PROLOG I QHALIK.

12 3 0
                                    

Namaku Muhammad Qhalik Marhan, dulu aku hanya mampu berdoa agar Allah permudahkan segala urusanku tetapi sekarang jauh beza seperti aku yang dulu aku tidak lagi redha dan sabar atas segala ujian menimpaku.

Disebaliknya aku jauh lebih kejam walaupun aku takut dengan keadaan yang tidak membantuku, aku keseorangan, ayahku? entah kemana. Aku dilahirkan untuk hidup bersendirian sehinggalah waktu dahulu aku berjumpa dengan perempuan ini.

Rose Rasandra unik namanya, aku terjumpa dengan dia waktu sekolah menengah dahulu dialah yang menemaniku tetapi sekarang? entah aku pun masih cari dia mungkin tak ada jodoh? bukan apa dia cantik, peramah, baik, sopan aku suka, dia nampak innocent.

Qhalik parking superbikenya di hadapan Melur cafe dan melihat sekeliling sambil membuka helmetnya.

Dua wanita berbisik sesama sendiri habis sahaja Qhalik buka helmetnya, keningnya yang lebat, matanya yang tajam, sekali lihat hidungnya mancung, bibirnya yang merah merekah. Dia tersenyum kepada kawannya yang baru sampai.

"Weh Zack lama tak jumpa kau la!" Dipeluk Qhalik dan menepuk belakangnya.

"Kau ni tipu lah Haziq tak lama jumpa hari tu baru datang rumah aku kan?" Qhalik senyum sinis.

Haziq gelak kecil "Ya aku tahu tapi aku tak dapat peluk kau sebab tu lah aku kata lama tak jumpa"

Qhalik geleng kepala "Jangan nak merepek dah la jom masuk Adlan dah panggil kita tu" Qhalik tunjuk di dalam Melur cafe dapat dilihat kan Adlan melambai kepada Haziq.

Haziq angguk "Dah la jom" mereka berdua masuk ke dalam Melur cafe itu.

- Pov Rose

Kereta Rose berhenti di hadapan Melur cafe, Rose mematikan enjin kereta dan keluar dari keretanya dan masuk ke dalam Melur cafe itu.

Pelanggannya ramai seperti dahulu lama aku tak datang kesini, Rose berjalan ke kaunter pesanan dan lambai kepada Kak Aini teman sekerjanya dulu di Melur cafe ini.

"Eh Sandra! Lama tak datang ya? Kenapa baru bagitahu Kak Aini? Baru nak buat espresso special untuk Sandra" Kak Aini buat muka sedihnya.

Rose gelak kecil dan menepuk bahu Kak Aini "Tak payahlah susahkan Kak Aini je Sandra saja nak buat surprise untuk kakak kita yang tersayang ni lama tak jumpa daripada haritu simpan rindu kita ni tau" Rose peluk Kak Aini erat.

"Saya nak oder" suara lelaki garau menyapa mereka.

Rose menoleh dan menepuk bahu Kak Aini "Kak customer nak oder"

Kak Aini angguk "Sandra ambik lah oder dia jap ya? Kak Aini nak hantar kopi dekat pelanggan"

Rose angguk dan masuk ke dalam kaunter dan menekan mesin oder "Encik nak oder air atau makanan apa?" tanya Rose ramah.

"Spanish latte"

Rose angguk dan menoleh kepalanya kepada lelaki itu "Okay Spanish latte satu ya? Okay RM 5.45sen, Encik nak bayar kad atau cash?"

"Is this cafe available with black card?" Qhalik pandang casher itu.

Mata Rose membulat seketika "Black kad? ya ya kami available jap ya encik" Rose menghulur mesin kad itu.

Qhalik menekan masuk black cardnya itu dan memasukkan kata laluan.

Rose kembali dengan Spanish latte yang dipesan lelaki tadi.

"Nah ini Spanish latte encik dan ini kad kedai kami jika ada apa apa masalah call sahaja pihak kedai kami terima kasih" Rose senyum manis dan hulurkan kad Melur Cafe itu.

Qhalik ambil kad Melur Cafe daripada Casher tadi dan keluar dari Cafe itu.

Rose berasa ada sesuatu yang tak kena di lihat sekeliling tiba tiba black card lelaki itu tadi tertinggal dia atas kaunter. Rose cepat keluar kan mencari lelaki itu tadi dan melihat lelaki itu sedang memakai helmet dia pun lari ke arah lelaki itu, sehingga Rose hampir jatuh dan terempuh lelaki itu, dan helmet lelaki itu jatuh.

Qhalik menggenggam kedua tangannya bila melihat helmetnya jatuh dan calar.

"Apa masalah kau ni ha?? memang tak nampak ke??"

Rose menjadi cuak hulur Black card lelaki itu tadi "Maaf encik! Saya tak sengaja! Saya minta maaf!"

"Encik?? call me Zack bukan encik and you ni tak ada mata ke? main rempuh bahu orang? ke memang rabun tahap nak buta?"

"Saya memang tak sengaja saya minta maaf helmet encik saya boleh ganti balik"

"Ganti??, Ouh boleh...Tapi bukan semudah itu, you tahu helmet ni harga berapa?" kata lelaki itu kepada Rose sinis.

Rose menelan air liurnya "B-Berapa encik?"

Qhalik juling mata ke atas "Encik, encik.. kau ni pekak ke? panggil aku Zack."

Rose angguk "Ya.. Zack.. berapa helmet awak ni?"

Qhalik senyum sinis "RM 890. tu harga dia lagipun aku memang perlukan helmet baru alang - alang kau dah rempuh bahu aku bagi jatuh helmet aku, jadi kau kena ganti helmet aku dengan helmet yang baru atau tak.." Qhalik pandang wanita itu dari atas ke bawah.

Rose menjadi cuak" Er....nombor akaun awak?" Rose keluarkan telefon iphone 8 Plus miliknya.

Qhalik hulurkan kad peribadinya
"Kau ambik je helmet ni aku tak nak dah"

Rose ambil kad yang diberi lelaki itu tadi "Okay nanti sya transfer dekat awak" terangkat kening Rose sedikit.

"Lepastu awak nak bawak motor tu tanpa pakai helmet?" Rose mengambil helmet dibawah lantai itu dan hulur kepada lelaki itu.

Qhalik geleng kepalanya "Aku tak mati pun tak pakai helmet tu pandai - pandai kau lah kau nak baiki ke nak buang ke janji kau kena ganti helmet yang baru" Qhalik naik ke atas superbikenya dan hidupkan enjin.

Rose tersentak sedikit bunyi yang kuat dari motor lelaki itu.

Dan lelaki beredar pergi dengan motornya.

Rose mengeluh kecil macam pernah lihat lelaki itu tapi di mana?.






Bukan Lelaki Sempurna [OG] Where stories live. Discover now