4 - ANGAU 🔞🔞🔞

8.5K 44 13
                                    

Sejak kejadian semalam, entah mengapa aku dapat merasakan perubahan Affan. Dia bagaikan meminimakan perbualan denganku. Sepatah kutanya, sepatah dia menjawab. Semalam dia melayaniku selayaknya aku sebagai seorang isteri, hari ini dia melayaniku ibarat aku hanya seorang pengasuh anaknya.

---
AFFAN'S POV

Affan merasakan dia telah mengkhianati cinta arwah isterinya dengan menyentuh wanita lain walaupun wanita itu sudah sah menjadi isterinya kini. Entah mengapa, Aiffa bagaikan magnet. Pantang didekati pasti nafsunya goyah. Sejak dari malam mereka ditangkap Ustaz Jalal, sebenarnya dia sedar itu Aiffa bukan bayang isterinya. Dia sedar. Namun dia gagal mengawal nafsu. Oleh sebab itu, dia cuba menjauhi Aiffa. Dia tidak mahu memberi harapan pada isterinya itu. Biarlah Aiffa meneruskan niatnya untuk menjadi ibu susuan Ayden dengan tenang.

Hampir dua bulan dia berjaya menjauhi Aiffa, sehinggalah pada suatu malam...

---

2 bulan berlalu, keadaan masih begitu. Aku masih belum berjumpa mana-mana doktor untuk mendapatkan nasihat untuk inducing lactation.

Affan bagaikan mengelak untuk bertentang mata denganku.

Aku rindu belaian mesranya walaupun kami pernah bersama hanya sekali. Atau adakah Affan membayangkan aku adalah arwah isterinya ketika kami bersama dahulu? Aku memejamkan mata.

Sedang asyik aku mendodoi Ayden di ruang tamu, pintu rumah dibuka dan muncul Affan disebalik pintu. Dia memandangku sekilas, dan terus melarikan pandangan, berjalan menuju ke biliknya di tingkat atas.

Ayden yang sudah terlena perlahan-lahan aku letak di buaian automatik. Lena tidurnya. Tidak menunggu lama, aku berlari naik ke atas. Affan yang baru sahaja mahu memegang tombol pintu biliknya terkejut saat aku tarik tangannya.

"Kau nak apa? Aku penat ni, jangan kacau. Aku nak rehat" ujar Affan tanpa segaris senyuman.

Aku tarik tangannya, merenung matanya sambil berkata, "Awak kenapa buat saya macam tak wujud? Saya dah serahkan seluruh hidup saya untuk awak. Awak rampas mahkota saya, dan awak buat saya macam tak wujud. Awak tu yang kenapa?"

"Aku tak rampas, tapi kau yang serahkan." Serentak itu Affan menarik tangannya kasar. Dia masuk ke dalam bilik dan menutup rapat pintu.

Disebalik pintu, Affan menelan air liur. Dia dahagakan belaian seorang isteri tetapi dia dia tidak tahu bagaimana harus memulakannya. Dua bulan yang lepas, mereka bersama tanpa dia sedar apa yang dia buat. Dia seakan hilang kesedaran apabila bersama dengan Aiffa. Oleh sebab rasa bersalah, dia mengabaikan Aiffa. Dua bulan dia menahan nafsu. Hampir saja goyah nafsunya tadi apabila Aiffa seakan datang menyerah diri. Dia tahu Aiffa mahukannya, tapi entah bagaimana egonya menang.

Affan duduk di birai katil. Butang baju kemejanya dibuka satu persatu. Usai membersihkan badan, dia rasa dahaga. Dengan hanya bertuala, dia turun ke dapur. Dilihat di ruang tamu, buaian Ayden sedang berhayun. Selesai membasahkan tekak, dia berlalu mahu naik ke bilik. Sampai di depan pintu bilik Aiffa, dia berhenti. Pintu tertutup. Gatal tangannya ingin membuka pintu itu.

Sesaat kemudian, Prakkkkkk. Pintu terbuka. Aiffa terkejut melihat Affan di depan biliknya. Lebih terkejut apabila melihat Affan hanya bertuala. Nafsu wanitanya meronta-ronta. Tapi kata-katanya Affan tadi menghiris hatinya. Dia tidak mahu menyerah diri, dia mahu Affan yang tergila mahukannya. Dia memandang Affan sekilas dan terus mahu berlalu menuju ke ruang tamu. Baru sahaja selangkah, tiba-tiba lengannya ditarik. Hampir dia jatuh, tapi ada lengan sasa memeluk pinggangnya, mengelakkan dia dari terjatuh.

Mereka bertentang mata.

"Aku nak kau malam ni" Ujar Affan lembut, separa merayu.

"Saya taknak awak" aku sengaja membantah. Malam ini aku tidak akan menyerah diri seperti dua bulan yang lepas. Lantas, aku menarik badanku darinya. Sebagaimana dia buat tak endah padaku, aku akan membalasnya juga.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 27 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

GETAR CINTAMUWhere stories live. Discover now