Bab 5

140 12 6
                                    

"Awak okay?" Soal Xiong, dia mengambil tempat di sebelah Lydia. Mereka sekarang berada di hospital. Menunggu doktor pakar.

"Entahlah, Harriez. Saya overthinking" Lydia mengeluh lalu dia menengkur lantai. Fikirannya serabut memikirkan keadaan ibunya yang sudah di tidurkan. Bagaimana jika ibunya tidak akan bangun selamanya?

Bagaikan tahu apa yang si gadis fikirkan. Xiong mengukir senyuman kecil, tangan Lydia di genggam perlahan. Dia tahu gadis itu tidak selesa jika dia menyentuhnya tetapi dia hanya mahu memberikan Lydia sedikit kekuatan.

"Don't believe everything you think, thoughts are just thoughts, not the truth" ujar Xiong, matanya tidak lepas daripada memandang gadis itu.

Lydia sedikit tersentuh dengan ayat lelaki itu. Wajah yang keruh tadi kini dihiasi dengan senyuman kecil.

"Terima kasih Harriez. Saya bersyukur dapat jumpa seseorang yang baik macam awak dan kawan-kawan awak" Ujar Lydia dan tanpa dia sedar, tangannya menggenggam kembali tangan lelaki itu. Xiong tersenyum lebih lebar apabila merasakan tangan kecil Lydia.

"I know you are struggling with your mind right now, but it won't last forever. It will get better and you will be okay" Ujar Xiong lagi. Apabila Melihat senyuman Lydia, hatinya terasa tenang dan lega. Xiong membawa Lydia ke kantin untuk makan tengah hari bersama-sama.

"Awak nak makan apa?" Xiong melihat pelbagai jenis makanan di hadapannya.

"Tak kisah, yang penting jangan bubur" Ujar Lydia lalu mereka berdua ketawa.

"Iyalah, awak duduk dulu. Biar saya amikkan" Ujar Xiong sambil melipat lengan baju kemejanya. Lydia terleka apabila Melihat tangan yang putih dan berurat di hadapannya. Kenapalah lelaki ini terlalu hot?

"Ehem!" Xiong berdehem dan menyilangkan tangannya di dada. Senyuman sinis terukir di bibirnya apabila Lydia seperti tidak sedar dengan apa yang terjadi.

Wajah gadis itu serta merta merah apabila melihat senyuman nakal Xiong. Dia terus mengambil tempat duduk dan membuka handphone miliknya. Mereka makan tengah hari bersama-sama sebelum pergi ke hospital semula.

.

  Xiong membetulkan baju kemejanya yang sedikit kedut. Penampilannya di hadapan cermin di tenung seketika sebelum dia tersengih sendiri. Dia teringat akan Lydia yang leka memandang lengannya sehingga tidak dengar apa yang dia katakan.

Xiong menuruni anak tangga dengan tenang, siulan bermain di bibirnya. Xiong melihat Lydia yang sibuk bertukar cerita bersama Hauraina dan juga Alisa. Dia terus sahaja melangkah ke ruang tamu. Xiong melihat Danish sedang melayan karenah si anak dara yang merengek di atas ribanya.

"Iya, nanti papa pergi beli kereta yang Daniela nak tu" Ujar Danish dengan satu keluhan berat. Tangannya memeluk erat si anak yang berada di atas ribanya .

"Betul eh! Papa janji tau. Kalau tak, Daniela pakai kad America express papa yang warna silver tu!" Daniela mengugut lalu dia tersenyum sinis.

Xiong ketawa apabila Danish hanya mengangguk-ngangguk kepalanya dan membelai rambut si anak.

"Daniela nak kereta apa?" Soal Xiong lalu mengambil tempat di sebelah Tengku Asyraf.

"Kereta mainan Lamborghini Aventador warna pink. Siap dengan sticker Hello Kitty" Ujar Tengku Asyraf lalu mereka ketawa.

"Berapa harga tu?" Soal Xiong kepada Daniela. Xian pula hanya diam dan mendengar perbualan mereka semua.

"Tiga ribu je uncle! Murahkan?" Daniela tersengih kecil apabila si ayah menjelingnya.

Baru sahaja Xiong mahu bertanya, Daniela sudah pun di ambil oleh Xian. Gadis kecil itu di dukung. Dia memandang pemandu Danish dan memberi isyarat untuk menghidupkan enjin kereta.

Mrs Hong Xiong LimWhere stories live. Discover now