E P I L O G [FINALE]

7K 201 6
                                    

Beberapa belas tahun kemudian...

"Fiq."

Suara garau milik abang benar-benar mematikan lamunan panjangnya. Wajahnya pula mendongak memandang Shazrin Ammar  bersama senyuman kecil. 

"Banyak sangat ke kerja di hospital itu, sampai Fiq bawa balik dekat rumah?" soal Shazrin Ammar prihatin. 

Dia sangat mengenali Shafiq Ammar. Jarang-jarang adik bongsunya ini akan menyambung pekerjaan yang tertangguh di rumah. Jika dia membawa pulang kerjanya. Mesti ada sesuatu yang menganggu si adik. 

"Tak ada lah banyak sangat. Fiq, cuma bawa balik data-data pesakit Fiq. Nak semak sikit." Jawab Shafiq Ammar pula.

Shazrin Ammar pula mengangguk. Dia melihat si adik begitu serius melihat helaian demi helaian kertas pesakitnya. Dia melihat nama yang tertera yang berada di atas kertas itu.

"Bintang Alaina?" Shazrin Ammar si adik pelik. 

Shafiq Ammar mengangguk. 

"Pesakit Fiq yang paling lama Fiq rawat. Hingga sekarang, dia masih tak boleh terima hakikat yang tunangnya dah meninggal dunia." Kata Shafiq Ammar pula memulakan cerita. 

"Fiq pula macam mana? Fiq dah boleh terima dengan kepergiaan Afrin?" soal Shazrin Ammar pula dengan serius. 

Shafiq Ammar pula berhenti melakukan kerjanya dan menatap si abang bersama senyuman hambar. Badannya di sandarkan pada belakang sofa. Membetulkan kedudukannya agar lebih selesa. 

"Sekalipun Fiq menangis hingga buta. Isteri Fiq tak akan hidup semula abang. Kalau pun Fiq menolak dan tak redha dengan kepergiaan dia. Afrin Baheera tak akan kembali dalam hidup Fiq semula. Tipulah, kalau Fiq tak rindu. Setiap hari, Fiq rindu isteri Fiq. Rindu sangat. Terlalu rindu." Kata Shafiq pula. 

Sang abang pula menepuk bahu si adik dengan lembut. Dia tahu, Shafiq Ammar sangat menyimpan dan menyembunyikan setiap rasa yang ia alami. Dia sebagai pun tidak bisa membaca bila dan ketika mana keadaannya tidak baik-baik sahaja. Kerana raut muka Shafiq Ammar sentiasa baik-baik sahaja. 

"Fiq selalu cari alasan kenapa Fiq perlu teruskan hidup. Dan alasan itu yang menguatkan Fiq sehingga sekarang." Katanya lagi bersama senyuman hambar. 

"Jadi, apa alasan Fiq untuk terus bertahan?" tanya si abang dengan serius. 

Shafiq Ammar senyum kecil. 

"Arwah Afrin pernah kata dekat Fiq, dia suka sangat tengok Fiq pakai uniform kerja. Putih. Bersih. Dia suka bila dia berjaya merawat pesakitnya hingga sembuh. Fiq dapat tengok kepuasan di mukanya bila dia berjaya selamatkan pesakitnya. Dan alasan Fiq untuk terus hidup kerana, dia ingin lihat suaminya menyelamatkan lebih ramai pesakit berbanding dia. Walaupun, dia dah tiada. Tapi, kenangan kami selalu hidup." Kata Shafiq Ammar lagi bersemangat dia bercerita akan arwah isterinya. 

Dia rindu suara itu. Senyuman bahkan tawa Afrin Baheera. Namun, siapa kita untuk menindakkan takdir Allah. Namnya di  Daun Sidratul Muntaha telah gugur. 

"Fiq kuat sebab itu Allah uji." Kata Shazrin lagi. 

Shafiq Ammarr mengukir senyum. Mungkin?

"Minggu depan Fiq dapat cuti tak?" soal Shazrin pula. 

"Kenapa?" soalnya pula. 

"Abang nak minta tolong Fiq ambil Fatimah dekat asrama." Kata Shazrin Ammar. 

Shafiq Ammar mengangguk sedia maklum dengan kesibukan si abang sejak kebelakangan ini. Begitu juga dengan kakak iparnya. Namun, Shafiq Ammar sangat menganggumi kedua-duanya kerana mereka masih lagi mampu untuk mencuri masa dengan membawa anak-anaknya bercuti. Meluang waktu bersama-sama. 

SYARAT BAHAGIA | UN-EDITTEDWhere stories live. Discover now