Rahsia

118 13 3
                                    

Mata terbuka mendarat ke dinding putih sedikit kelabu akibat bertahun dibiarkan. Badan terasa berat diikuti mata berpusing-pusing apabila cuba membiasakan pandangan ditelusi cahaya dipancarkan daripada jendela bilik.

Halilintar membuka mata berwarna merahnya itu. Pandangan yang masih kabur cuba mencari keberadaan dirinya. Ternyata terbaring di atas katilnya, dia mendengus kehairanan.

"Kenapa aku...?"

Semakin pening kepalanya apabila cuba mengingati perkara yang berlaku semalam. Seingat dia, sepatutnya dia berada di taman dan tertidur di salah satu bangku di situ.

Tetapi kenapa ingatannya bagai terlupa sesuatu. Sesuatu yang melibatkan adik-adik kembarnya itu? Serangan tajam ke kepalanya tidak sama sekali membantu dia untuk mengingati kejadian sebenar.

"Ergh! Sakitnya kepala aku." Mengulas belakang kepalanya dengan lembut. Dia mendapati terdapat lebam yang mulai membengkak dibelakang kepalanya,"huh..? Sejak bila--"

"Kau dah bangun?" Tiba-tiba sahaja pintu biliknya dibuka oleh adiknya yang mata berwarna coklat keemasan itu. Walaupun suaranya berbunyi biasa, raut wajahnya jelas menayangkan rasa risau ke abangnya itu.

Tangan yang tadi berada dibelakang kepalanya cepat di rehatkan ke sisi katil, menutup kesakitan sebenar.

Hanya anggukan kepala dijawab si sulung.

"Makanan tengah hari dah siap dibawah, nanti abang turun je tau," ucap lembut si adik nombor duanya itu sebelum kembali menutup pintu bilik.

Halilintar melihat sejenak pintu kayu itu untuk beberapa saat sebelum kembali melabuhkan diri ke atas katil. Terasa matanya mula memberat kembali. Bayangan kegelapan mula memenuhi pemandangan matanya diikuti tutupan kelopak mata membawa diri semula ke alam bawah sedar.
.
.
.
.
.
.
.
Gempa turun ke bawah melalui tangga, melihat Ais dan Angin membawa pinggan dan lauk-lauk keatas meja.

Blaze dan Duri pula masih di dapur menyediakan air juadah mereka, aroma jus oren melimpah diudara dapat dihidu ke hidungnya.

Melihat suasana yang damai itu membawa senyuman ke wajahnya, namun terhenti seketika apabila mendapati adiknya yang bongsu tiada di ruang itu bersama yang lain.

"Mana Solar?" Tanya Gempa kepada yang lain.

Angin yang sedang menyusun pinggan di meja berhenti seketika, melihat ke arah adiknya itu dia membalas santai, "Masih di sekolah agaknya, kan dia ada janji dengan Prof untuk buat eksperimen."

"Tapi kan nak dekat masa makan tengah hari ni."

"Manalah aku tahu." Balas Taufan sambil mengangkat kedua-dua belah tanggan diiringi bahunya.

Balasan wajah datar dibalas Gempa.

Namun, beberapa saat selepas itu pintu rumah mereka di buka, memaparkan Solar yang baru pulang.

"Hah itu dia dah balik," Blaze yang baru keluar dari dapur sambil membawa satu jug air pula yang berkata secara tiba-tiba. Pastinya mendengar perbualan abang kembarnya itu.

Apabila meja makan sudah siap terhidang, keenam-enam mereka memilih untuk duduk di bangku mereka masing-masing. Meninggalkan satu bangku kosong yang menjadi tempat kebiasaanya abang sulung mereka duduk.

Apabila kekosongan itu sangat dirasai, akhirnya Duri memilih untuk bersuara, "Abang Hali tak turun makan sekali ke?"

"Tadi aku dah panggil dia turun, hmm... Mungkin dia masih penat." Balas Gempa dengan sedikit kerisauan berbunyi di suaranya.

"Aku..." Taufan berkata perlahan. Menarik perhatian yang lain memandang ke arahnya. Tanpa sesiapa berkata apa, Taufan menyambung kata, "...aku faham kalau dia tak mahu turun makan sekali.... Sebab apa yang jadi malam semalam."

Aku Penat, Cukuplah...- HalilintarWhere stories live. Discover now