TUKAR 05 - Amanat Arwah Ibu

1.3K 20 1
                                    

ʻʻYa Allah Ya Tuhanku, Kau tetapkanlah hati kami agar kekal dalam agama-Mu, Kau murahkanlah rezeki kepada anakku, Kau berikanlah kemudahan kepadanya. Kau panjangkanlah usianya. Kau berkatilah hidupnya. Kau akhirilah hidupnya dengan pengakhiran yang baik... Aammiiiinnnnn.ʼʼ begitulah sebahagian doa yang dilafazkan oleh seorang ibu sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyaʼ.

Ibu mana yang tidak mahu melihat kebahagiaan anaknya. Hidup yang lebih sempurna. Hidup berkeluarga.. mempunyai isteri.. mempunyai zuriat.. agar kehidupan masa depannya lebih terpelihara.

Perkenalan dengan seorang jururawat yang telah menjaganya semasa sakit dan bermalam di wad membuatkan hatinya tergerak untuk menyatukan anaknya dengan gadis tersebut.

ʻʻDah tugas Zura, mak cik. Lagipun mak cik yang baik sangat dengan Zura. Saya dah anggap makcik macam ibu saya sendiriʼʼ balas Azura, jururawat yang menjaga Aishah.

Pengorbanan anak tunggalnya yang sanggup melupakan impian untuk menyambung pengajiannya ke menara gading memang tidak terbalas. Anaknya lebih rela mengusahakan kebun peninggalan arah bapanya menguatkan lagi hasrat Aishah untuk memastikan Aiman mengecapi kebahagiaan.

Episod seterusnya - Amanat Arwah Ibu
.. akan disiarkan pada 19 Jun 2024 jam 8 malam.

#thanksforyoursupport..

TUKARWhere stories live. Discover now