KEMBALI CINTA

24 2 4
                                    

“999 boleh saya bantu?” Bergema suara petugas talian kecemasan dihujung talian.

Inara Aisya duduk dengan sebelah tangannya berpaut pada lututnya diatas benteng jalan lorong kecemasan dilebuhraya.

“Boleh tolong hantarkan bantuan segera berhampiran susur masuk plaza tol Subang” Jawab Inara Aisya mengawal pernafasan gementar.

Wiu-wiu-wiu
Wiu-wiu-wiu


Kedengaran siren bomba semakin mendekati tempat Inara Aisya berada.

“Cik okey ke?” Soal Badrul Iman salah seorang anggota bomba yang hadir. Soalannya hanya dibalas dengan anggukkan kepala.

“Tuan, ular dah berjaya ditangkap. Boleh tahan besar juga tu. Mujur cik sedar, bisa ular ni memang tak ada ampun dah kalau kena” Terang salah satu anggota bomba kepada Badrul Iman dan Inara Aisya.

“Terima kasih banyak-banyak encik” Ucap Aisya tersenyum kelat.

“Sama-sama” Balasnya lalu kembali ke arah kereta.

“Tolong pastikan tak ada kaum kerabat haiwan tu dalam kereta saya!” Jerit  Aisya kepada anggota yang baru bergerak semula ke arah keretanya.

Iman tekun memerhati wajah wanita dihadapannya itu. Nampak trauma diwajah polosnya.

Aisya yang sememangnya mempunyai masalah Herpetophobia iaitu sejenis fobia atau ketakutan berlebihan pada reptilia. Seluruh badannya menggigil, dia masih cuba berlagak biasa dihadapan anggota penyelamat yang berada bersamanya dari awal.

“Awak tak okey ke?”  Iman  cuba bernegosiasi dengan wanita yang masih cuba berlagak normal itu.

“Okey. InsyaAllah saya okey” Balas  Aisya dalam getar. Kuku jari telunjuk dan ibu jari digesel tanpa henti menunjukkan dia dalam keadaan resah.

“Awak nak ke mana ni?”Soal  Iman cuba untuk buat  Aisya selesa  berbual dengannya.

“Saya nak ke Geno hotel” Jawab  Aisya memandang kasut sneakers hitam yang dipakainya.

“Tunggu sekejap” Ujar  Iman segera bangun dan berlari anak ke arah anggotanya yang siap berkemas untuk bersurai.

INARA Aisya melihat sosok tubuh tinggi lampai anggota penyelamat yang bersamanya tadi berbual dengan rakan sekerjanya. Sekilas pandang wajah itu seolah-olah pernah dikenalinya. Seseorang yang pernah hadir dalam hatinya suatu ketika dahulu.

Iman melangkah kembali ke arah  Aisya yang ralit memandangnya. Terukir senyuman manis dibibir Iman pada mata yang tidak lepas menatap wajahnya.

“Jom, saya tolong hantarkan awak” Ujar Iman mengejutkan  Aisya.

Kelihatan kenderaan bomba sedang bergerak meninggalkan mereka berdua dikawasan kejadian.  Aisya memandang hairan pada anggota penyelamat yang berada didalam truck bomba melambai-lambai ke arahnya.

“Hantar? Naik apa?” Soal  Aisya teragak-agak. Dia menelan liur saat melihat kereta miliknya.

“Kereta awak la, takkan nak biar dekat sini? Ke nak sedekah dekat ular tadi?”Jawab  Iman tersengih.

CERPEN : KEMBALI CINTAWhere stories live. Discover now