part 1

0 0 0
                                    

Seperti kebiasaaan nya , hari ni mama dan papa tiada di rumah . Aku menyiapkan sarapan untuk adik-adik aku dan bersedia untuk ke sekolah .

(telefon berdering)

"min, selepas hantar adik ke sekolah ...min packing-packing ya... mama dan papa akan pulang hari ni and ...kita akan pergi berkelah(excited)" panggilan tersebut merupakan panggilan dari mama min .

"ok ma" aku mematikan panggilan dari mama lalu berangkat menghantar adik-adik ke sekolah.

Dipendek kan cerita ,selesai tugas harian aku , aku pun packing barang-barang yang diperlukan untuk pergi berkelah sementara menunggu kepulangan adik dan parents .

(bunyi password ditekan)

"min-a... mama dah sampai " suara yang dikenali , itulah mama aku bersama papa .

aku memeluk mama dan papa tanda aku merindui mereka .

"barang-barang semua dah siap?" papa bertanya kepada aku.

"dah papa, sementara tunggu adik ,jemputlah makan dulu mama,papa" aku menuntun mereka ke meja makan dengan hidangan yang sudah tersedia .

-1pm-

"mama!!" suara meriah di muka pintu menandakan adik-adik aku dah balik .

"hey sayang mama" aku lihat mama memeluk kedua buah hati kesayangannya di depan aku.

Sementara mama menyiapkan adik-adik aku ,aku dan papa memasukkan barang ke dalam kereta . Sedang mengemas barang ,papa menanyakan sesuatu kepada aku .

"min! kamu ada impian? papa lihat kamu seperti tiada arah untuk masa depan" pertanyaan papa membuatkan aku terdiam . Sejujurnya ,aku tak pernah memikirkan apa yang aku inginkan sejak dari kedua orang tua aku bekerja di luar negara. Aku lebih fokus kepada kebajikan adik-adik aku berbanding diri aku sendiri.

"Min tak fikir sampai ke situ lagi pa..tapi jika papa tanya apa yang min ingin lakukan seumur hidup min , ada satu benda yang dah lama ingin Min lakukan" tanpa ekspresi aku meluahkan isi hati aku.

" apa tu ?" papa kembali bertanya.

" 'Belum Waktu' nya lagi papa" spontan aku membalas . papa menepuk bahu aku memberi semangat kepada aku . Tidak lama selepas itu mama bersama adik-adik aku menuju ke kereta , kami pun berangkat menuju ke lokasi perkelahan.

Dalam kereta adik-adik aku keriangan kerana pergi bercuti ,sementara aku memandang ke luar tingkap menikmati udara segar dan pemandangan yang menenangkan. Aku mengeluarkan diary yang sering aku bawa kemana-mana. Diary ini bagaikan nyawa kepada aku, apa yang aku lakukan aku akan tulis di dalam diary ni.

"abang!!abang!! " adik aku menganggu konsentrasi aku untuk membaca diary aku ni. "adik! duduk!" aku mengertak adik aku , adik aku memang agak takut dengan aku . Mereka akan dengar dengan kata-kata aku jika tidak mereka akan dihukum. Begitulah cara aku mendidik aku menjadi manusia,dan cara aku menghukum mereka tidak diketahui oleh mama dan papa.

mama dan papa melihat adik-adik begitu ceria dan good attitude setiap kali mereka pulang membuatkan rasa curiga mereka menjadi kosong. Selepas beberapa jam perjalanan, kami pun sampai di lokasi perkelahan.

adik aku bermandi-manda bersama mama manakala papa bbq aku pula menjaga api

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

adik aku bermandi-manda bersama mama manakala papa bbq aku pula menjaga api . mungkin sudah mulai kesejukan,mama kembali ke darat sementara adik-adik aku masih bermain di dalam air. " Min pergi tengok adik-adik kamu tu" papa menyuruh aku untuk perhatikan budak-budak ni. "jun !! hyun!!, dah lah tu sejuk lah mari naik " aku memanggil budak dua ekor ni naik ke atas .

Seperti keluarga lain nya ,kami makan-makan ,ketawa bersama, bersembang tentang kehidupan kami di seoul manakala mama dan papa menceritakan kisah mereka sepanjang mereka tinggal di luar negara dan berehat .

two days one night kami berada di sini ,tiba lah masa untuk kami pulang ke rumah. mama dan papa sibuk mengemas barang-barang manakala aku menjaga adik-adik aku . Mereka berdua ni memang suka dengan air , tiba-tiba aku mendengar bunyi kocakan air yang sangat kuat dan suara adik-adik aku menjadi senyap sunyi,apabila aku dekati mereka telah hilang di dalam air .

aku kembali ke mama dan papa dengan pakaian aku yang basah mengatakan adik aku telah lemas . hal itu menyebabkan mereka menjadi panik ,mama meraung memanggil-manggil adik aku , manakala papa menelefon pihak yang bertanggungjawab untuk membantu.

satu jam kemudian pihak bantuan tiba lalu mulai pencarian adik aku di kawasan terbabit . aku pula di soal siasat mengenai kronologi kejadian, aku menceritakan semua dari awal sehingga akhir. Setelah lima jam kemudian , jun di jumpai tersangkut di bebatuan beberapa meter dari tempat dia lemas. hyun masih tidak dijumpai. mama memeluk jun menangis dia sejadi- jadinya,papa memeluk mama supaya mama tidak terlalu beremosi.

pihak yang bertanggungjawab melanjutkan pencarian ke kawasan yang lebih jauh dari kawasan kejadian , akhirnya mereka menemukan titik terang apabila menemukan hyun terapung di pinggiran sungai. Pada akhirnya , hyun dan jun berjaya di temukan . betapa hancurnya hati kedua orang tua aku melihat adik-adik aku yang kaku dingin tidak bernyawa .

disingkatkan cerita , upacara pengebumian selesai di jalankan. Kami bertiga pulang ke rumah ,baru kali ini aku merasakan sunyi menerpa aku . Kebiasaan nya rumah ini meriah dengan gelak tawa adik-adik aku kini tiada lagi. Mama masih meratapi kehilangan anak-anak kesayangan nya ,papa juga seperti nya kebingungan seperti orang yang kehilangan arah. Aku menghulurkan segelas air kepada papa dan mama, menandakan bahawa aku ada disini untuk mereka.

"Min.... tinggal kamu sendiri" mama melihat aku dengan mata berkaca-kaca.
"Tuhan sudah berkehendak begitu mama..kita harus kuat" balas ku memujuk mama .

Seminggu berlalu sejak kami kehilangan keluarga tercinta,aku lihat mama dan papa masih belum move on dari kenangan bersama mereka. Sejak ketiadaan adik-adik aku ,aku bernekad untuk sibukkan diri dengan pelajaran. Aku menyambung pelajaran dalam bidang psikologi, apabila aku pula ke rumah aku sering melihat mama dan papa melihat kembali video-video lama adik-adik aku .
Sebegitu sayangnya mereka sama adik-adik aku ini.

Sehinggalah di suatu malam , aku menyuguhkan air special buatan ku ke kedua orang tuaku .
Sebagai tanda aku menghargai mereka, aku telah menyiapkan katil dan mengemas rumah pada hari tersebut , kebetulan hari tersebut merupakan hari ulangtahun perkahwinan mereka. Aku begitu excited dengan kejutan ku ini. Selesai meminum , minuman yang aku beri , mereka tertidur dengan nyenyak.

00:00

Jam menunjukkan waktu tepat midnight, aku menyalakan lilin dan ia menyala dengan marak nya . Aku tersenyum sambil berkata "SELAMAT ULANGTAHUN MAMA PAPA"

cerita ini merupakan cerita 2 tahun yang lalu, kini aku masih belajar dan sudah mempunyai rumah sendiri , sayangnya suasana sudah berbeza, tiada lagi canda tawa ,tiada lagi mama dan papa. tapi aku bersyukur apa adanya kerana aku mempunyai seseorang yang aku cintai.

Diary
-min-

Diary MinWhere stories live. Discover now