𝖎𝖙'𝖘 𝖒𝖎𝖓𝖊 𝖗𝖊𝖊𝖓♡'

22 0 0
                                    

Ruang tamu banglo mewah 2 tingkat milik Tengku Zahred Al-Quzayri dan Queen Zahra Zunayra dipenuhi dengan tetamu-tetamu yang datang.

Masing-masing mengambil tempat sambil berbual berkaitan tujuan mereka datang kemari.

Disebalik itu anak mata Qayreen nayra al-laura merenung tajam kearah dua beradik yang duduk bersebelahan sofa berhampiran mummy dan mamanya. Hatinya sudah menggelegak seperti gunung berapi setelah mengetahui hajat mereka sekeluarga.

Mahu tahu apa tujuan mereka??

Tujuan mereka adalah ingin merisik dirinya untuk si abang a.k.a Mizan Afif dan sekaligus ingin menyatukan si adik a.k.a Mizani Afia dengan Tengku Zahren Al-Qusayri.

'Aku bakal bertunang dengan Si Mizan tak faham bahasa tu? Hell no. Mati hidup balik sekali pun, belum tentu aku akan setuju. Yang lagi buat aku sakit hati, Si Zani ulat bulu tu nak Zahren jadi tunang dia? Memang cari nahas dengan aku. Patutlah boleh jadi adik beradik tak faham bahasa rupanya, aku dah cakap yang aku tak nak dan aku tak akan lepas Zahren. Itu pun bengap jugak ka'

Panjang lebar Qayreen memaki hamun didalam hatinya. Ini tunggu masa saja mahu dia sembur

'sabar Reen sabar, kau kena pandai kawal keadaan'

Satu kenyataan yang tidak boleh dia terima. Jika mereka fikir dia bakal diam. Mereka silap besar, apapun yang melibatkan Tengku Zahren Al-Qusayri bin Tengku Zahred Al-Quzayri dia akan lawan habis-habisan.

Tunggu dan lihat cara dia mendapatkan apa yang dia inginkan.

Kata daddynya a.k.a Han Qaleef Qaydar selagi benda itu tidak salah maka kita bebas melakukan apa sahaja.

Termasuk memiliki jejaka pujaan nya itu.

Asyik sibuk melayan hati yang panas suara Abang Qayzer buat dia sedar ke dunia realiti.

"Princess are you okey?" Tegur Abang Qayzer dengan lembut. Tangan naik mengusap bahu adiknya agar bertenang.

Bukan dia tidak tahu isi hati adik bongsunya, cuma sekarang dia tiada pilihan untuk bersuara melainkan adiknya sendiri.

"Boleh tak kalau Abang panggil Boboi gebu gebas Abang tu untuk telan diorang?" Bukan dibalas pertanyaan Abang nya itu malah permintaan Qayreeen itu hampir buat orang memandang pelik kearah mereka.

Sudahlah mata Qayreen ketika itu bagai kan petir menyambar.

"Are you kidding me? Princess tahu kan Abang sanggup buat apa saja demi Princess? Tapi sekarang Abang minta maaf Abang tak boleh, Princess sendiri patut selesai masalah ni" ujar Qayzer sedikit sayu tetapi terselit juga cabaran untuk adik bongsunya itu agar tidak bergantung pada sesiapa saja.

Rasa bersalah tapi dalam masa yang sama dia tidak mahu timbulkan masalah. Padah jawabnya nanti

"Okey fine! You wait and see Qayzer AL-Luth bin Han Qaleef Qaydar, i can do everything for what i want" bahu Abangnya ditepuk dua kali sebagai tanda cabaran diterima.

Langkah diatur mendekati mummynya Puan Hanizz Adriana dan mamanya Queen Zahra Zunayra yang sedang berbual dengan ahli keluarga bakal mertuanya yang tidak akan jadi itu .

"Nay dah buat keputusan ka?" Soal Puan Hanizz Adriana bila anak daranya datang seperti ingin berkata sesuatu.

"Bab.y na..k..... Err...Nay nak cakap sikit dekat semua boleh? Supaya semua boleh faham tentang perasaan Nay dan Nay minta maaf kalau kata-kata Nay ni mengurus hati semua"

Boleh pulak dia terkeluar Baby bila ramai-ramai macam ni.

Buat malu jelah Qayreen. Dari nak tunjuk bangga dekat Abang Qayzer jadi kelaut pulak bangga kau tu.

TZAQ; It's Mine ReenWhere stories live. Discover now