"Kaki aku rasa kebas lah Nurul." Kata Syra sambil mengurut kakinya yang kebas. Syra dan Nurul ialah pengawas di Sekolah Kebangsaan Sri Jaya.
Mereka sedang bertugas menjaga murid-murid di foyer (macam dataran) dengan berada di belakang barisan untuk memantau murid.Syra menyandarkan kepalanya ke atas bahu Nurul sambil mengurut kakinya yang kebas. *Syra macam tak larat je ni,muka dia nampak macam tak cukup tidur.*Nurul berkata Dalam hatinya.
Setelah selesai perhimpunan. Syra menangis sambil berkata "kaki aku kebas Nurul Aku tak boleh bangun" lalu Aisya datang dan melihat situasi tersebut. Aisya Dan Nurul mengangkat Syra ke bilik kaunseling sambil menenangkannya. "Tarik nafas Syra, takde pape pun ni"
Kata Anis sambil mengurut kakinya yang kebas."Kaki dengan tangan Syra kebas, tak boleh rasaa" Syra berkata sambil menangis teresak-esak.Kemudian kawan Syra yang lain dapat tahu tentang keadaannya dan terus ke bilik kaunseling.
Isya, iaitu kawan baiknya semasa sekolah rendah melihat keadaannya dan cepat-cepat memegang tangannya. Apabila Syra melihat kawan baik lamanya dia terus peluk Isya dan menangis teresak-esak seolah-olah ada sesuatu yang mengacaunya.
10 minit telah berlalu dan Syra sudah berasa tenang sedikit dan boleh berjalan."Awak balik lah Syra, nanti takut jadi apa-apa susah Pula" kata Cikgu Ros iaitu guru kaunseling." Takpe Cikgu saya dah okay dah, saya nak belajar" kata Syra dengan nada yang cuba untuk ceria tetapi Masih dengar lagi suaranya yang serak.
"Kalau macam tu awak balik lah kelas, kalau sakit lagi kata lah kat kawan-kawan kamu" Kata Cg Ros kepadanya. Lalu Nurul Dan Aisya menolong Syra ke kelas.
( First time writing kat sini so kalau boleh jgn judge sy , sorry kalau chapter ni pendek )
YOU ARE READING
Ruvalia's Agony
ParanormalNovel ini berkisahkan tentang seorang pelajar tingkatan 5 siddiq yang bernama Ruvalia yang ingin menolong sahabatnya yang terkena gangguan jin di sekolah. !!WARNING!! (Berdasarkan kisah benar tetapi diubah nama-nama seperti sekolah,karakter dan seba...