PROLOG

11.8K 1.1K 83
                                    

‼️TW: SUICIDAL THOUGHTS

HEZRON ADUKHA
IRENE KAMELIA

Tidak guna menentang tradisi. Tiada juga yang mahu mendengar ulasan dari mulut orang muda sepertinya.

"Seorang pewaris takhta itu harus kahwin muda untuk belajar tentang tanggungjawab dan buktikan kematangannya di mata rakyat."

"Perlu ke? Saya masih muda. Banyak lagi perkara saya boleh buat untuk buktikan kematangan saya. Bukan sekadar kahwin..."

"Putera Hezron... di negara kita, bila seorang lelaki mampu beristeri dan mempunyai anak, maknanya dia mampu dalam segala hal. Lebih muda lebih bagus. Ayahnda kamu bergelar ayah saat usia baginda berumur 15 tahun, tau! Jangan malukan keturunan. Kamu harus kahwin."

Hezron mengeluh.  "Saya boleh menolak ke? Kalau saya cakap tidak sekalipun, ayahnda tidak akan pernah dengar pendapat anak sendiri." Hezron bangun dari meja belajar dan meraup rambutnya.

"Orang tua Irene Kamelia sudah bersetuju."

Hezron tersentak. "Irene Kamelia? Gila ke? Dia baru 15 tahun!" jerkahnya. Dia kenal Irene, dia anak perempuan penasihat ayahndanya.

"Ya? Seluruh ahli keluarga setuju menganggap Irene paling sesuai dengan Putera Hezron. Umur kamu berdua cuma beza satu tahun. Lagipun Irene perempuan dengan latar belakang yang paling layak untuk bergelar pemaisuri."

Hezron sekali lagi meraup rambut. Tanpa berbincang, tanpa tanya pendapatnya, keluarganya sudah atur semuanya.

"Macam mana kamu semua nak matangkan saya kalau tiada seorang pun tanya pendapat saya? Tentang perempuan yang bakal jadi isteri saya, bukan ke sepatutnya saya lebih berhak untuk tentukan?"

"Pilihan raja lebih baik."

Hezron mendengus. Pelipisnya diurut. Wajah polos Irene Kamelia bermain-main di ruang mata. Dia baru 16 tahun, Irene pula baru 15 tahun dan orang tua mereka sudah memutuskan mereka harus bernikah.

Di negara Damakia, bila seseorang lelaki dan perempuan yang sudah melepasi waktu puberti. Mereka dianggap dewasa dan layak untuk berkahwin walaupun umurnya baru 12 tahun sekalipun. Ngeri!

"KENAPA awak ajak saya jumpa diam-diam ni?" Irene berbisik apabila dia mendapat pesanan mengejut daripada Putera Hezron untuk bertemu di kandang kuda. Ya, kandang kuda yang busuk tu! Macam tak ada tempat lain nak jumpa.

"Saya tak ada masa. Saya nak cakap pasal perkahwinan kita."

"Ohh..." Wajah Irene berubah. Hezron tahu, Irene sendiri pun separuh rela. Tapi, mana berani gadis muda itu tolak. Itukan permintaan raja sendiri.

Sedangkan Hezron dan Irene sudah berkawan sejak mereka masih kecil. Hezron tahu, cita-cita Irene bukan berkahwin awal tapi mahu melanjutkan pelajaran sehingga keluar negara seperti kawan-kawan bangsawannya yang lain. Tak adil hanya dia seorang yang terpaksa melupakan cita-citanya hanya kerana dia harus bergelar isteri kepada Putera Hezron.

"Saya tahu awak pun tak nak semua ni." Hezron bercekak pinggang di hadapan Irene. Dia melepas keluhan panjang.

"Nevermind. Semuanya dah diputuskan. I've been told that I also have to bear your child." Tangan Irene bergetar. Di usia seperti itu, dia harus melalui perkara yang mentalnya sendiri belum siap.

HEZRONWhere stories live. Discover now