3

6 1 0
                                    

Pintu bilik Rose ditutup, Rose menuju ke meja belajarnya dan mengerjakan assignment yang bertimbun - timbun dari minggu lepas sampai lecturer denda sebab selalu bagi assignment last minute.

Rose melihat jam di dinding masih awal belum Asar lagi.

Rose masih leka membuat kerjanya sehingga azan berkumandang Maghrib berbunyi terus Rose berhenti bangun dari kerusinya dan keluar dari biliknya.

Luar biliknya gelap seperti tiada orang di dalam rumah ini kecuali Rose.

Rose turun ke bawah menuju ke dapur mencari Datin Danisa.

"Mana mama ni?" Rose bertanya pada diri sendiri.

"Mama?, Mama?" dipanggil Datin Danisa agak kuat sehingga bergema mansion milik Dato Rafi itu.

(Datuk Rafi ada perubahan sedikit jadi Dato, Jadi jangan keliru ya.)

Danial keluar dari biliknya dan turun dari atas.

"Uhuyy cari siapa tu?" kata Danial selamba.

Rose terkejut terus berpaling ke belakang melihat Danial turun dari tangga.

"Kau ni kan! Terkejut aku!" marah Rose.

Tergelak Danial "Ahaha aku turun bawah nak pergi ambil wudhuk yang kau tercegat dekat situ dah kenapa?"

"Aku cari mama kau la entah pergi mana"

"Ehh mulut tu mama aku mama kau jugak, Mama pergi rumah Datin Zaleha tu kenapa kau cari mama?"

Rose memandang Danial.

"Tak lah, aku tanya je tak ada apa pun, Eh? Lagipun kan kenapa mama pergi rumah Datin Zaleha tu ek?" tanya Rose curiga.

Danial geleng kepala "Entah, mana aku tahu," Danial berjalan ke bilik mandi dan terus masuk untuk mengambil wudhuk.

Selepas Danial habis mengambil wudhuk, Danial keluar dari bilik mandi dan memandang Rose yang menonton televisyen di ruang tamu yang tidak jauh dari bilik mandi.

"Woi,kau tak pergi solat ke?" kata Danial yang berjalan ke tangga sambil melipat lengan bajunya ke siku.

"Aku tak boleh la" Rose masih menonton televisyen tidak menghiraukan Danial.

terangkat kening Danial.

"Kau tak boleh?, Apa maksud kau?"

Rose mengeluh dan memandang Danial. "Aku datang haid, senang cerita period."

Danial angguk "Jangan la buat muka marah, aku tanya je,aku bukan tahu sangat pasal perempuan sebab tu aku curious."

"Kalau macam tu lain kali jangan nak curious sangat nampak macam kau ni acah innocent budak lelaki paling polos di dunia"

Danial geleng kepalanya "Malas aku nak layan kau" Danial naik ke atas menuju ke biliknya.

Pov - Qhalik Marhan

Qhalik memandu keretanya ke rumah Danial katanya si mamat kuning tu bosan jadi minta lah kawan seorang ni jadi peneman dia.

Setelah sampai Qhalik keluar dari keretanya dan berjalan menuju ke pagar mansion itu.

Tingtong.

Ditekan butang loceng harap lah si mamat kuning tu bukak.

Rose melihat dari luar tapi pagar rumah agak jauh mansion itu.

Rose berjalan keluar ke ruang tamu dan menekan butang OPEN di sebelah kanan pintu masuk.

Pagar itu dibuka terus Qhalik berjalan masuk.

"Rose?" Qhalik membuka kasutnya untuk masuk ke dalam.

"Ouh Zack. Cari Danial ya?, awak tunggu dulu sebab Danial tengah solat Maghrib" Rose menapak ke belakang sedikit kerana jarak mereka agak rapat.

Qhalik senyum sinis "Ouh, okay" Qhalik berjalan ke ruang tamu dan duduk di atas sofa,ini bukan kali pertama Qhalik datang ke rumah Danial sudah berkali - kali, dah macam owner rumah gitu.

Rose naik ke atas dan mengetuk pintu bilik Daniall "Weh Nial kau dah habis solat belum?"

"Dah" kata Danial dari dalam dan keluar dari biliknya.

"Mana si Zack tu?" Danial turun ke bawah menuju ke ruang tamu.

Zack senyum nakal melihat si mamat kuning sudah datang.

"Woi, bro" dipeluk ramah Danial.

Danial tergelak kecil.

"Kau dah kenapa Zack?, Ada masalah?" Danial duduk di atas sofa bersebelahan Danial.

Rose berjalan ke dapur mengambil snacks yang disuruh Danial ambil tadi.

"Rose kau buka Ps4 jap" Danial mengambil snacks yang dihulur Rose.

Rose angguk tidak membantah kerana dia memang suka menolong orang cacat tak ada kad OKU seperti mamat kuning di hadapannya.

Ditekan butang on di Ps4 itu.

"Dah, jangan mintak tolong aku lagi, aku ada kerja nak buat" kata Rose berjalan menuju ke biliknya.

Qhalik memandang sosok Rose yang sudah masuk ke dalam biliknya.

"Adik kau cun do Nial."

Danial tergelak "Tu kau kata cun? Kau tak kenal lagi perangai dia macam mana."

Terangkat kening Qhalik apabila Danial berkata begitu.

"Kau tak grateful ada adik macam dia"

"Astu? Kau nak aku buat apa?"

"Bagi aku try dia" Senyum nakal menghiasi muka Qhalik.

Peha Qhalik ditampar kuat daripada Danial, dah gatal sangat ni la makannya!

"Damn! Tu pun kau nak marah ke? Over protective la kau ni" Qhalik mengusap pehanya yang ditampar Danial tadi.

"Dah la jom main".

To be Countinue.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 09 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bukan Lelaki Sempurna [OG] Where stories live. Discover now