aku melihat dia. Terkejut, kerana dia tahu semua itu. Tetapi, siapa yang melaporkan tentang itu kepada bekas isterinya?
"Saya tahu semua tentang awak Shafiq Ammar. Sebab, hati ini masih ada rasa cinta. Berpisah bukan bermakna saya buang awak terus dari hidup saya. Sebaliknya, saya nak beri ruang kepada kita berdua untuk saling muhasabah diri." Kata Afrin Baheera lagi.
Dia senyum. Bahagia.
"Fiq." Dia memandang aku bersama senyuman manis.
Senyuman itu yang selalu aku rindukan.
"Kita rujuk balik, nak?" soalnya pula dengan serius.
Aku terkelu. Lama aku memandang dia. Nafas aku tarik sebelum berbicara. "Afrin Baheera, saya cintakan awak. Bahkan untuk saat ini pun cinta itu masih ada. Tapi, untuk bersama semula. Saya masih ragu-ragu. Layakkah saya menjadi pemimpin awak sekali lagi?"
YOU ARE READING
SYARAT BAHAGIA | UN-EDITTED
Romance[BOOK I] Dia wanita terakhir milik, Shazrin Ammar. Sehina itukah seorang manusia yang tiada sebarang pendidikan di mata seorang Bunga Anggerik Nathalia? "Aku tahulah kau ni bodoh sebab tak sekolah. Tapi, takkanlah membaca pun kau tak pandai? Benda...