Special #1

38 3 0
                                    

"Abang dah angkat semua tupperware letak dalam kereta"

"Are you sure, Mine?" Ket yang sedang memberi anak-anak makan di dining table mengerut kening. Cepatnya angkat semua barang. 

"Haippp! that's impolite, Khadijah!Ibu awak nak kena babap ni, Fatimah" penat tau dia berulang dua kali turun naik lif ke carpark.

"Tak boleh. Ibu dah banyak sakit masa nak keluarkan Fatimah. Kesian ibu"Fatimah yang berusia lima tahun membela ibunya. Penuh mulut dengan wedges dan mayonis pun masih nak bercakap Ket tersengih je. Yeay ibu menang.

"Kakak, ibu panggil ayah dengan nama je la. Mana boleh. Sebab tu ayah sentap" si adik pula membela ayah. Ni mesti belajar dari Farah dan Muaz. Budak berdua tu yang suka guna 'sentap' dalam perbualan. Uthman yang berusia empat tahun mempunyai selera Melayu. Tengoklah tu, makan biskut lutut cicah kopi O. Sikit pun dia tak cemburu dengan kakaknya yang bermayonis dan berwestern.

"Okay, Ibu yang salah. Sayang, Ket minta maaf ya. I called your name, sayang. It was rude of me" Ket menghulur tangan pada Mine. Mine tersenyum. Itulah Khadijah isterinya yang tak pernah dia salah pilih. Tak sia-sia dia tunggu isterinya dari zaman persekolahan. Ket sangat menekankan pada anak-anak amalan cakap sorry bila salah dan thank you untuk menghargai pertolongan atau pemberian orang.

"For the rest of my life, I'll be with you, I'll stay by your side honest and true." Tiba-tiba je Ruqayyah yang berusia dua tahun menyanyikan lagu Maher Zain dengan nada pelat-pelat sikit. Dah la mulut berjuntai-juntai mihun sup. Tersembur-sembur kuah sup dari celah giginya.

"Ruqayyah, pandainya anak ayah ni nyanyi. Mana dengar ni?" Mine dah mengambil tempat duduk sebelah Ket. Ket sendiri leka melihat anak-anak makan sehinggakan diri sendiri selalu makan ala kadar je. Ayat Ket adalah:

"Sambil masak, sambil makan" Mine faham makna isterinya. Dia pernah lihat Ket merasa makanan sambil mengendong Ruqayyah. Dah la suap guna senduk!

"Mana yang sempat capai je, abang" tu alasan logik yang Mine dengar. Kasihan isterinya. Memang kalau terjadi hal begitu, dia akan cepat -cepat mengambil Ruqayyah dari dukungan Ket.

"Ala ayah ni, ayah dengan ibu kan selalu nyanyi dalam kereta lagu Maher Zain. Berduet" pandai Fatimah memerhati alam sekeliling. 

"Yelah yelah. Nasib baik sedap ya, Ruqayyah" Ket mengagah anak bongsunya itu. Bongsu setakat ini.

"Ket, macam mana order dari OK?"

"Diorang suruh tambah kepada 100 pek tapi saya tak larat la, sayang. Biar je la maintain 50 pek tu. Nak sukat ganda dua pun Ket tak tau dah. Ruqayyah ni pun jenis clingy, sayang" dah empat tahun dia menghantar nasi lemak ke kafe milik syarikat OK. Kuantitinya masih 50 pek setiap hari. Dia buat sebab dia minat dan Mine serta Uthman pula suka nasi lemaknya. Setiap hari nak sambal kerang. 

"Ruqayyah nak ibu je setiap masa ya. Macam mana nak ada adik nanti?" Dah mula la Mine nak menyakat Ket. Sepit ketam dah bergerak. Dicubit peha suami di sebelah.

"Auchh! Joke okay,joke!!

"It's a lame joke. Not funny,okay. Abang tak ingat ke dulu last abang buat joke macam ni. Dua bulan lepas tu ada Ruqayyah. And the first time, abang buat joke pasal nak bagi Fatimah adik and Uthman happened after three months old" Ket panas hati. Dia bukan percaya benda mengarut tapi itulah, benda nak jadi.

"Sorry, sayang. Sorry tau. Terlajak cakap"

"Jangan buat lagi tau. Senyap-senyap je kalau rasa nak terlepas di mulut"

"Promise Insha'Allah " 

"Ket, if only the baby.."

"Stop it, sayang"

"In case la, ter..."

"Sleep outside with Uthman" taboo betul Ket dengan kata-kata Mine. Baginya Mine ni ada mulut masin. 

"Okay-okay, tak jadi cakap. Anyway, Orked ada whatsapp Ket tak? Pasal Fatih" 

"Ada. Dia tak percaya Fatih tu cousin Abang. Dia kata kenapa Abang slang KL, Fatih slang Kedah? Bukan ke sepupu patut negeri sama?" Mine dh tergelak-gelak dengar Ket mengajuk cakap Orked. Bagaimanapun Ket lebih comel dan polos nak dibandingkan Orked. Yelah Ket kan isterinya, tak kan nak puji isteri Fatih tu!

"Macam-macam diorang tu kan? Entah macam mana la jodoh diorang boleh berdua"

"Dah nama pun jodoh, for sure we don't know about that neither" Ket dah mengangkat Ruqayyah dari high chair bila dia lihat Ruqayyah dah mula mencelup-celup tangan dalam kuah bihun sup. Dah nak mula main la tu. Ket terus bawa ke sinki dan membasuh mulut dan tangan Ruqayyah. Bib yang dipakai anaknya pula ditanggalkan dan diletakkan dalam sinki. Tugas Mine membasuh bib anak.

"Okay anak-anak, semua dah siap makan kan? Kita kena gerak sekarang. Nak sampai Alor Star tu jauh sangat perjalanan kita.Pak Long Fatih dah tunggu kita kat Alor Star."

"Wah bestnya mesti ada Mak Long Orked" Uthman dah terbayang seri muka dan karipap daging Mak Long Orked. 

"Mesti ada spageti carbonara nanti" Fatimah merasakan spageti Mak Long sedap. Tak muak sebab kurang creamy. 

"Ya anak-anak sayang. Jom lah gerak. Ruqayyah, meh sini kat ayah, ayah dukung" Mine mengangkat dan mendukung anak bongsunya itu sebelum menyorong satu luggage besar pakaian mereka anak beranak. Orked mengunci pintu rumah.

"Ket rasalah kan, agak-agak betul ke Orked yang masak carbonara tu?" Mine berbisik perlahan sementara menunggu lif sampai.

"Betullah, sayang. Orked cakap, dia tuang je sos prego perasa Carbonara tu sepuluh tin. Masuk air, tuang bancuhan tepung jagung" 

"Mak ai. Besar modal dia." Sepanjang pemerhatian Mine melihat Ket masak, tak perlu pun guna berpuluh tin 

"Nak ambil hati Hajah Zubaidah, sayang" Mine yang mendengar jawapan Ket tergelak kecil. Betul lah tu. Orked ni memanglah. Padanlah Fatih terpikat. Pandai pikat hati mak mertua. Macam Ket pikat hati Uminya dengan kari ikan merah!


[C] JODOH MR.MINEWhere stories live. Discover now