Jujur aku cakap, sebelum kenal Nick, aku tak percaya pada cinta. Bukan tak pernah couple. Pernah. Tapi aku hanya anggap aku couple bersebab. Ada yang sebab obses sebab ex aku cantik, ada yang sebab minat sebab perangai ex aku tu memang wife material. Banyak la sebab. Tapi kalau nak cakap cinta aku rasa aku tak pernah rasa lagi perasaan tu. So aku tak percaya.
Selepas sebulan. Tempoh yang aku beri pada Nick pun telah berakhir. Macam macam usaha Nick. Belikan aku macam macam. Beri aku wang belanja kalau aku belum gaji. Ambil dan hantar aku ke tempat kerja dan ambil dan hantar aku pulang ke rumah. Bagi ayat ayat punchline. Beberapa kali cuba dekatkan muka dia dengan muka aku. Tapi Aku tetap dengan pendirian aku yang aku memang tak mahu kepada dia. Aku berkawan dengan dia sebab dia baik. Tapi tak la sampai mahu ada hubungan lebih dari persahabatan. Kami terus berkawan seperti sebelum ni. Tapi jelas aku katakan dia masih berusaha. Cuma selepas sebulan yang diberi aku pada dia, aku jadi macam terbiasa. So aku biarkan sahaja.
Kadang kadang bila aku mahu sesuatu dan Nick menolak, aku akan buat muka comel dan ibarat merayu untuk Nick bersetuju dan Nick akan menurut.
Aku masuk ke university di Kuantan untuk sambung belajar dan dapatkan diploma. Setiap minggu mesti Nick akan datang melawat. Lebihkan dari parents aku pula. Hahaha. Sampai kawan di university berkata yang aku dan Nick ada hubungan lain selain kawan. Kalau Nick tak datang melawat aku akan rasa sunyi dan macam lesu sedikit. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi aku berfikir biasa lah. Rindukan kawan. Dan bila aku tengah berehat,
(Melalui panggilan suara)
Nick : Iman. I ada dekat bawah hostel you.
Aku akan terus rasa happy semacam dan terus turun dan jumpa Nick. Pernah sekali aku macam tak sedar dan turun je dari hostel aku terus ke arah Nick yang menunggu di hadapan kereta miliknya dan memeluk erat badan Nick. Terlupa yang itu hari minggu dan ada beberapa Student dan ahli keluarga masing masing yang memerhatikan kami. Selepas tersedar aku terus melepaskan pelukan dan bertindak seperti biasa.Ouh ye. Aku agak sensitive kalau ada orang bisik atau tiup dibahagian belakang telinga aku. Dan Nick pula suka memeluk aku dari belakang. Kami selalu ke pantai berdekatan hostel untuk melepak dan aku juga suka merenung ke aarah laut. Nick akan peluk aku dari belakang. Mula-mula aku macam tak suka. Tapi selepas beberapa kali aku jadi selesa. Aku jadi suka bila Nick hembus nafas di belakang telinga aku.
Satu minggu Nick hubungi aku berkata bahawa dia tak dapat melawat aku sebab ibu nya sakit dan dia perlu jaga adik beradik dia bila ayahnya jaga ibunya di hospital. Mommy dan daddy Nick juga kenal aku. Mereka juga tahu akan perasaan Nick kepada aku dan mereka tiada masalah. Nick dan keluarga beragama Christian. Tapi setahu aku, agama christian juga melarang hubungan songsang. Tapi aku malas mahu fikir panjang. Selepas terima berita yang Nick tak boleh datang berjumpa aku, aku jadi agak kecewa dan sedih sampai disedari oleh kawan aku di university.
Aku dan kawan aku melepak di hostel pada hari minggu. Namanya Iz. Iz tiba tiba bertanya,
Iz : iman. Kau dengan Nick tu ada apa apa ke?
Aku : kenapa kau tanya macam tu?
Iz : tak la. Aku perasan kau ni macam akan Broken setiap kali Nick tak datang jumpa kau. Walaupun baru beberapa kali dia tak datang jumpa kau. Tapi aku boleh perasan kau mesti lain kalau tak jumpa dia seminggu.
Aku : tak la. Aku Okay je. And aku dengan Nick tu kawan je Okay.
Iz : ye lah. Kadang kadang, manusia ni tak akan sedar betapa dia sayang seseorang tu sampai orang tu hilang atau dia tak boleh jumpa orang tu.
Aku : Masalahnya aku tak sayang pun Nick tu. Apa kau merepek tiba tiba ni?
Iz : cehh. Aku tahu kau sebenarnya sayang dia. Tapi kau malu nak cakap. Come on la iman. Its 2019 already. I can totally understand you. I dont mind. So what if ur a gay? You still my Friend right?
Aku : kau ni fikir pelik sangat la. Aku tak kisah la kau suka ke tak suka ke kalau aku gay or apa. Tapi masalahnya aku bukan gay. Kau sendiri tahu aku suka tengok perempuan yang mantap.
Iz : haih. Ikut kau la iman. Satu je aku nak cakap. Aku bukan homophobic. Aku tak kisah kawan dengan orang gay ke apa. In fact, i have tons of lesbian Friend.Sewaktu aku sedang berbaring aku mula berfikir kata kata Iz.
Dalam hati : aku betul betul suka dan sayang pada Nick ke eh? Ke aku dah jatuh cinta pada dia? Ahh serabut.
Aku main Phone. Buka whatsapp dan tengok status yang dikirim oleh Nick. Status tentang dia dan adik beradik nya bermain air di kolam renang di rumah mereka. Aku mula tersenyum tanpa sedar bila aku melihat gambar Nick. Bila aku tersedar, aku terus menutup Phone dan malu seorang diri.
Dalam hati : mungkin aku betul betul jatuh cinta kali ni. Tapi apa aku perlu buat? Tak kan aku nak ajak Nick couple. Betul ke perasaan aku ni eh. Fuck la.Tutt tutt
(Melalui panggilan suara)
Aku : Nick.
Nick : ye iman. Ada apa Call i malam malam ni?
Aku : i tak tahu i nak cakap macam mana. I tak tahu apa yang i rasa. And i tak tahu nak explain macam mana.
Nick : Okay iman. Relax Okay. Take your time. You know how i feel About you. So you can tell me everything and i will always support you no matter what it is.
Aku : i rindu you.
Aku meletak panggilan suara dan menutup suara telefon. Aku terus tidur.Keesokannya, aku terima pesanan text dari Nick yang dia ada di hadapan hostel dan ingin berjumpa dengan aku. Aku tak ke kelas dan pergi berjumpa dengan Nick. Masuk saja ke dalam kereta Nick terus memeluk aku dan memegang pipi aku.
Nick : Im here iman.
Aku : laju juga ye. Hahaha.
Nick : You cakap you rindu i. So tak kan i tak mahu jumpa orang yang i suka and tengah rindu dekat i.Aku mula blushing. Kami ke pantai. Berbual. Aku sedar yang aku menatap wajah Nick agak lain hari ini. Perasaan nya bercampur bauk. Suka, takut, keliru. Semua ada.
Aku : Nick
Nick : yup.
Aku : macam mana kalau i cakap i dah start suka pada you?
Nick : are you serious? If you are not, i harap you tak bagi harapan pada i. Sebab its kinda Hurt you know tepuk sebelah tangan...
Aku meletak kan jari pada bibir Nick.
Aku : macam mana kalau i cakap i serious?
Nick : Then i lah orang paling happy dan beruntung dalam dunia sebab dapat you and sebab usaha i tak sia sia.
Nick memegang leher aku dan menarik kepala aku rapat ke arah nya.
Nick : i happy sangat dengar you cakap macam ni. I tak tahu nak cakap macam mana.
Air mata Nick mula mengalir. Aku pun menolak perlahan muka nya dan berkata
Aku : Badan tough mana boleh menangis.
Nick : This is a happy tears la
Aku : sorry sebab i tak perasan perasaan i dari awal.
Nick : its Okay.
Nick mengucup lembut dahi aku sambil tangan nya memeluk pinggang aku. Jujur aku agak melting ye time ni. Hahahaha.
Nick : i want to make it official.
Nick tiba tiba melutut depan aku dan memegang kedua belah tangan aku dengan tangan nya.
Nick : be my boyfriend. Please. I'm begging you.
Aku : no need to beg for it
Aku memegang bahu Nick dan menarik nya untuk membuat nya berdiri.
Aku : i setuju.
Nick terus memegang pipi aku dan menarik muka aku dan bibir kami bersentuhan buat kali pertama. Selepas itu aku yang sedang blushing menumbuk perlahan dada Nick dan berkata,
Aku : Jom la hantar i balik. You kerja kan esok. I tak mahu you buka kedai lambat.
Nick : Baru jadi boyfriend you dah halau i balik?
Aku : Tak lah. I tak mahu you drive lewat sangat.Nick menurut. Sebelum aku turun dari kereta aku berani kan diri dan mencium pipi Nick sambil berkata,
Aku : goodbye kiss for my boyfriend.
Nick : You So cute la.
Nick menarik tangan aku dan mencium aku lagi sekali di bibir. Tapi kali ini Nick menggunakan dan masukkan lidah nya sedikit ke dalam mulut aku.Nick : itu goodbye kiss untuk boyfriend. Kalau di pipi untuk family.
Aku yang agak malu terus keluar dari kereta dan terus menuju ke bilik sambil tersenyum senyum.
YOU ARE READING
Aku dan Dia
RomanceHai. Sebelum apa apa. Aku nak beritahu, cerita ni aku tulis berdasarkan kisah benar. Kisah "cinta" aku dan dia. Dalam cerita ni ada penggunaan bahasa kasar, lucah dan campuran Malay dan English. Nama sebenar aku biarlah rahsia. Aku lebih selesa di...