AYYASH X AFIEYA | 6 🪐

183 9 0
                                    

"SAYANG...sini jap."Ayyash memanggil Afieya supaya duduk di sebelahnya. Dia melihat isterinya berjalan ke arahnya lalu duduk di sebelahnya.

"Yerr suami saya, nak ape?"

Ayyash tersenyum lalu memeluk bahu Afieya. "Hujung minggu ni kita balik rumah opah nak tak?"

"Rumah opah? Nak! Nak! Dekat mana?"tanya Afieya dengan ton nada yang teruja.

"Dekat kedah."Ayyash memeluk erat pinggang Afieya. Sesekali menghidu bau haruman dari tubuh isterinya. Wangi.

"Widih, oqang kedah bak hang!"Afieya menukar dialek percakapannya. Ayyash yang melihat kelakuan isterinya hanya tersenyum. Dia menggigit pipi tembam si isteri. Geram dengan pipi pau Afieya!

"Ish abang ni! Apa main gigit-gigit ni!"Afieya memegang pipinya lalu merasakan bekas gigitan yang ditinggalkan Ayyash.

"Ish tengok ni dah berbekas!"Afieya menampar lembut dada Ayyash. Dia memuncungkan mulutnya lalu memusingkan tubuh tanda protes. Ayyash yang melihatnya tersenyum lalu mengangkat tubuh Afieya duduk di atas ribanya.

"Alolo sakit yer? Sian die, meh-meh."Ayyash mencium pipi Afieya. Afieya yang melihatnya hanya tersenyum. Suka dengan layanan yang diberi oleh Ayyash.

"Sakit lagi?"Soal Ayyash yang melihat ke arah wajah Afieya yang tersenyum. Eleh angau lerr tu.

"Tak."

"Sayang kite majok ker? Alaaa jangan la majokk."Ayyash memujuk Afieya seperi budak kecik yang tak cukup kasih sayang. Tubuh Afieya dipeluk erat.

"Taknak nak majok jugak! Hmm! Majok nih."Afieya menyilangkan tangan. Nak manja-manja dengan suami. Dia melihat ke arah Ayyash dengan muka seposennya.

"Okay, okay sayang abang ni nak apa. Abang boleh bagi."

Afieya melihat ke arah Ayyash bersama jari yang diletakkan didagu. Setelah beberapa minit dia melihat ke arah Ayyash semula bersama senyuman sinis.

"Fieya nak abang buat something untuk fieya, boleh?"soal Afieya bersama idea nakal yang berada di dalam pikirannya.

Ayyash tersenyum lalu menggangguk.

"Anything for you sayang."

"Okay! Close your beautiful eyes my hubby!"

Ayyash menutup matanya. Layankan aje la. Kang tak pasal-pasal budak kecik ni merajuk seminggu.

Afieya terus bangun berlari ke tingkat atas. Bilik tidur mereka dituju lalu dia terus masuk dan mengambil barang yang baru sahaja dia beli di shoppe.

Langkah dituju ke arah ruang tamu semula sebelum dia melabuhkan duduk di sofa tempat dimana Ayyash sedang menutup matanya. Dia melabuhkan duduk di sebelah Ayyash lalu barang yang diambil nya dikeluarkan dari plastik. Dia tersenyum jahat sebelum menyarungkan cekak rambut yang berbentuk seperti telinga kucing ke kepala suaminya.

"Jangan buka mata lagi tau!" Afieya mengambil telefon miliknya yang berada di atas meja kopi.

"Okay buka mata."Afieya sudah tersenyum melihat Ayyash yang membuka kelopak matanya.

Ayyash menyentuh sesuatu yang berada di atas kepalanya lalu melihat ke arah Afieya.

"Aaaa comelnyerrr suami sapa ni? Alolo comelnyerrr diaa!"Afieya mengambil beberapa keping gambar Ayyash. Ayyash hanya diam dan memerhati Afieya yang kusyuk mengambil gambar dirinya.

Ayyash hanya menggelengkan kepala. Dia seronok melihat senyuman Afieya yang seakan bahagia bila bersamanya. Dia berharap senyuman itu terus lekang di bibir Afieya. Selamanya.

.

Afieya melihat ke luar cermin kereta. Dia terpana dengan pemandangan yang dilihatnya sekarang. Pantai yang kelihatan tenang tanpa gangguan berserta dengan keluarga kecil yang sedang berkejar-kejaran di pantai. Bibir mungilnya menguntum senyum bila melihat keluarga tersebut.

Berharap yang dia dapat berikan suasana yang serupa kepada suaminya. Tapi malangnya dia tak mampu. Dia masih belum kuat untuk beritahu Ayyash tentang berita tersebut, dia tak mahu Ayyash kecewa dan tinggalkan dia.

Ayyash melihat Afieya yang duduk di tempat penumpang. Dia memegang tangan kecil. Erat.

Afieya tersentak dari lamunan bila dia sedar ada kekura tangan Ayyash mendarat di atas tangannya. Dia melihat ke arah bahagian pemandu. Ayyash sedang melihat ke arahnya bersama senyuman manis terukir di bibir.

"Abang ni kenapa?"

"Aik takkan nak pegang tangan isteri pun tak boleh? Kalau macam tu abang pegang tangan janda jer la lepasni."Ayyash memasamkan muka seolah merajuk. Dia berura-ura hendak mengangkat tangannya semula.

"Eh eh bukan macam tu lah."Afieya menarik tangan suaminya semula. Orang tanya aje pun, mengada!

Ayyash tersenyum sinis. "Tau pun takut."ujar Ayyash perlahan seakan berbisik. "Apa dia?"Afieya kurang dengar dengan perkataan yang baru dituturkan Ayyash. Ish tau la dia pekak cakap la kuat sikit.

"Takde pape, saja cakap sorang-sorang, by the way, what's on your mind sayang?"dia meramas tangan isterinya. Sesekali tangan kecil itu dikucup. Afieya menoleh ke hadapan semula. "Takde apelah, saja tengok-tengok view dekat sini. Cantik."bibir sedaya upaya menguntum senyum supaya tak diketahui Ayyash.

"Nanti dah sampai rumah opah abang bawak sayang jalan-jalan okay?"

"Nak! Nak!"Kepala laju menoleh ke arah Ayyash kembali. Pipi Ayyash menjadi sasaran bibirnya. Ayyash yang tak menduga perbuatan Afieya itu hanya melihat Afieya bersama senyuman nakal. "And what is that for sweetheart?".

Afieya hanya tersengih. "Ermm hadiah untuk abang..."wajahnya bertukar merah. Ayyash yang melihat wajah merah si isteri terus saja menyakat.

"Dekat pipi jer?".

Afieya menoleh ke arah Ayyash semula bersama kerutan didahi. "Pardon?".

Ayyash meletakkan jarinya di bibir. Hmm paham-paham jer lah. Wajah Afieya bertukar merah padam. "Ermm dekat rumah opah nanti la."wajah cuba dikawal untuk terlihat biasa walhal jantungnya sudah menggila.

"Janji?"Ayyash masih lagi menyakat. Seronok tengok wajah Afieya yang semakin merah. "Ermm."nak taknak saja Afieya membalas.

.

Perjalanan yang mengambil beberapa jam itu akhirnya berakhir juga. Kereta mewah milik Ayyash masuk ke dalam perkarangan rumah kayu itu. Orang kampung yang lalu lalang hanya memerhati kereta mewah itu. Jarang-jarang ada kereta mewah masuk ke kampung mereka ini, tak lain tak bukan mesti cucu tunggal tokma sudah pulang ke kampung.

Ayyash dan Afieya keluar dari kereta tersebut. Ayyash mengeluarkan beg bagasi mereka lalu langkah dituju ke arah rumah kayu itu. Afieya hanya mengikut langkah suaminya di belakang.

"Assalammualaikum tokma!"Ayyash memberi salam terlebih dahulu. Bibirnya menguntum senyum bila melihat seorang wanita tua yang sedang menghampiri mereka bersama reaksi teruja.

"Waalaikumussalam ha balik pun cucu aku ni, ingatkan dah lupa kat tokma dah."wanita tua yang digelar tokma itu memeluk tubuh sasa Ayyash. Ayyash membalas pelukan tersebut. Rindu yang teramat pada tokma yang tersayang ni. Ayyash melepaskan pelukan dia memusingkan tubuh ke arah Afieya. Afieya segera menyalam tokma.

Tokma hanya melihat Afieya bersama senyuman dibibir. Manis betul isteri si Ayyash ni tak salah pilihan cucunya. Dia juga turut gembira atas berita yang mengatakan cucunya bakal berkahwin.

"Ni ka bini Ayyash?"Tokma melihat ku dengan pandangan yang sukar ditafsir. Bangga mungkin?

"Ha la tokma oi! Amacam? Lawa dak?"

"Uihh ni bukan setakat lawa. Comei pa semua ada, pandai noh hang pilih."Afieya hanya diam melihat suaminya berbual bersama tokma.

"Mestilah tokma, tengok la cucu tokma ni boleh kata full package."sempat lagi Ayyash bergurau.

"Jom masuk! Haih dok bertenggek depan pintu. Jom jom!"mereka kemudian melangkah masuk ke dalam rumah kayu itu.



BAAA! rindu kite tak 😆 nah new chapter.... btw mantap siot 10k views on tiktokkk!! Tankiuuuu 🙈💐btw jangan lupa vote u :3

Shadow Of The Traitor | OGWhere stories live. Discover now