Bab 1

30 4 0
                                    


KELAT wajah Wajiha saat mendengar arahan yang meniti bibir ayahnya ketika ini.

"Kenapa?" soalnya manja. Tidak mahu menerima arahan ringkas yang dituturkan oleh Dato Khalid sebentar tadi.

Dato Khalid menanggalkan kaca mata yang tersangkut di hidung. Diletakkan di meja kopi. Sebelum matanya kembali mendarat di wajah Wajiha. Muncung bibir itu menimbulkan senyum nipis di bibirnya. Digamit tubuh anak daranya itu untuk duduk di sisinya.

"Ayah tak boleh percayakan sesiapa pun dekat luar sana. Baru aje minggu lepas, ayah hampir kehilangan Jiha." Dato Khalid memandang tepat ke anak mata Wajiha. Anak tunggalnya yang hampir menjadi mangsa culik insan yang tidak bertanggungjawab. Biarpun Wajiha sudah selamat dan kini masih berdiri di depan matanya, Dato Khalid tetap berasa tidak senang. Bermacam perkara bermain di fikiran saat Wajiha membuka mulut meminta izin untuk keluar dari rumah. Dia tidak mungkin akan melepaskan anak gadisnya keluar dari rumah seorang diri. Namun, tidak mungkin juga dia mampu mengurung Wajiha di dalam rumah. Anak gadisnya itu ada pengajian yang perlu diikuti di kolej.

Memikirkan itu, Dato Khalid sudah mengarahkan pembantu peribadinya untuk mencarikan bodyguard terbaik untuk anaknya ini. Satu-satunya nyawa yang ditinggalkan oleh arwah isterinya, Datin Rania.

"Ayah..." suara Wajiha merengek. Lengan Dato Khalid dipaut erat. Matanya dipejam dan dibuka berkali-kali. Hendak mencairkan hati ayah dengan cara begini. "Jiha bukan budak keciklah. Dah dua puluh tahun ni. Ayah buat macam Jiha ni baby tau!" sungut Wajiha.

"Lagipun, kejadian culik yang ayah sebut tu, salah faham ajelah. Mana ada orang nak culik Jiha. Sekalipun, ada orang nak culik, takkan Jiha nak menonong aje ikut dia." Wajiha masih lagi hendak meyakinkan Dato Khalid bahawa dia mampu menjaga diri sendiri. Takkanlah dia hendak ke kolej pun, perlu gunakan khidmat bodyguard. Malulah dengan kawan-kawannya nanti. Sedangkan dia sudah berjanji dengan Fasha dan Lina, akan memandu kereta sendiri dan menumpangkan temannya ke kolej bersama-sama.

"Jiha dua puluh tahun ke, sepuluh tahun ke, dua tahun ke... Jiha tetap baby untuk ayah. Esok pagi, Ali akan sampai dan bawa Jiha ke kolej. Jiha hanya dibenarkan keluar dari rumah dengan ditemani bodyguard, Ali." Tegas kata-kata Dato Khalid.

Makin bertambah muncung di wajah Wajiha. Matanya dijulingkan ke atas. Mendengar saja sebaris nama yang meniti bibir ayah, mindanya sudah terbayang-bayang. Entah Pak Cik Ali mana yang ayah hire untuk jadi bodyguard dia.

"Nama pun dah tak glamour. Jiha tak naklah!" tolak Wajiha. Tubuh sudah dipalingkan daripada menghadap wajah Dato Khalid. Bibirnya beku tanpa senyuman.

"Dia tu bodyguard Jiha, bukan bakal suami Jiha. Ayah tak ambil kira penolakan Jiha dalam hal ni." Itu kata putus daripada Dato Khalid.

Wajiha mengetap bibir geram. Matanya melihat saja belakang tubuh ayah yang sudah menghilang di sebalik pintu bilik. Telefon pintar di dalam kocek pijama yang tersarung di tubuh dikeluarkan. Pesanan ringkas ditaip dan dihantar pada temannya.

Jumpa di kolej terus esok. Change plan.

Sebaik mengirimkan pesanan itu, Wajiha melangkah masuk ke kamar tidurnya. Malas-malas saja tubuh dibaringkan atas katil. Langsung tiada semangat untuk menanti kehadiran pagi esok. Hari yang dia harus berhadapan dengan Pak Cik Ali.


****

RINGKAS SAHAJA penampilan Wajiha hari ini. Berblaus ungu lembut dan dipadankan dengan seluar slack hitam. Beg disangkut ke bahu sambil membetulkan tocang ekor kudanya. Saat langkah dibawa ke meja makan, ayah sudah menanti dirinya di situ. Menjamu selera dengan senyuman.

My 'Sweet' BodyguardWhere stories live. Discover now