BAB 1

3K 510 30
                                    

8 TAHUN KEMUDIAN

SELESAI mencatit isi diari, buku bewarna kelabu itu dikatup lantas diikat dengan kemas.

Sejenak bahunya terhenjut dengan bunyi wisel kereta api. Tangan terus bergerak menyelak langsir jendela. Matanya dijamah dengan susuk-susuk anak kecil berada di tepi landasan melambai-lambai ke arah penumpang. Hidung mereka merah, pipinya bengkak dan kemerahan. Tak sejuk ke mereka?

Senyum dikoyak sebelum tangannya turut bergerak membalas lambaian anak-anak itu. Kemudian kepalanya diangkat melihat hamparan pemandangan ibu kota Damakia dari lereng bukit landasan kereta api. Kota yang sudah lama ditinggalkan dan sudah terlalu banyak yang berubah sehingga dia tidak merasa dia berada di negara kelahirannya.

Sekarang musim salju, dari jauh dia dapat melihat pemandangan memutih dari atap-atap bangunan dan rumah di kota itu. Cantik dan nolstagik.

Irene Kamelia kalih pandangannya dan kembali mengatup langsir jendela. 8 tahun sudah selesai hukumannya. Dulu jika dia di Damakia sebagai seorang bangsawan, kini dia kembali sebagai rakyat marhaen. Sepanjang 8 tahun bagaikan sekelip mata hidupnya berubah. Ayahnya disahkan bankrup lantas meninggal dunia. Lebih menyedihkan Irene langsung tidak diberi peluang kembali ke Damakia untuk melihat jenazah lelaki itu buat kali terakhir.

Dia kembali dengan tangan kosong tanpa apa-apa harga, hanya sedikit duit hasil kerjanya di luar negara untuk dia gunakan bertahan hidup di Damakia sementara mencari pekerjaan yang baru.

Sejenak Irene mengeluh. Ayah nak mati pun tinggal lah harta sikit untuk Irene! Ah dia tak akan pernah lupa tabung harta karungnya di rumah lama. Entah-entah dah ada orang yang jumpa.

Sekali lagi Irene mengeluh memikirkan harta-harta karung yang dia simpan sejak kecil. Kalau dia jumpa lagi tabung itu, entah-entah nilai emas yang dia simpan tu dapat beli sebuah rumah.

Tak salah kalau dia pergi tengok kan?

Tapi....

Hmmm rumah lamanya dah dilelong. Mungkin sudah ada penghuni baru.

Fikir perkara itu, Irene rasa mahu menangis. Tidak tahu nak salahkan siapa. Salahkan ayah sebab bankrup? Salahkan dia sebab tak keluarkan harta karung itu awal-awal atau... salahkan Hezron yang dah bagi hukuman kejam padanya.

Ingat soal Hezron. Raut wajah Irene berubah kelat. Macam mana khabar mereka sekarang ya?

Srttt!!! Kuat bunyi geselan roda besi kereta api pada landasan tanda brek sudah ditekan. Irene sekali lagi menyelak langsir. Akhirnya dia dah sampai stesen tempat dia akan turun!

STESEN CELANDOR, DAMAKIA.
Terpampang nama stesen di papan tanda kecil di platform kereta api menaikkan lagi hormon adrenalin Irene. Di kepalanya sudah terlakar macam-macam perkara yang ingin dia lakukan setibanya dia di Celandor.

Ralit melempar pandang ke luar tingkap, tiba-tiba tubuh Irene terdorong mengejut ke depan dengan bunyi gerabak kuat menghentam setelah kereta api itu terhenti. Tidak lama kemudian, pintu kereta api perlahan-lahan terbuka dan serta merta angin sejuk menyapa tubuh. Irene teguk air liur dan dia kemaskan baju tebal di tubuhnya. Setelah dia lihat beberapa penumpang sudah bangun mengambil beg masing-masing di rak bagasi di atas kepala, Irene juga turut bangun mengeluarkan bagasinya di rak itu.

Kemudian, perlahan-lahan berjalan ke arah pintu sambil beratur menunggu gilirannya keluar. Melihat wajah-wajah rakyat Damakia yang sudah lama tak ditatap matanya, hati Irene sejenak terasa pilu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 27, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HEZRONWhere stories live. Discover now