DIA menapak masuk ke dalam rumah berkayu buruk itu. Dicapai beberapa batang kayu yang tersedia untuk membuat unggun api.
Dia melangkah keluar dan menghampiri tanah datar yang telah tersusun batu membentuk bulatan.
Dia menyusun kayu-kayu itu dengan betul sebelum dia mengambil batu dan kayu lalu digores sehingga api bernayala.
" selesai juga. " ujarnya sembari mengelap dahinya yang berpeluh dengan belakang tangannya.
Dia melabuhkan duduk di atas batu. Dicapai ubi yang belum matang lalu ditusuk dengan satu batang kayu. Dihalakan ubi itu ke unggun api sehingga matang.
Sedang dia terlalu sibuk menunggu ubi itu matang, suara dari semak-samun menyapa gegendang telinganya.
Lantas dia menoleh kearah bunyi itu.
" siapa itu? " soalnya langsung bangkit.
Matanya tak lari memandang tempat dimana suara itu berasal.
" akan ku tanya sekali lagi, siapa itu? " Soalnya lagi.
Krak!...
Dia langsung membaling lembing yang diperbuat dari kayu dan batu ke arah suara semak-samun itu.
Senyap.
Selang beberapa saat seekor arnab melompat keluar. Dia mengerutkan dahinya. Datang dari mana pula arnab itu?
DICAPAI kunci kereta miliknya sebelum dia melangkah ke pintu keluar.
Dia menghampiri kereta miliknya lalu masuk ke dalam perut kereta.
Enjin dihidupkan sebelum dia mula memandu menuju ke destinasi.
Dia menolak pintu kereta lalu turun dari perut kereta.
" lambat kau sampai. " ujar seorang gadis berambut panjang berwarnakan perang." perempuan kan. " sinisnya. Emily.
" dah, cepat ketua dah marah tu. Nanti tak pasal kau masuk hutan sorang-sorang. " ujarnya. Emily menggangguk.
" weh, Lili. Kau ada bawa baju lengan panjang lebih tak? aku lupa nak bawa tadi. " soal Emily. Lili mengganguk sebelum dia melangkah ke hadapan.
Ketua mereka sudah menjerit memanggil agar berkumpul sebelum bermulanya aktiviti mereka.
Sambutan sempena hari hijau yang diadakan oleh pihak berkuasa kepada orang awam menarik perhatian Emily. Mengembara di dalam hutan.
" sebelum kita masuk ke dalam, saya nak awak semua pastikan apa yang patut ada telah tersedia dalam beg masing-masing. Saya tak nak apa-apa berlaku apabila kita ada dalam sana. Faham? " jelas ketua itu.
Kesemua ahli pasukan yang menyertai mengganguk faham.
" pastikan sentiasa rapat dengan ahli kumpulan masing-masing. Saya tak nak ada yang hilang ataupun cedera. Keselematan tanggungjawab kita dan diri sendiri. " jelas ketua itu lagi.
Semua mengganguk faham.
Deng deng. Kali ini kita main dalam hutan pulak ek.
YOU ARE READING
Mr. Forest: Arfan Jibrail ✔
ActionARFAN JIBRAIL | EMILY ADRIANA " kau siapa? Mengapa kau disini? " - Arfan Jibrail " kau ni lelaki purba ke? " - Emily Adriana * no copy right, sepenuhnya dari idea author sendiri, juga terdapat scene ganas * Pesanan author: Story ini sangat cringe. ...