Aku lupa nak beritahu. Aku berumur 18 waktu kejadian ni berlaku. Mesti kau orang agak tertanya-tanya atau ada yang membuat spekulasi yang aku beri number phone kepada nick malam tu kan. Hahaha. Aku tak beri. Tapi nick terus ke kedai tempat aku bekerja. Setiap kali aku yang mengambil pesanan, Mesti dia akan bertanya, "so, can I get your number now?"
Selepas 2 bulan, Hampir setiap hati dia ke kedai dan setiap kali aku bercakap Mesti dia akan minta number phone aku, aku mula berfikir, mungkin nick mahu jadi kawan kepada aku. Jadi aku beri.
Pada mula nya kami hanya berbual seperti kawan biasa. Tapi lama kelamaan, Nick mula menunjuk kan tanda yang dia seperti menyimpan satu perasaan selain perasaan kawan terhadap aku. Aku tak mahu berfikiran buruk jadi aku biarkan sahaja.
4 bulan kami berkawan melalui telefon dan hanya berbual bila berjumpa di tempat aku bekerja sahaja. Satu hari Nick mengajak aku untuk teman dia pergi membeli barang. Katanya kawan-kawan nya yang lain sibuk. Jadi dia ajak aku. Aku pun setuju.
Kami keluar ke satu pusat membeli belah. Aku terlihat satu baju yang agak menarik perhatian aku. Kemudian
Nick : You nak ke?
Aku : Smart kan. Tapi I belum gaji la. So i dont want la. Hahaha
Nick : Ouh. Okay.
Dalam hati : cehh. Ingat nak belanja ke apa.Kami ke kaunter bayaran. Nick membuat bayaran. Aku terpandang baju yang aku berminat tadi diletakkan di atas kaunter berserta dengan baju dan seluar yang diperlukan Nick. Aku berfikir mungkin dia juga berminat dan membeli untuk dia dan sangkaan aku tepat. Tapi agak tak terjangka kerana Nick membeli 2 helai baju yang sama. Satu diberikan kepada aku dan satu lagi untuk dirinya sendiri. Aku masih bersangka baik. Cuma aku cuba juga persoal kan.
Aku : kenapa you beli untuk i? And kenapa beli yang sama untuk you? Nanti orang cakap kita couple pula. Jatuh la saham muka handsome you. Hahaha.
Nick : Tak apa la. I beli tanda terima kasih sebab you teman i.
Aku : Iye lah.
Nick : and i tak kisah kalau orang ingat kita couple. Lagi I suka.
Aku terus blushing. Bukan sebab jatuh cinta ke apa. Tapi malu sebab agak ramai di pusat beli belah pada hari itu jadi ada beberapa orang yang dengar perbualan kami dan mula memandang ke arah kami. Aku tepuk perlahan bahu Nick dan berkata,
Aku : Ishh. Merepek je you ni. Dah la jom.Kami ke kereta dan Nick memandu untuk hantar aku pulang ke rumah. Sewaktu di rumah, aku terfikir tentang apa yang dikatakan Nick kepada aku. Nak bersangka baik macam dah lari sangat. Jangan la apa yang aku fikir ni jadi betul. Nick orangnya baik. Jadi bila kami agak rapat sampai boleh keluar ke mall sekali, aku tak mahu la persahabatan kami hancur sebab kan aku tak boleh terima dia kalau dia sukakan aku.
Selepas itu kami jadi makin rapat. Boleh kata, jika aku cuti mesti kami akan keluar sekali. Pergi tengok wayang, main bowling, karaoke. Sampai kawan kepada Nick pun ada beberapa orang yang aku dah mula kenal.
Sampai lah satu hari, selepas aku pulang dari kerja dan sampai di rumah sewa. Nick Call aku dan beritahu dia ada di depan rumah dan ada perkara yang mahu dibincangkan. Urgent katanya.
Aku : Ye Nick. Ada apa you datang rumah i dah malam ni?
Nick : iman. I actually have something to tell you. Tapi I nak you janji you tak marah.
Aku : nak marah buat apa? You ada bunuh orang ke? Haha
Nick : I sebenarnya suka pada you.
Aku : ye. I pun suka kawan dengan you. Jangan cakap you datang sebab nak cakap itu je la...
Nick terus menutup mulut aku dengan jarinya. Aku terus terdiam. Pipi aku merah. Aku agak gelabah sebenarnya sebab aku macam dah jangka apa yang akan dikatakan Nick.
Nick : I suka you. Tapi bukan sebagai kawan. Yes i know ur straight but can i at least have a chance to prove that I really am in love with you.
Aku : Nick. You cakap apa ni? I tak faham la
Nick : I don't know. I don't know what the fuck is going on with me. Since the day we met. I feel like I jatuh cinta pada you and i rasa macam i nak rapat dengan you.
Dalam hati : Fuck me and my life. I knew that this going to happen.
Aku : Im So sorry Nick. But as you already know i straight. So i tak boleh terima you.
Nick : Ye i tahu. Tapi you jangan marah i. I nak you beri masa pada i. Give me some time for me to prove my love to you. If you betul betul tak suka pada i macam i suka pada you, i akan cuba lupakan you.
Aku : Okay. I pun tak mahu hilang kawan macam you. So i beri you masa and you kena janji yang even if i tak terima you, we can still be Friend like before. Okay?
Nick : Okay baik
YOU ARE READING
Aku dan Dia
RomanceHai. Sebelum apa apa. Aku nak beritahu, cerita ni aku tulis berdasarkan kisah benar. Kisah "cinta" aku dan dia. Dalam cerita ni ada penggunaan bahasa kasar, lucah dan campuran Malay dan English. Nama sebenar aku biarlah rahsia. Aku lebih selesa di...