Di surau, pertama kali dalam sejarah hidup Alhada rasa sesuatu aneh. Dia telan kesat liur, rasa payau. Perlahan dia keluar dari tempat perempuan, menyelinap masuk ke surau lelaki.
"Hada,"
Tegur Andika dari tempat berwuduk. Bergegas dia keluar kejar kakaknya yang mengintai. Hada hela nafas lega. Mujur Dika yang keluar.
"Dika. Hada rasa sesuatu. Hada takut."
Buntang mata Dika dibuatnya. Kakaknya takut sesuatu?? Ini perkara ngeri. Luar alam. Seram.
"Rasa apa? Nak maghrib dah. Hada jangan takutkan Dika."
Andika jeling sana sini. Takut ada benda tak kena. Namun semuanya kelihatan biasa. Tenang.
"Hada rasa Hada uzur. Tak boleh solat,"
Bisik Alhada rapat. Mujur Andika seorang yang tenang. Dia terkejut, tapi tak menjerit. Kalau Juna atau Wira, pasti dah kecoh sekampung.
"Beritahulah pada Dang. Minta tolong kaum perempuan. Maaf. Dika tak tau nak buat apa,"
Jujur Dika sambil perhati separa wajah Alhada. Kelihatan pucat, tak sihat.
"Kalau Hada nak balik, Dika ikut temankan."
Alhada geleng kepala. Tolak pelawaan baik Dika. Kemudian dia senyap sunyi. Menunduk kepala.
"Hei..Hada. Hada kenapa?"
Dika tunduk. Intai sepasang mata berkaca Hada. Terkejut beruk dia lihat air mata kakaknya yang merembes keluar tanpa salam.
"Tskk.."
"Astaghfirullahalazim. Ya Allah. Ya Allah. Hada kenapa? Sakit ke? Hada kenapa?"
Begitu risau Dika sauk Hada dalam pelukan. Tak pernah- pernah si garang Hada menangis. Kali pertama Hada tunjuk perasaan terang begini.
"Bonda sakit, Dika. Hada dengar bonda nangis bersama umi. Bonda nangis kerana dia."
Esakan Hada tak jelas apabila wajahnya sembam pada dada Andika. Andika pegun sambil tangan naik atas mengusap kepala Hada.
"Siapa dia?"
Soal Andika, serius. Dia tarik kakaknya keluar dari kawasan surau. Lalu duduk di pondok.
"Haider. Nama yang bonda tangiskan. Nama yang bonda tunggu selama ini. Nama ayah kita."
Andika terpempan. Riak tenangnya berubah. Terkejut besar. Patutlah kakaknya menangis. Andika duduk di sebelah Alhada. Ayah?
"Hada pasti ke? Hada pasti kita ada ayah?"
Soal Andika. Alhada gamam. Tak sangka Andika jadi dingin. Fikirnya Andika bakal ikut nangis.
"Kita tak pernah kenal dia. Dia juga tak pernah kenal kita—"
"Tapi bonda kenal, sayang, cintakan dia. Malah bonda masih tunggukan dia sampai sekarang,"
Cantas Alhada, garang. Air mata sudah kering. Andika diam sebelum mengeluh. Nafas dihela.
"Jadi kita patut buat apa?"
"Kita tunggu. Bonda nak beritahu kita hal ini. Tapi Hada dah terdengar bicara rahsia bonda."
Andika angguk. Buat Alhada senyum kecil. Dia senang dengan ketenangan Andika. Kalau marah, boleh diajak runding. Bukan melulu gila babi seperti Juna atau pengecut sadis seperti Wira.
"Hada patut balik. Biar Dika hantar."
Usai bicara Andika, dia bangun. Pegang lengan keras Hada. Berura mahu hantar Alhada. Hada tak bantah. Perutnya rasa senak, sakit.
ANDA SEDANG MEMBACA
SPIDER VOICE [C]
Ficción General[ BOOK 2 ] Sejak dalam kandungan mereka sudah berteman. Menurun dari legasi ibu bapa, ada darah pahlawan yang mengalir dalam tubuh mereka. "Voice." Nama gedik Allamanda yang hanya boleh disebut Haider. Tapi bukan Allam. Itu nama pentasnya sebagai pe...
![SPIDER VOICE [C]](https://img.wattpad.com/cover/359762765-64-k784607.jpg)