DAY 50 - 9:20 PagiSunghoon,Jake,Jay dan Sunoo mempersiapkan diri mereka untuk keluar mengumpulkan bekalan makanan. Mereka membawa peralatan melindungi diri mereka jika zombie datang menyerang
Dan beberapa minit kemudian, mereka berempat berkumpul dihalaman rumah dihantar oleh yang lain
" jaga diri " kata YunYoong pada Sunghoon
" Kau juga, kalau apa-apa berlaku tetap saja dalam bilik dan jangan keluar selagi aku tak balik " pesan Sunghoon memegang kedua belah bahu gadis itu
Chanhi memandang kedua mereka cemburu
" mari pergi semua, ingat tepat pukul 2:00 siap sedia buka pagar untuk kami " kata Jay
Mereka dirumah melambai kearah keempat rakan mereka. Pintu pagar dibuka kecil lalu keempat mereka pergi. Setelah bayang empat orang itu semakin jauh, mereka mula masuk kedalam rumah
" risaulah, aku harap mereka tak apa-apa " ucap Chanhi setelah tiba didalam rumah
Niki,Heeseung,Jungwon dan YunYoong saling berpandangan apabila mendengar apa yang Chanhi katakan
" er..ah kau tak perlu risau " jawap Jungwon memasang wajah tidak senang
Hairan mereka bertiga kerana dulu chanhi langsung tak hiraukan sesiapa dan hanya fokus pada sunghoon sunghoon sunghoon itu saja
apabila mereka ingin bergerak ke tempat yang mereka mahu, tiba-tiba mereka mendengar pagar diluar digoncang dengan kuat. Sebelum keluar mereka sempat mengambil alat pelindung diri
Niki Heeseung dan Jungwon kembali keluar rumah dan perlahan-lahan kearah halaman. Mereka melihat dari celahan pagar ada dua orang. Mereka mendekat dan apabila sudah dekat mereka pantas membuka pagar dan membenarkan orang itu masuk
" uh uh go-gomawo.." ucap seorang lelaki dengan nafas tercungap-cungap
Dia meletakkan rakannya yang dipapah kebawah. Mereka bertiga melihat salah satu dari mereka mengalami luka yang teruk. Terdapat serpihan kaca menusuk betis lelaki itu
Tiada pilihan mereka membawa kedua orang asing itu masuk kedalam rumah
" abang..."
Pandangan kedua orang lelaki asing itu terus pada sosok gadis dihadapan mereka
Tidak hiraukan kaki yang sakit, mereka berdua pantas memeluk gadis itu kuat. YunYoong menangis kuat apabila mengetahui kedua abangnya masih hidup!
Heeseung,Niki dan Jungwon berganjak kedapur mengambil minuman untuk dua lelaki yang digelar abang YunYoong
" syukurlah kau masih selamat! Kami risaukan kau tahu " ucap Joshua menyekat air mata YunYoong yang turun
" mana kau berdua tinggal? Omma appa macam mana? " tanya YunYoong memandang abang sulungnya Jeonghan
Jeonghan memandang Joshua memberi isyarat agar dia memberitahu YunYoong hal sebenar
" sebernya selepas saja kau berangkat ke sekolah, rumah kita kedatangan tetamu. Awalnya aku hanya syak dia luka biasa dan omma rawat dia tapi..tiba-tiba aku dengar omma menjerit dan bila aku ingin saja keluar bilik, appa terus tolak aku masuk bilik semula dan lepas pada tu aku cuba intai apa yang jadi-
" apa yang jadi?! " potong YunYoong sambil dirinya sudah menangis terisak isak
" sabar, ini semua takdir. Omma appa selamatkan Joshua untuk kita juga, jangan salahkan Joshua " ujar Jeonghan menenangkan YunYoong yang hampir menyalahkan abang keduanya
" mana kau berdua tinggal selama berbulan ni? " tanya YunYoong selepas keadaan sudah membaik
" kami tinggal dipusat kuarantin tapi semalam tempat tu dimasuki pengganas. Aku dengan Joshua sempat selamatkan diri dan kami sempat tinggal di balai polis sebelum datang kesini " jelas Jeonghan
" macam mana kau tahu disini tempat selamat? " tanya YunYoong bingung
" sebab aku nampak 4 orang keluar dari tempat ni dan kami berdua terus datang. Tak sangka pula boleh jumpa kau disini dalam keadaan selamat " jelas Jeonghan lagi
YunYoong mengangguk mengerti, sekarang dia rasa lebih selamat bila ada abang-abang nya
" er..ini pembalut dan ubat luka, tapi kalau nak bersihkan diri dulu boleh naik keatas " sapa Heeseung setelah mereka bertiga datang keruang tamu
" ini kawan-kawan kau? Aku tak pernah lihat pun " soal Joshua
" ah tak, kami dari sekolah lain tapi sekarang kami kawan " jelas Niki
Joshua dan Jeonghan menganggukkan kepala mereka mengerti
YOU ARE READING
[√] MISERY on Earth ff Svt x Enhypen
Fanfictionkisah diantara pertemuan dua pelajar dari sekolah yang berbeza membuat mereka saling bersatu demi kehidupan yang perlu diteruskan menghadapi serangan virus pengganas yang mula menyebar dibandar Seoul