"AYYASH Zafran bin Emir."
"Saya."balas jejaka itu.
"Aku nikahkan dikau dengan anak perempuan ku Afieya Zeryna binti Muhd Thaufiq dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai." tutur Encik Thaufiq.
"Aku terima nikahnya Afieya Zeryna binti Muhd Thaufiq dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai." balas jejaka itu seraya menghebus nafas lega.
"Sah?"
"Sah!" para saksi mula bersuara lalu Encik Thaufiq mengucap syukur lalu menadah tangan diikuti tetamu yang ada.
Selepas mengaminkan doa Ayyash mendekati isterinya nya yang kelihatan manis dengan baju kebarung putih yang melekap elok di tubuh isterinya. Menambahkan lagi seri Afieya yang kini sah menjadi isterinya.
Dia menundukkan sikit wajah supaya dia dapat lihat dengan jelas wajah isterinya. Dia tersenyum tipis. Pipi Afieya diusap lembut.
Dup dap! Dup dap! Afieya rasa kini dadanya berombak kencang. Dia membetulkan duduk bagi menghilangkan rasa gemuruh. Ayyash tertawa kecil.
"Are you alright dear? Don't worry I don't bite."
Bisik Ayyash perlahan hanya untuk pendengaran Afieya saja. Dia tertawa lagi bila melihat muka isterinya yang bertambah merah dari tadi.
Gulp.
Sabar Afieya sabar. Kawal reaksi muka kau, jangan nampak nervous sangat. Erghh! Tak boleh! Dia mendongak bertentang mata dengan Ayyash. Wajah tampan suaminya dipandang.
"Salam suami kamu Fieya." Puan Elyana bersuara. Haih suami duduk depan mata boleh pulak dia mengelamun. Puan Elyana segera mencapai telefon bimbit. Bersedia untuk mengambil gambar momen bersejarah anak perempuannya.
Afieya tersedar dari lamunannya lantas menggapai tangan suaminya lalu mencium lembut.
Dia mendongak lagi dan Ayyash segera mencium lembut dahi licin isterinya. Beberapa saat mereka begitu sehinggalah Ayyash menarik wajahnya kembali. Tangan diangkat dan mengelus lembut wajah Afieya.
"Ehem awak buat apa ni?" bisik Afieya perlahan. Hanya dia dan Ayyash yang boleh dengar.
"Salah ke saya nak puji ciptaan Allah yang indah depan saya ni?" soalan dibalas soalan.
"Aduhai sweet betul la, Mak nak kahwin !" Afieya lantas menjeling ke arah sahabatnya, Eryna. Minah ni memang tak makan saman betul lah. Tetamu lain hanya senyum simpul ada juga yang gelak.
.
""FIEYA bermalam dekat sini berapa hari?" soal Puan Elyana seraya duduk di sebelah anaknya.
"Tak tahu lagi la ma, nanti fieya tanya dekat abang."
"Hmm yelah...dah la mama nak pergi layan tetamu kejap." kata Puan Elyana seraya bangun dari pelamin itu dan dia mendekati ke arah suaminya berada.
'Haduh shacking pulak tangan aku ni mana suami aku ni, memang nak biar aku duduk sini sorang-sorang ke? Tak pasal-pasal jadi tugu negara dekat sini.' gumam hati Afieya seraya mencari kelibat suaminya. Tak ade pun.
"Cari abang ke?" Ayyash mula duduk di sebelah isterinya. Fuhh ramai jugak tetamu harini tak larat dia nak layan nasib baik ada ayah mertua dia, senang sikit kerja.
"Ha! Ada pun ingat dah hilang, abang memang sengaja kan tinggal Fieya dekat sini sorang-sorang." Afieya memuncungkan bibir. Nasib sayang je kalau tak dah lama dia buang dekat tepi jalan.
"Alolo sayang abang ni...abang layan tetamu tadi ramai juga tetamu, kawan sayang ada yang belum datang lagi ke?"
"Rasanye semua ada." dia bermain dengan jarinya sendiri. Haish blushing pula kite kena cop 'sayang'.
YOU ARE READING
Shadow Of The Traitor | OG
Roman d'amourᴬʸʸᵃˢʰ ᶻᵃᶠʳᵃⁿ ˣ ᴬᶠⁱᵉʸᵃ ᶻᵉʳʸⁿᵃ ☆ Pertemuan diantara Afieya Zeryna dan Ayyash Zafran telah mengungkap suatu rasa di dalam hati Afieya Zeryna. Pertemuan mengundang bahagia yang tak terungkap. "Saya jan...