1 - IKLAN MENCARI PENGASUH

5.2K 23 0
                                    

AIFFA POV

Hidup di ibu kota memang memerlukan seseorang itu untuk membuat lebih dari satu kerja. Begitulah gayanya dengan aku. Gajiku hanya cukup-cukup makan untuk hidup di bandar besar ini. Memandangkan aku gemar melakukan aktiviti luar yang mana memerlukan kos yang tinggi, aku perlu mencari duit lebih.

"MENCARI PENGASUH PART TIME. Boleh hubungi 013-991**** - Affan (whatsapp) "

Ketika sedang melayari laman sosial Facebook, aku ternampak satu iklan pengasuh. Iklannya masih baru, dalam 30 minit yang lalu. Memandangkan aku berpengalaman menjaga anak-anak buah yang ramai, jadi aku ingin mencuba, mana tahu dapat lah buat part time.

Tanpa membuang masa, aku terus menghantar pesanan whatsapp kepada nombor yang tertera. Mencuba nasib.

Tidak perlu menunggu lama, aku sudah mendapar balasan di whatsapp. Pemilik iklan tersebut, Encik Affan mahu berjumpa denganku selepas waktu kerja pada esok hari untuk sesi interview santai. Curlassss kau, kerja pengasuh part time pon ada interview.

Keesokan harinya...

Jam 5.20 petang aku sudah get ready di tempat perjumpaan yang dijanjikan. Tempatnya di mall. Lebih tepat lagi di sebuah kedai makan segera.

Sedang asyik aku scroll facebook tiba-tiba ada suara menyapa

"Assalamualaikum, ini Cik Aiffa ke?"

"Walaikumsalam..." Sambil menjawab salam aku menoleh, OMG kacaknya. Aku terpana. Tapi masih mampu menyambung ayat. "Ya, saya Aiffa. Ni Encik Affan ke?"

"Ya, saya Affan" balasnya sambil menarik kerusi untuk duduk.

Di sebelahnya ada satu stroller. Dan tentulah dalam stroller tu ada baby.

"Ini anak saya yang awak akan jaga. Namanya Ayden. Baru masuk 5 bulan. Awak hanya perlu jaga dia hujung minggu sahaja antara Sabtu atau Ahad setiap minggu dari pagi sampai saya balik. Weekdays pon mungkin awam perlu datang juga lepas waktu kerja sampai malam. Tapi saya cuba janji takkan sampai tengah malam. Untuk bayaran, RM50 sejam. Kalau awak setuju, hujung minggu ni boleh mula. Saya akan supervise kerja awak melalui CCTV yang saya boleh access remotely. Jika anak saya dijaga dengan baik, upah awak akan dinaikkan." Ujarnya panjang lebar

Bila dicongak-congak, kalau sehari kerja 12 jam dapat 600?? Biar betullll

"Okay Encik Affan. Saya setuju. Jangan risau, saya akan jaga anak Encik Affan baik-baik. Saya memang biasa dengan budak. Anak-anak saudara saya ramai. Saya jaga diorang dari kecil." Ujarku, sambil melirik ke arah stroller. Bayi comel itu sedang tidur. Polos. Aku tersenyum.

"Okay baik. So, nanti saya akan whatsapp alamat rumah. I got to go now. See you" ujar lelaki itu sambil tergopoh bangun dan menolak stroller anaknya berlalu pergi

"Kedekutnya dia ni. Muka je handsome. Dah ajak jumpa kat sini at least belanja lah makan sekali" aku mengomel..

AFFAN POV

Affan meraup muka kasar. Sejak akhir-akhir ini kerja di pejabat semakin banyak. Pening kepala. Pening fikir kerja. Pening fikir siapa mahu menjaga anaknya Ayden. Minggu depan Ummi nya akan kembali ke kampung. Ummi nya ada menyuarakan hasrat mahu membawa Ayden sekali balik kampung untuk dijaga disana tetapi dibantah olehnya. Ayden satu-satunya harta berharga yang ditinggalkan oleh arwah isterinya. Isterinya meninggal dunia sewaktu melahirkan Ayden. Sejak itu Ayden dijaga oleh ummi dikampung sehingga berusia 3 bulan. Selepas itu, dia mengambil Ayden untuk dibawa tinggal bersama nya sehingga hari ini. Ummi nya juga ikut sekali. Tapi, setelah 2 bulan di kota, ummi mahu pulang ke kampung.

'ke aku cuba cari pengasuh part time. Taska untuk siang hari dah lock. Malam dan weekend je kena cari orang jagakan. Ah cubalah buat iklan di Facebook.'

Belum pun sejam dia post iklan mencari pengasuh, sudah ada yang menghubunginya.

Seorang wanita, berumur 28. Bujang. Bekerja sektor kerajaan. Kerja waktu pejabat.

Tengok dari gambar profil whatsapp wanita itu, nampak menyakinkan dan wajahnya nampak sosok keibuan walaupun masih bujang. Pelik tapi benar.

Tanpa membuang masa, Affan set temujanji untuk berjumpa secara berhadapan dengan wanita itu pada esok hari.

Seperti yang dijanjikan pada esok hari, mereka bertemu.

Affan terpaku, kerana aura wanita itu mengingatkannya kepada sosok yang sudah tiada. Entah mengapa dia merasakan wanita itu sesuai untuk menjaga anaknya walaupun pada mulanya dia meragui untuk menerima wanita bujang itu menjaga anaknya. Sudahlah bujang, masih muda. Muda 6 tahun daripadanya.

Dadanya merasakan sesuatu yang lain, oleh kerana itu selepas menerangkan apa yang patut dia terus meminta diri.

GETAR CINTAMUWhere stories live. Discover now