2 - MELAMAR SI DUDA

3.6K 16 0
                                    

Harini hari Sabtu. Seperti yang dijanjikan, hari ini aku akan memulakan tugasku sebagai pengasuh. Pengasuh anak si duda handsome.

Tepat jam 8 pagi aku sudah tercegat di hadapan rumahnya. Rumah corner lot. Besar juga walaupun rumah teres. Terletak di kawasan perumahan agak elit.

Aku menghampiri bahagian kanan pagar, lalu menekan loceng, dan serentak itu pagar terbuka secara automatik. Kelihatan seorang lelaki berbaju pejabat keluar dari pintu rumah sambil mendukung seorang bayi lekaki.

"Alright, very good awak sampai awal. Nah ambik Ayden" ujarnya.

Ayden kini di dukunganku. Aku masih diam. Ayden juga seperti menyukaiku. Dia menyentuh mukaku sambil tersengih. Comel.

"Okay, everytime awak sampai depan rumah saya, tekan bell and just tunggu sampai saya bukak gate. Ayden kalau dia dah bangun tidur saya akan serahkan pada awak macam saya buat harini. Memandangkan awak bujang dan saya pon technically bujang jugak, bahaya lah untuk kita berdua dalam rumah tu. Jiran-jiran saya ni so far nampak macam bukan kaki bawang. So awak jangan risau. Dan malam ni pon sama, bila saya dah sampai depan rumah saya akan bunyikan bell, awak boleh ready-ready untuk balik. Awak keluar rumah, baru saya masuk rumah saya. That's the deal. And awak buatlah macam rumah sendiri. Nak makan ke nak minum ke, buat sendiri. Nak masak pun saya okay je asalkan keperluan anak saya diutamakan. Okay?"
Panjang lebar Affan menerangkan kepadaku.

"Okay, faham." Balasku pendek.

"Okay, bye sayang daddy. Love you."

Sambil Ayden di atas dukunganku, Affan mencium kedua pipi anaknya. Bau wangian lelaki menusuk hidungku. Wangi.

Setelah kereta Affan hilang dari pandangan, aku masuk kerumah dan mengunci pintu.

Masuk sahaja dalam rumah, aku terpegun. Cantik susun aturnya.

Tet tet, bunyi notifikasi dari whatsapp.

Aku meletakkan Ayden berbaring di atas play mat, dan membuka whatsapp. Mesej dari Affan.

"Lupa nak cakap, saya dah sediakan bilik hujung sebelah tangga untuk awak nak tukar baju, solat atau rehat. Don't worry, bilik tu tiada CCTV"

Aku tersenyum. Upah lumayan, suruh buat mcm rumah sendiri, diberikan bilik sendiri. Untungnya aku.

Jam 10 pagi, Ayden sudah ketiduran. Kenyang minum susu barangkali. Aku meletakkan Ayden di atas katil di bilik yang disediakan kepadaku. Setelah membuka tudung, aku turut merebahkan tubuh disebelah Ayden. Lama kelamaan aku juga ikut tertidur.

Jam 12 tengah hari, aku tersedar apabila terdengar deringan telefon bimbitku. Panggilan dari daddy Ayden. Aku lihat masih lena di sebelah.

"Hello" suaraku serak-serak akibat baru bangun dari tidur.

"Hello, Ayden mana? Saya check CCTV tak nampak kat mana Ayden" soalnya bertalu-talu

"Ayden ada dalam bilik dengan saya ni Encik Affan. Ayden tidur dari jam 10 tadi. Belum bangun."

"Oh ye ke. Okaylah kalau macam tu." Ujarnya dan terus meletak panggilan.

Tak lama kemudian Ayden tersedar dan menangis. Aku mati kutu tidak tahu cara untuk menenangkannya. Bagi susu botol tidak mahu, didukung pun masih nangis. Lalu aku membaring Ayden diatas dukunganku, menguliknya. Tiba-tiba Ayden mendekatkan mulutnya ke dadaku. Seakan-akan mencari puting dada. Tangisannya masih kuat. Tidak berfikir panjang, aku meletakkan Ayden di atas katil. Lalu aku membuka butang baju blouse, dan membuka bra. Tersembul sebelah dadaku. Aku mengangkat Ayden dan dengan laju Ayden menghisap putingku. Tangisannya serta merta senyap. Walaupun putingku tiada susu, tetap Ayden hisap dengan rakus. Kesian anak ini, masih kecil tapi sudah kehilangan kasih sayang seorang ibu.

GETAR CINTAMUWhere stories live. Discover now