2

5 1 0
                                    

Qhalik bangun dari tidur mencari telefonnya di nightstand dan melihat jam, pukul 8.40 pagi.

Terus Qhalik bangun dan menuju ke bilik mandi di dalam biliknya, pili air di tub mandi dibuka dan Qhalik menggosok giginya, selepas sahaja mandi Qhalik balut badannya dengan tuala putih.

Qhalik keluar daripada bilik mandi itu dan ke walk in closet berdekatan di dalam biliknya itu.

Qhalik memilih baju untuk dipakai tetapi tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

"Tuan.. ada orang datang nak hantar sesuatu." kata maidnya Mak Lijah.

"Ya Mak Lijah nanti saya turun saya nak pakai baju ni" kata Qhalik sambil memakai baju t-shirt hitam dan seluar track dia tak ke mana mana hari ini tetapi tetap nampak kacak.

Setelah memakai baju dan seluarnya tadi Qhalik keluar dari biliknya dan turun tangga ke ruang tamu.

Qhalik melihat seorang perempuan memegang kotak besar.

Qhalik berhenti di hadapan perempuan itu dan menilik mukanya. Eh ni bukan cashier haritu?.

"Kau kenapa datang sini? Nak ganti rugi helmet aku?"

Mata Rose membulat ketika melihat muka yang dikenalinya Zack lelaki yang dia rempuh waktu mahu bagi black card lelaki itu.

"A-Abang saya Danial suruh bagi awak ni" Rose letak kotak itu di atas meja.

Qhalik senyum sinis "So kau adik dia?"

Rose geleng "Tak bukan, dia abang tiri saya"

Qhalik angguk tetapi mukanya tetap sinis "Kau adik tiri dia rupanya... aku tak tahu pulak dia ada adik tiri yang cantik macam kau ni" jari Qhalik menyentuh pipi perempuan itu.

Rose menolak jari Qhalik daripada menyentuh pipinya.

Qhalik senyum "Nama kau apa?"

"Rose, Rose Rasandra."

Qhalik yang seketika tadi mukanya sinis tiba - tiba berubah terkejut.

"K-Kau R-Rose? Budak ketot yang kawan dengan aku dulu?"

Rose turut terkejut tetapi tidak faham "Siapa awak? saya tak kenal saya selain yang saya tahu awak kawan abang saya"

Qhalik geleng kepalanya "Lupakan."

Rose angguk "Awak duduk sorang je dalam rumah besar ni?"

Qhalik memandang Rose "Ya aku sorang je dalam rumah ni, kenapa kau tanya?"

"Maaflah sebab saya ingat ni rumah family awak"

Qhalik mengeluh berat "Don't ever mention family in front of me I hate that, when I said I hate, I really hate"

Rose terkejut seketika tetapi berubah simpati "awak tak ada family? saya minta maaf tapi awak tak bagi saya sebut family depan awak mesti ada sebab kan?" wahai mulutku kenapa engkau gatai sangat? Suka menyibuk hal orang ish.

"Just don't mention in front me Rose. Stop. Aku benci istilah keluarga Just shut your mouth or I make you." Qhalik mengusutkan rambutnya dan memandang Rose seketika.

"Kau memang tunggu aku halau kau balik baru kau balik ke?" Qhalik mula bengis dengan perangai Rose yang polos itu.

Rose angguk laju dan dia berjalan ke pintu keluar rumah Qhalik "Bye Assalamualaikum!" Rose sempat memberi salam sebelum menutup pintu dan menuju ke keretanya.

Masuk sahaja dalam kereta Rose menjerit malu dan menampar mukanya sendiri "Kenapa Rose? Kenapa?? Bodohnya kau nii" Rose menarik nafas dalam dan dia terus teringat yang Zack berkata yang dia benci istilah keluarga? Apa maksudnya?

Bukan Lelaki Sempurna [OG] Where stories live. Discover now