Lydia hanya diam apabila mendengar ibu dan ayahnya bertengkar di ruang tamu. Kepala di sandarkan di pintu untuk mendengar pergaduhan ibu bapanya.
"Aku dah tak nak buat! Hidup aku selama menjaga Lydia sudah cukup banyak dengan dosa! Aku nak bertaubat! Aku nak jaga Lydia dengan cara yang betul !" Suara tengkingan daripada Umai sungguh kuat sehingga membuatkan Lydia berasa takut.
PRANGG!!
Bunyi kaca bertemu lantai jelas kedengaran. Lydia tergamam apabila mendengar ibunya menjerit kesakitan. Dia ingin berlari keluar tetapi dia takut. Takut jika ayahnya akan mengamuk apabila nampak kehadirannya.
"Kau ulang balik apa kau cakap tadi? Kau tak ingat ke siapa yang rancang benda ni? Kau cakap kau nak mempergunakan budak tu untuk dapatkan duit! Sekarang? Kau ubah fikiran pula?" Suara Faiz sungguh sinis. Dan sekali lagi Lydia mendengar ibunya menjerit kesakitan.
Apabila keadaan sudah menjadi sunyi, Lydia perlahan-lahan membuka pintu dan memastikan ayahnya sudah pun beredar daripada ruang tamu. Dia melihat pintu rumah terbuka, menandakan ayahnya sudah pun keluar. Matanya terbuntang apabila melihat keadaan ibunya yang tersandar di dinding. Darah mengalir daripada dahi dan hidung si Ibu.
"Ibu! Ya Allah ! Apa ayah buat ni" Lydia memeluk si Ibu, dia mencapai kain yang berada di atas kerusi lalu menghentikan darah ibunya.
"Ibu... Kita kena pergi hospital" Lydia menangis melihat keadaan si Ibu yang lemah.
Humairah memandang anak gadisnya yang menangis sambil membersihkan darahnya. Tangan di angkat lalu mengusap wajah mulus itu.
"Lydia.. maafkan segala dosa ibu" ujarnya badan si anak di peluk erat.
"Saya maafkan ibu.. Jom pergi hospital, keadaan ibu teruk ni" Lydia menangis lalu membantu ibunya berdiri.
"Tak apa sayang, bawa ibu masuk bilik aje, kita nak pergi naik apa? Ibu tak larat jalan kaki. Hospital itu jauh dan malam macam ini teksi sudah tidak lalu di kawasan kita" ujar Umai.
"Lydia telefon hospital" ujarnya tetapi si Ibu menggelengkan kepala.
Lydia diam, dia melihat sekeliling rumahnya lalu dia teringat akan telefon yang Xian beri kepadanya. Baru sahaja Lydia ingin masuk ke dalam bilik, pintu rumahnya di buka oleh seseorang. Lydia terkaku.
"Lydia!" Lelaki itu melihat wanita yang terbaring tersandar di sofa dengan lemah dan keadaan ruang tamu yang berselerak.
"Xian, tolong kami" Lydia mendekati lelaki itu.
"Lydia, it's me Harriez"
Lydia membeku. Matanya berkaca apabila mendengar sebaris ayat itu. Itu ialah Harriez, bukan Haikal.
"Jangan menangis, sekarang jom kita bawa Ibu awak ke hospital" Xiong mendekati Lydia lalu tersenyum nipis. Air mata di gadis yang sudah mengalir di pipi di seka menggunakan ibu jarinya.
Xiong menekan sesuatu di jamnya lalu dia bercakap dalam bahasa itali. Berapa minit kemudia, dua orang lelaki berbadan tegap masuk ke dalam rumahnya. Mereka mengangkat tubuh Umai lalu membawanya masuk ke dalam kereta. Kereta itu laju meluncur keluar.
"Harriez, terima kasih" Lydia mendekati lelaki itu. Mereka membalas senyuman.
Xiong membawa Lydia pergi ke hospital. Sepanjang perjalanan gadis itu hanya mendiamkan diri. Risau dengan keadaan ibunya dan malu kerana berdua-duaan di dalam kereta bersama lelaki.
Sampai di hospital, Lydia menuju ke zon merah dan berjumpa dengan doktor.
"Keadaan ibu awak agak teruk, kesan luka di kepalanya dalam perlu di jahit. Terdapat kaca di kawasan luka itu. Boleh saya tahu apa yang terjadi?" Soal doktor itu walaupun dia sudah tahu kenapa. Xiong awal-awal lagi sudah mengarahkan anak buahnya memanggil doktor peribadi Rosa Nera untuk memeriksa ibu Lydia. Rakaman cctv yang di pasang oleh Xian juga sudah berjaya di hantar kepada polis.
YOU ARE READING
Mrs Hong Xiong Lim
RomanceSemua orang ingin merasa kebahagiaan. Termasuk dia, Lydia Triestina.. Seorang gadis yang ingin kebebasan dan kasih sayang. Inginkan hidup seperti orang lain tetapi malang, dengan sakit yang dia sendiri tidak pasti betul ataupun tidak, hidupnya dikaw...