E P I L O G

6.7K 285 17
                                    

Bunga Anggerik Nathalia berdiri di tengah antara kerikil besi itu dengan kedua mata yang penuh dengan kebencian dan amarah yang meluap-luap. Walaupun, hukumannya setimpal dengan perbuatannya. Tetap sahaja, lelaki yang berada di dalam sarang besi itu telah menyebabkan ia kehilangan orang-orang yang dia sayang.

"Kenapa, kau bunuh keluarga aku?" soal Bunga Anggerik Nathalia dengan suara yang menahan amarah.

Lebih menyakitkan ketika si jejaka itu tertawa sinis tanpa rasa bersalah.

"Sebab kau terlalu angkuh dengan kedudukan kau Bunga Anggerik Nathalia. Jadi, untuk ajar kau. Aku terpaksa bunuh keluarga kau. Apa yang kau rasa, itulah apa yang aku pernah rasa!" Kata jejaka itu lagi dengan sinis.

Jika Bunga Anggerik Nathalia lupa. Biar dia ingatkannya semula. Dia adalah seorang lelaki yang mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Walaupun, hidupnya di dalam serba kekurangan. Tetapi, dia tidak pernah peduli. Asalkan, ibu dan ayah ada sisi itu sudah memadai.

"Aku pernah mengemis dekat kau. Aku pernah merayu dekat kau agar kau tolong ibu dan ayah aku sebab mereka sakit. Tapi, bila aku sampai di rumah kau. Kau halau aku! hina aku! bahkan, kau sumpah ibu dan ayah aku mati!" Katanya lagi.

Ya, dia masih ingat hari itu. Hari di mana ibu dan ayah tiba-tiba terkena serangan jantung sekaligus. Dia panik dan tidak tahu hendak berbuat apa. Oleh kerana, Tuan Fakhrul sangat terkenal dengan budi baiknya. Dia bergegas ke rumah agam itu untuk meminta bantuan. Namun, lain pula jadinya.

"Tak cukup ke bapak aku dah bagi kau kerja dekat kilang itu? tak malu ke mengemis dekat sini? eh, kalau mak bapak kau mati sekalipun, aku peduli apa?! kau ingat kereta dekat rumah aku ini, kereta untuk kebajikan ke?!" jerkah Bunga Anggerik Nathalia tanpa rasa bersalah.

Ketika itu, sedarkah dia bahawa hanya sedikit ihsan sahaja daripada dia. Kedua ibu bapa jejaka itu akan bisa terselamatkan. Namun, kerana sikap angkuhnya dua nyawa terpaksa melayang.

"Aku minta maaf." Ucap Bunga Anggerik Nathalia.

Dia mengenggam erat tangan sang suami yang berada di sisi. Keangkuhannya menyebabkan dia kehilangan hampir seluruh anggota keluarganya.

"Faiz, dendam itu tak akan bawa ke mana. Kalau pun, kedua orang tua kau berjaya di bawa ke hospital. Mereka tetap akan meninggal kerana Allah dah tulis bila dan di mana kita akan meninggal." Kata Shazrin Ammar pula dengan lembut.

Faiz terdiam. Jelas raut wajah itu menyimpan seribu kekesalan kerana bertindak mengikut kata hati. Bisikan Iblis itu nyata.

"Aku minta maaf sebab terlalu angkuh dengan harta hingga aku lupa apa yang aku ada hanyalah pinjaman semata-mata. Aku minta maaf sebab hina kau. Aku..." Kata-kata Bunga Anggerik tergantung di situ.

"Minggu depan, aku dah di kenakan hukuman. Aku juga minta maaf dan aku maafkan kau." Kata Faiz pula lalu bangun dan meninggalkan mereka berdua yang hanya memasak mata melihat kepergiaan jejaka itu.

"Paksu." Fatimah Zahra menatap bapa saudaranya bersama senyuman manis.

Shafiq Ammar memandang si anak saudara.

"Ya baby." Sahutku bersama senyuman.

"Ini rumah baru maksu ke?" soal Fatimah Zahra polos sambil tangan si kecil itu menunjukkan pusara yang tertera nama arwah isterinya.

SYARAT BAHAGIA | UN-EDITTEDWhere stories live. Discover now