BAB 38

529 17 0
                                    


              KOTNYA diambil. Tali leher pula diperbetulkan agar terlihat kemas. Zafrel mengeluh perlahan. Hari ini, dia akan bertolak ke Itali atas urusan kerja. Berat hatinya untuk dia meninggalkan isterinya di rumah. Apatah lagi apabila Naurah sedang mengandung.

Zafrel menuruni tangga ke ruang tamu. Kelibat isterinya dicari-cari. Entah kemana wanita itu menghilang. Bunyi gelak tawa terdengar dari taman di belakang rumah mereka. Zafrel mengukir senyuman yang penuh makna. Sudah dia tahu siapa si empunya suara itu.

"Ha!" Badan Naurah terus dipeluk dari belakang. Sempat lagi dia melabuhkan ciuman di leher isterinya itu.

Naurah dengan cepat berpaling ke belakang. Dia menolak lembut suaminya. Senyuman bertakhta di bibir.

"Abang dah nak bertolak ke?" tanya Naurah.

"Belum. Bersiap awal aje. Ada dua jam lagi sebelum abang pergi" balas Zafrel yang masih memeluk Naurah.

"Boleh tak abang tunaikan permintaan terakhir Naurah? Naurah nak makan Ghost Pepper!" luah Naurah sebelum tersengih-sengih.

Zafrel sudah membulat matanya. Nak makan Ghost Pepper?! Biar betik!

"Tak boleh lah, sayang. Kalau muka anak kita jadi macam Angry Bird macam mana?" soal Zafrel sambil menahan gelak.

"Eh. Mana ada sampai macam tu. Kalau dia jadi Angry Bird, Naurah makan coklat pula. Nanti dia jadi Sweet Bird" balas Naurah acuh tak acuh.

Usai sahaja mendengar balasan daripada isterinya itu, Zafrel terus ketawa terbahak-bahak. Naurah sudah memandangnya tajam.

"Ha.. Haha... Be... Hahaha! Be... Betul lah tu" gelak Zafrel. Dia memegang perutnya. Nak pecah perut, woi!

Membulat mata Zafrel secara tiba-tiba. Tumbukan isterinya di perutnya itu amatlah menyakitkan. Namun, Zafrel tetap mengekalkan mukanya yang tenang bagaikan air sungai yang mengalir itu. Naurah yang sudah berlari masuk itu terus dikejar olehnya.

Zafrel mengheret bagasi hitam miliknya. Sempat lagi dia berpaling ke belakang untuk memandang wajah isterinya buat kali terakhir. Dia akan pulang ke tanah kelahirannya ini selepas 2 bulan pula.

"Abang! Tatatititutu!" jerit Naurah sambil melambai-lambai tangannya. Air mata yang entah bahagia atau sedih itu dikesat.

Datin Nora dan Dato' Ridzwan turut sama melambaikan tangan mereka. Mereka tergelak apabila menantu mereka sudah pun menangis teresak-esak. Datin Nora tertawa kecil sebelum memeluk Naurah.

"Nah, nah. Hadiah daripada Zafrel" ujar Dato' Ridzwan sebelum menghulurkan satu pek Ghost Pepper kepada Naurah. Naurah dengan cepat mengesat air matanya dan mengambil makanan tersebut. Dia tersenyum-senyum bahagia.

"Macam saya lah, bang. Abang ingat tak apa yang saya mengidam masa mengandungkan Zafrel?" tanya Datin Nora sambil memandang menantunya yang sudah berjalan mendahului mereka. Pengawal-pengawal berpangkat tinggi itu menjaga Naurah di setiap sisi. Kanan dan kiri.

"Siapa tak ingat? Mestilah ingat! Momen paling legend tu! Mengidam nak emas lah. Nak banglo lah. Nak dua buah kereta lah. Itu lah ini lah" balas Dato' Ridzwan. Datin Nora terus mencubit lengan Dato' Ridzwan sebelum mereka tergelak sesama sendiri.

"Mummy, daddy. Naurah tidur dekat rumah Zaf dengan Nadeera" kata Naurah.

"Dengan adik tiri Naurah ke?" tanya Datin Nora. Naurah dengan cepat mengangguk sebagai jawapan.

"Oh... Kalau macam tu, tak apa lah. Ni. Jaga cucu mummy baik-baik, ya? Hati-hati, sayang" pesan Datin Nora sebelum memeluk menantunya itu. Naurah tersenyum sebelum membalas pelukan ibu mentuanya.







             "KENAPA akak beli banyak-banyak ni? Pedas ni" tanya Nadeera sambil memandang plastik Ghost Pepper tersebut.

"Saja. Nak simpan. Kalau rindu Zafrel, akak makanlah ni" balas Naurah sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Maggie pedas giler tu pun dah macam nak meletup kebabom! Kalau yang ini, tak tahulah nak cakap apa" kata Nadeera sebelum tergelak. Naurah turut sama tergelak. Dia memandang ke arah perut Nadeera yang sudah membesar itu. Cepat betul masa berlalu.

Naurah melabuhkan punggung di atas kerusi yang terdapat di meja makan. Kakinya mula lenguh akibat berdiri dalam tempoh masa yang lama. Nadeera yang sibuk memasak itu dipandang. Tidak sangka bahawa adik tirinya yang selalu sombong dan berperangai seperti syaitan itu berubah 360 darjah apabila kejadian tersebut berlaku.

"Deera... Meh lah duduk dulu. Kesian akak tengok kamu tu. Tak lenguh ke? Akak yang baru 2 bulan pun dah lenguh ni" ujar Naurah.

"Alah... Lenguh sikit je. Dah terbiasa berdiri. Dekat sekolah kalau tak siap homework memang berdiri sampai habis kelas lah. Haha" gelak Nadeera.

Naurah tersenyum. Jarang betul dia melihat Nadeera tersenyum dan tergelak. Jarang juga dia melihat wanita itu bergurau.

Naurah tersedar dari lamunannya apabila makanan itu sudah terhidang panas di hadapannya. Sup ayam itu amat menyelerakan! Pinggan yang terisi nasi putih itu diletakkan bersama dengan satu jag air sirap. Tanpa berfikir panjang, Nadeera terus menjamah hidangan tersebut. Sup ayam menjadi pilihan menu makan malam.

Naurah pula dengan cepat mencapai ikan keli berlada. Entahlah. Tekaknya lebih memilih hidangan yang pedas daripada yang manis. Lain pula Nadeera.

"Deera, akak nak tanya boleh tak? Macam mana dengan persekolahan Deera?" tanya Naurah.

Kunyahan Nadeera terhenti sebaik sahaja Naurah melontarkan soalan tersebut. Air sirap dicapai sebelum dia teguk.

"Macam itu lah, akak. Walaupun Deera dah berhenti sekolah, masih ramai lagi kawan-kawan Deera yang dulu mengumpat pasal Deera. Maklumlah, Deera kan tak sempurna di mata orang" balas Nadeera sebelum mengeluh perlahan.

Naurah tiba-tiba sahaja merasa serba salah. Dia dengan cepat bersuara. "Eh, tak lah. Adik akak ni cantik. Comel pula tu. Hiraukan aje hinaan orang"

"Disebabkan muka Deera yang macam ni, tak ada siapa dah nak kawan dengan Deera. Amir sebenarnya nak jadi pak sanggup. Tapi bila dia tengok muka Deera yang sekarang... Dia ubah fikiran" kata Nadeera lagi.

"Orang cantik selalu menang. Hodoh sangat ke Deera, akak? Ramai orang cakap yang Deera macam hantu. Kalau Deera berjalan dekat pasar tu, Deera boleh dengar yang diorang mengumpat pasal Deera"

Naurah dengan cepat bangun dari kerusinya sebelum menghampiri Nadeera. Badan adiknya itu dipeluk serta-merta.

"Deera... Deera cantik. Deera redha, ya? Di sebalik semua ini, ada hikmahnya. Tak bermaksud bahawa Deera tak cantik, tak ada orang nakkan Deera. Allah cuma tak pertemukan Deera dengan jodoh Deera lagi. Deera nak bukti? Orang yang tak cukup fizikalnya pun masih ada orang nak. Orang yang OKU pun masih ada orang nak. Akak pasti yang suatu hari nanti, Deera akan jumpa juga dengan jodoh Deera yang telah ditetapkan oleh Allah. Deera hanya perlu bersabar dan berdoa" pesan Naurah sebelum tersenyum untuk menceriakan adik tirinya itu.

Nadeera turut sama tersenyum sebelum bersuara. "Terima kasih, akak. Disebabkan akak, Deera dah berubah. Kalau akak tak ada masa tu, Deera tak tahulah apa yang jadi"

"Ingat Deera, jika Allah sudah berkehendak, maka terjadilah. Akak janji yang akak akan cuba didik Deera" janji Naurah.

JANGAN HAMPAKAN CINTAKU [COMPLETED]Where stories live. Discover now