Halilintar Voltra Amato.
Anak sulung daripada 7 kembar beradik. Dia yang bermata sinar merah bak delima, mempunyai perilaku paling datar dan kadangnya terlihat menakutkan oleh pandangan mata luar. Namun, dibalik topeng muka tersebut tersembunyi rasa sayang akan keluarganya.
Tidak lupa juga pada diri yang sentiasa mengalah walaupun sering membebel dahulu.
Namapun abang.. yang paling tua, marah-marah pun tetap mengalah. Itulah Halilintar.
Tapi apabila berkata perkara seakan pengorbanan ini, memang benar ada beberapa perkara yang Halilintar tidak pernah beritahu pada adik-adiknya.
Sejak pemergiaan kedua ibu bapanya, Halilintar mula didatangi pemikiran negatif dalam hati. Bertahun-tahun terbentuk, disimpan dan ditekan agar tidak terlihat oleh pandangan orang, lagi-lagi adik-adiknya.
Kadang terfikir juga, walaupun sukar menjaga 6 adiknya, dia tidak pernah menganggap adiknya sebagai beban. Tetapi bolehlah dia kata perkara yang sama daripada pandangan adik-adiknya?
Ialah kadang-kadang sampai menangis, marah, merajuk diorang dibuat Halilintar. Tengah marah lah kan.. lagi-lagi bila sikap cepat marah ini memang sudah jadi sebahagian dalam diri. Sampai tidak perasan ungkapannya menggores hati.
Itulah Halilintar yang kini sedang jauh tenung ke luar tingkap, walaupun televisyen bermain dihadapan. Dihiraukan begitu je, tengah syok fikir perkara-perkara kat atas tadi sampailah Blaze duduk di sebelah menarik perhatian si sulung, "Dah kenapa termenung tu, Hali? Ingat awek ke?"
Blaze tersengih disebelah menghiraukan pandangan tajam daripada Halilintar kepadanya. Mengambil langkah berhati-hati dengan katanya, Halilintar senyap sebentar.
Ini bukan sesuatu yang asing, mereka memang dah biasa bila Halilintar senyap apabila diganggu. Apapun, itu daripada perspektif Blaze, jadi dia santai sahaja.
Sementara Halilintar, nampak tenang tapi hati bergelora, ayat apa patut dia balas.. dah tak nak goreskan hati adik-adik dia. Tapi tulah, dah jadi habit, "Nak aku ketuk kepala kau?", dibalas dengan suara tajam dan ditekan.
Apa tak kene ngan aku ni?
"Hehe tak nak~"
"Jangan ganggu aku lah, nak tengok tv ni," membalas sambil melihat semula ke kaca televisyen. Malangnya hanya menayangkan credit akhir cerita. Tanpa sedar sudah tamat rupanya.
Blaze juga melihat perkara yang sama hanya mampu menggangguk setuju, seakan menyindir secara senyap pun ada. Tapi apa mampu di buat, kalau dia gelak kang nanti betul kene pukul.
Merasa sedikit malu, si sulung bangkit dari sofa dan memilih untuk berehat di biliknya meninggalkan Blaze sendiri di ruang tamu.
Sesampainya di dalam bilik, Hali terus melabuhkan diri ke atas katilnya. Tempat di mana segala kepahitan air mata tercurah pabila malam menjelma.
Fikiran negatif kembali memenuhi fikiran selari dengan bulan yang mengganti matahari di langit biru.
Jam menunjukkan tepat pukul 8 malam.
Dirinya masih kekal di atas katil, memikirkan nasib diri. Ibu bapa sudah tiada, duit peninggalan arwah ayah masih ada. Bersyukur sebab walaupun tiada orang tua, mereka masih mampu menjalani kehidupan dengan senang.
Tapi kenapa... Kenapa hidup senang, rumah ada, serba serbi lengkap.. kenapa Halilintar masih sedih? Masih rasa kekurangan? Masih ingin...
Fikiran terbawa ke memori lama...
Halilintar, genap berumur 10 tahun, 2 tahun sebelum pemergian ayah dan ibu, lebih kurang 4 tahun yang lepas dari waktu sekarang.
YOU ARE READING
Aku Penat, Cukuplah...- Halilintar
FanfictionBergelut dengan pemikiran negatif dan sentiasa menyembunyikan emosinya, Halilintar sentiasa dalam keadaan kemurungan. Ditambah pula pergaduhan yang berlaku antara mereka. Adakah hubungan mereka akan berbaik atau semakin teruk? . . . . . Karakter p...