AsyRa || Chapter 1

6 1 0
                                    

KAKAK ! Mana ibu ? ” Tanya Tuan Rahman selaku ayah kepada Aira .

“ Oh ibu pergi surau dengan jiran sebelah . Dari tadi dah ibu pergi . ” Balas aku . Ya, itulah rutin harian ibu kalau ada masa lapang . Mesti ke surau, aku adalah ikut sekali sekala .

Abah pun pergi ke bilik mandi untuk mengambil wuduk dan aku teruskan membaca novel . Maklumlah tengah bendera Jepun .

PIN PIN !

“ Assalamualaikum ! Buka pintu woi ! ” Jerit seorang lelaki yang dihadapan pintu pagar rumah .

Aku terus berlari untuk membuka kunci pintu pagar dan membenarkan lelaki itu tadi masuk .

“ Ibu ada kat rumah tak ? ” Tanya lelaki itu sambil kepalanya jenguk ke dalam rumah . Lelaki itu adalah abangnya, Muhammad Amir Aiman .

“ Ibu tak ada, ibu pergi surau . Nanti baliklah tu . ” Balas aku sambil menutup pintu pagar dan terus masuk kedalam rumah .

TING TONG !

“ Assalamualaikum . ” Puan Mazyana beri salam dan masuk kedalam rumah .

“ Abang dah balik ke kakak ? ” Tanya Ibu kepada ku .

“ Ya, ada dalam bilik gamaknya . ” Balas aku malas .

WEI ! Shopping jom ! ” Bergema ruang tamu itu dengan suara lelaki itu . Ajakan Hayder itu hanya dibalas dengan jelingan .

“ Eh kau ni ! Dah macam perempuan nak pergi shopping ! Jom lah, kita cuci mata sikit . ” Balas kawannya seorang lagi, Aiden .

“ Pergi petang sikitlah tapi, sekarang aku penatlah. ” Hayder garu kepala yang tidak gatal .

BAM !

Satu bantal telah mendarat di muka Hayder .

“ Kau ajak macam nak pergi terus ! Eh kau pernah kena tumbuk tak dengan aku ? ” Tanya Aiden kegeraman .

Kepala Hayder jatuh . Ya ! Dia angguk akan soalan Aiden kepadanya .

“ Pernah ! ” Jawab Hayder dengan lurusnya .

“ Eh memang nak kena lagi mamat ni ! ” Jerit Aiden sambil mengejar Hayder yang semakin menjauh .

“ Woi ! Bising lah ! Korang sehari tak memekak tak boleh ke ? Berbaik sehari ke ? ” Marah Xavier kepada dua orang kawannya itu . Macam mana tak marah, tiap-tiap hari je bergaduh ! Ibarat anjing dengan kucing !

ABANG .. nanti temankan Aira pergi kedai buku eh ? Boleh tak ? ” Tanya Aira pada abangnya .

“ Boleh juga, tapi petang sikitlah eh ? ” Malas Amir menjawab .

“ Ok, lepas asar eh ! ” Aira terus menutup pintu bilik abangnya . Nanti tak pasal-pasal kena ceramah pula !

WEI ! Jomlah pergi mall ! Bosanlah duduk rumah aje . ” Ajak Aiden pada dua orang sahabatnya .

“ Jomlah, tapi singgah SMO dulu eh ? Ni adik aku pula nak kirim barang sekolah dia . ” Balas Xavier .

“ Bolehlah. ” Jawab Hayder malas .

Mereka menaiki kereta mewah Xavier. Maklumlah anak orang kaya ! Mereka pun menuju ke tempat yang dituju .

ABANG ! Cepatlah ! Lambat betul kau ni, mengalahkan perempuan ! ” Bidas Aira kegeraman . Haih aku yang perempuan pun siap dulu tau !

“ Yelah yelah . Jom . ” Balas Amir . Dengan budak ni, tak boleh lama-lama . Nanti kang terus cancel taknak pergi !

Enjin kereta dihidupkan dan mereka terus meluncur di atas jalan raya yang hampir sesak itu . Biasalah waktu orang balik kerja !

Kereta Honda Civic Type R milik Amir diparkir di sebelah kereta mewah milik Xavier .

Mereka pun masuk kedalam dan kaki terus meluru masuk ketempat yang ingin dituju .

Oh no ! Novel Dheo's ni tinggal satu je lagi . Rugi ni kalau tak ambil ! ” Cakap Aira seorang diri .

Ketika tangan Aira mahu mengambilnya, tapi ada satu tangan lagi yang mencelah .

“ Eh sorry ya ! Novel ni saya punya ! ” Balas Aira laju . Sudahlah tinggal satu je ni ! Tak boleh ni tak boleh !

“ Sorry . Aku yang pegang dulu ya . ” Bidas Xavier laju . Kena dapat juga ni, kang tak pasal-pasal kena marah dengan budak tu !

“ Tapi saya yang dari tadi tenung dia tahu ! ” Balas Aira lagi . Mamat ni nak lawan mulut ke apa ?

“ Siapa suruh kau tenung ? Orang ambillah pegang kalau tahu nak . Ni duk tenung tenung . Bagi aku ajelah novel ni ! ” Jawab Xavier laju tanpa sempat Aira membalasnya .

“ Mana boleh ! ” Marah Aira . Dia dari tadi duk berdiri kat sini .

“ Ambil dekat kau jelah pendek ! Kang tak pasal-pasal nangis pulak ! ” Ejek Xavier .

“ Woi ! pendek pendek jangan main eh ! Sesedap rasa je awak panggil saya pendek ! Kalau nak ambil lah ! Banyak lagi novel lain . ” Balas Aira sambil jeling tajam ke arah Xavier .

“ HAHAHA jadi jugak eh teknik aku ? Thanks pendek ! ” Ketawa besar Xavier sebelum dia membayar barang-barang yang telah dikirimkan oleh adiknya .

“ Eeee ! Dasar tiang ! ” Marah Aira dan dia terus berlalu dari situ . Takde mood dah nak beli disebabkan mamat tiang tu !

“ Aira ? Dah siap ke ? ” Tanya Amir .

“ Takde mood dah nak beli, Aira tunggu dalam kereta jelah . ” Malas Aira menjawab . Hilang mood aku nak beli novel ! Semua salah mamat tadi .

Amir hanya garu kepalanya yang tidak rasa gatal . Apa kena dengan adik aku ni ?

Dia, Wanita Idamanku Where stories live. Discover now