#071

0 0 0
                                    

Aku betul-betul penat..

Sangat lelah...

Tapi aku tak boleh mengalah.

Selagi sejadah terbentang luas selagi tu aku akan usaha apa yang aku mampu.

Doa harini bukan bererti esok dapat tapi doa agar kelak nanti akan dipermudahkan urusan walaupun mencabar keimanan kerana terus menunggu tapi itulah tandanya kita diuji. Walaupun ganjarannya bukan di dunia tapi insyaallah di akhir hayat kita akan nampak segala amalan yang kita lakukan di atas dunia mahu itu kebaikan atau keburukan.

Kita hanyalah manusia yang mempunyai segala keburukan dan kebaikan dan kita diuji untuk melihat apakah kita akan tetap bersyukur atau sebaliknya semakin menjauh.

Walaupun lelah tapi aku tetap tanamkan dalam hati bahwa sebanyak mana pun kesilapan yang aku buat. Aku tetap perlu menundukkan kepala kepada yang Maha Berkuasa lagi Maha Esa sebab sebagai hamba yang berdosa sekalipun aku tetap menginginkan syurga.

Ini hanyalah hujahan yang ingin aku sampaikan kepada yang lain dan kepada diriku sendiri agar setiap kali aku merasa ingin berputus-asa,aku akan datang melihatnya dan menenangkan diriku.

HEAR MY SCREAMWhere stories live. Discover now