*9:45 pagi* "Yay relief! Tak payah belajar!" Kata Ruvalia kepada Ryn."Boleh lah kita rehat, korang nak buat apa? Aku nak main phone je." Kata Mai kepada kawan-kawannya. Ryn,Mai dan Akmal merupakan kawan rapat Ruvalia.
Ruvalia berjalan ke tempat Syra dan bertanya tentang keadaannya selepas kejadian pagi tadi."kau okay tak ni?" "Aku okay je tapi penat sikit" Kata Syra dengan attitudenya yang ceria."bagus lah kalau macam tu."Ruvalia rasa lega selepas mendengar keadaan kawannya.
Kemudian, Ruvalia pergi ke belakang kelas untuk berbaring dan tidur kerana tiada cikgu di dalam kelas. Syra turut melakukan hal yang sama dan tidur di sebelah Ruvalia.
*11:09 pagi, waktu rehat*
Syra bangun dan berasa tidak sedap badan lalu dia menangis dan tangan dia bergeletar, kakinya menjadi kebas. Ruvalia yang tidur disebelahnya terbangun dan melihat perkara yang terjadi. Aisya, Nurul dan Isya cepat-cepat pergi ke Syra dan menolongnya. Isya mengurut tangan kanannya manakala Aisya mengurut tangan kirinya. Nurul pula mengurut kakinya. Mai dan Akmal yang baru sahaja pulang dari koperasi turut pergi ke Syra dan melihat keadaannya.
Mai Dan Akmal mengganti Aisya dan Nurul untuk melakukan perkara yang dilakukan mereka tadi kerana Aisya dan Nurul pergi mencari Cikgu untuk memaklumkan perkara yang sedang terjadi.
Cikgu Nor tiba di kelas 5 Siddiq
lalu memegang tangan Syra sambil membaca ayat-ayat lalu Syra berhenti menangis dan perlahan-lahan bernafas. "Tolong kemas barang-barang dia, awak tolong angkat dia pergi pejabat, kena balik ni" Kata Cg Nor.Syra pun balik. Lepas kejadian tersebut, semua rehat seperti biasa.
*12:12 tengah hari,relief*
"Aku duduk sini eh, panas la kat tempat aku" Isya berkata sambil membawa kerusinya ke meja Mai. Meja Mai terletak di belakang kelas. "Boleh je, kau nk buat apa? Kerja ke?" Mai berborak kosong dengan Isya."Aku rasa kan, Ada something tak kena dengan Syra." Ruvalia datang ke tempat Mai sambil membawa kerusinya ke tempat Mai."Maksud kau? Kenapa dengan dia?" Mai bertanya , mengerutkan dahinya."Ada benda kacau dia tu."Ruvalia berkata dengan nada serius.
(Kalau ada something yang tak kena ke ape, comment tau, sy akan cuba jawab)
YOU ARE READING
Ruvalia's Agony
ParanormalNovel ini berkisahkan tentang seorang pelajar tingkatan 5 siddiq yang bernama Ruvalia yang ingin menolong sahabatnya yang terkena gangguan jin di sekolah. !!WARNING!! (Berdasarkan kisah benar tetapi diubah nama-nama seperti sekolah,karakter dan seba...