For those yang baca cerita yang aku tulis dan kongsikan ini, terima kasih sebab sanggup membaca cerita aku. Mungkin ini part yang terakhir.
Aku pernah bertanya pada Nick,
Aku : Apa yang buat you jatuh cinta pada I ye?
Nick : Why? Kenapa you tanya macam tu?
Aku : ye la. I ni tak handsome sangat pun. Biasa je. Badan pun biasa je. Lain la you. Tinggi, putih, handsome, kaya. Boleh kata semua ciri-ciri yang perempuan suka dan lelaki nak ada pada you.
Nick : To be honest, i pun tak tahu. I just knew that I love you I guess.
Aku : Haih. Tak kan tak ada sebab langsung. I mean, you suka i sebab perangai ke rupa ke apa ke.
Nick : I suka you. Bukan sebab rupa, bukan sebab your attitude atau apa. I don't really think love need a reason. I mean, we just love who we love. That's what love means to me. I tak perlu apa apa sebab.
Aku terdiam sejenak. Ada Logic juga. Kalau nak difikirkan, kita sebagai manusia tak perlu sebab untuk mencintai orang yang kita cinta. Cukup sekadar luangkan masa. Kalau orang cakap mesti sebab kau dah spend time dengan dia and sebab kau selesa dengan dia punya perangai ke, macam mana pula orang yang cinta pada orang jahat? Macam mana ada perempuan yang masih sayang pada suami yang suka pukul dera dia? Jadi aku setuju dengan cinta sebenar tak perlukan sebab. We just love who we love.2023
Hubungan kami tiada masalah selepas hampir 5 tahun kami bersama. Aku agak terkejut yang dalam tak sedar aku yang dulu sukakan perempuan boleh ada hubungan dengan seorang lelaki sehingga 5 tahun. Tapi sayang, hubungan kami terhenti sampai situ sahaja. Punca? Keluarga. Seperti yang aku beritahu aku adalah seorang muslim. Jadi mana mungkin keluarga aku boleh terima jika aku ada hubungan dengan sama jantina. Aku tak salahkan keluarga atau agama. Kata orang, 19,20,21,22,23 adalah 5 tahun yang sukar bagi setiap manusia. Kita akan diuji dengan pelbagai cara. Hilang orang yang kita sayang. Diuji dengan kesusahan dan ada yang diuji dengan kemewahan. Aku terima takdir yang menentukan aku dan dia tak mungkin bersama selamanya. Bahkan, dari awal mula hubungan kami aku selalu fikirkan apa yang aku akan rasa andai kami perlu berpisah. Cuma.... Aku juga tak sangka ia akan sesakit yang aku rasa sampai sekarang. Selepas aku dan Nick berpisah, sampai sekarang aku masih belum boleh terima orang baru. Aku di diagnose sebagai pesakit mental. (Anxiety dan depression). Tapi aku tidak lah sampai tahap gila. Hanya kemurungan dan takut ingin berkenalan dengan orang baru. Aku percaya, Allah akan hantar orang yang tepat dan lebih sesuai untuk aku suatu hari nanti. Aku juga sentiasa mengharapkan Nick akan bahagia dengan orang lain sepertimana Nick boleh bahagia dengan aku sewaktu kami bersama. Selama ini aku tak percaya pada cinta. Tapi nick adalah orang yang mengajar aku erti cinta kepada manusia lain yang sebenar. Walau aku dah agak yang kami tak akan bersama selamanya, aku tetap pilih untuk menjalinkan hubungan dengan Nick. Pengorbanan kononnya. Lmao.Tujuan aku berkongsi cerita ini adalah untuk beri tahu pada semua yang membaca, jika tidak pasti dapat kekalkan hubungan, jangan mulakan. Aku rasa sakit. Sakit sangat. Sampai aku tak mahu orang lain tanggung derita yang aku rasa. Mungkin kau orang juga pernah break dengan pasangan dan mungkin kau orang juga pernah rasa sakit yang aku rasa. Jadi sedikit pesanan pada yang masih menjalankan hubungan mahupun yang single, percaya pada cinta. Cinta itu akan datang. Cuma mungkin bukan untuk selama lamanya bagi sesetengah orang. Terima kasih kepada yang sudi membaca sedikit dari kisah dan pengalaman aku dalam percintaan.
If we can't be together in this lifetime, let's continue our love story in our next life - Nick
Percintaan satu perjudian. Tiada jaminan kita akan kekal sampai pengakhiran. -Iman
Sekian.
YOU ARE READING
Aku dan Dia
RomanceHai. Sebelum apa apa. Aku nak beritahu, cerita ni aku tulis berdasarkan kisah benar. Kisah "cinta" aku dan dia. Dalam cerita ni ada penggunaan bahasa kasar, lucah dan campuran Malay dan English. Nama sebenar aku biarlah rahsia. Aku lebih selesa di...