Aku nak tegur tapi aku tak tahu macam mana nak tegur.
Nak luahkan perasaan terpendam tapi tak kesampaian.
Pada akhirnya,hanya air mata sahaja yang menemani diriku di dalam bilik sendirian.
Bukan pasal hidup yang tak adil tapi tentang kesabaran yang cuba aku tahan.
Sakit sangat bila orang yang paling kita hargai dan sayang buat macam tu dekat ibu kita yang sudah lelah.
Bila ibu nangis,aku juga turut berasa sedih tapi apakan daya aku tak boleh buat apa-apa dan hanya mampu mendengar dan melihat isi luahan hati beliau.
Masalah keluarga boleh menghacurkan mental kau....
Tak kisah kalau buat kat anak-anak tapi tolonglah jangan lukakan hati ibu.Sakit tapi lagi sakit bila melihat ibu yang menghadap masalah ni sambil mata berkaca-kaca.