UJIAN
Ketika kau sedang berhadapan dengan ujian.Janganlah engkau mengeluh berlebihan,janganlah kau menyumpah seranah.Janganlah kau berburuk sangka kepada Allah.
Ketika kau diuji dengan kematian orang yang engkau sayangi,dijauhi oleh rakan rakan sekitar,dihina,difitnah dan bermacam macam lagi.Jangan engkau berkata bahawa "Allah itu tidak adil","Allah itu jahat","Allah tak sayangkan aku".
Ketahuilah sebenarnya kau salah tentang itu,Allah itu maha Adil,Maha pengasih dan Maha penyayang.
Ada terdapat firmah Allah di Surah Al-Baqarah ayat ke 285 yang berbunyi
لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا
Bermaksud:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"Maka, sebenarnya kesemua ujian ujian yang ditimpa padamu adalah mengikut kemampuan dirimu.
Allah tahu kamu boleh.Allah menimpakan dirimu ujian adalah disebabkan Allah ingin menguji keimanan hambanya,adakah dia akan berputus asa dan tetap dalam kegelapan atau kembali kepadanya dan bersujud memohon dan meminta padanya,Allah ingin lihat hambanya kembali berharap padanya.
YOU ARE READING
Hijrah Seorang Pendosa
SpiritualitéTiada siapa tahu bila hidayah itu akan datang.Mau anda sedang main game,sedang bermaksiat maupun sedang bertelefon dengan kekasih harammu.Hidayah itu milik Allah,dialah yang maha menentukan untuk memberikan hidayah kepada hamba hambanya. Hidayah itu...