DAY 3
deruan nafas yang menyapa wajah YunYoong menyedarkan gadis itu dari tidurnya. Sebaik saja dia membuka mata, alangkah terkejutnya melihat Sunghoon berada dekat dengannya
Lelaki itu menatapnya tidak berkelip!!
" aku tahu kau sudah bangun " kata Sunghoon apabila dia mendapati YunYoong kembali menutup mataYunyoong membuka kembali matanya lalu tersenyum malu sebelum dia menyedari bantal panjang yang diletakkan ditengah sudah tiada!
YunYoong bangun dengan panik lalu acuh tak acuh melihat dalamannya. Keluhan lega dilepaskan apabila mendapagi semuanya lengkap
SUNGHOON POV
" kau mahu kemana? " tegur aku setelah melihat YunYoong ingin berjalan keluar bilik
" kau tidak lapar? " tanya YunYoong pada ku
Aku turut bangun dari tidurku lalu memandangnya disana. Seharian aku tidak makan dan hari ini aku perlu kumpulkan tenaga aku
" kau mandilah, aku sediakan pakaian untuk kau " Kata ku lalu berjalan kearah almari pakaian ku
Baju t-shirt hitam yang tergantung aku ambil lalu aku berikan Pada dia
-
pagi yang cerah menyinari ruagan tamu rumah walaupun langsir dan pintu balkoni mereka tidak buka. Takut menimbulkan risiko pula
Santapan pada pagi itu dibuat oleh sunghoon dan mereka berdua berkongsi untuk berjimat stok makanan
Hidangan kecil itu membuat kedua mereka kekenyangan, porsi yang kecil sangat menyelerakanYunYoong yang leka mengacau teh panas yang dibuat oleh Sunghoon tersedar apabila mendapati sunghoon sedang menatapnya
SUNGHOON POV
" kenapa? " tanya gadis itu hairan" tidak mahu kenalkan diri kau pada aku? Tiada apa yang boleh kita lakukan disini "
Aku sangat ingin tahu status YunYoong dan itulah sahaja perbualan yang dapat mengelakkan kami dari sama-sama diam saja
" ah kau mahu kenal aku? Baiklah aku pelajar pindahan dari jepun. Aku disini tidak sampai seminggu sebelum kejadian ini berlaku, aku sangat sukakan suasana di korea. Hari pertama aku di Cheong A, aku mendapat sambutan dari mereka dan itulah kali pertama aku rasakan perasaan gembira "
Cerita YunYoong sedikit membuatku tertarik!
" dijepun kau tidak bahagia? " tanya ku
" tidak, kami sangat pentingkan pelajaran dan kami sangat kurang meluangkan masa tanpa belajar "
Aku mengangguk mengerti, sedikit kagum dengan pelajar disana. Patutlah negara maju
" hah kau pula cerita tentang kau pada aku "
Aku terpinga-pinga mahu ceritakan tentang apa sedangkan tiada keistimewaan dalam diri aku melainkan seorang atlet
" ah..aku tiada yang istimewa, aku sama seperti pelajar yang lain saja. Tapi aku seorang atlet ice skating jadi kalau kau mahu belajar main aku boleh tolong "
Kata ku penuh semangat. Kelihatan YunYoong menertawakan aku dan senyuman gadis itu menampakkan keperibadian dirinya yang sebenar
Namun sedang kami berdua leka berbual, tiba-tiba kedengaran bunyi teriakan dari bawah. Aku mengorat langkah kearah balkoni cuba melihat situasi dibawah
Kelihatan seorang wanita tua dikejar 4 ekor zombie dibawah. Kami berdua mula cemas dan merisaukan keadaan wanita tua itu yang dalam bahaya
Aku tanpa pilihan membaling gelas kaca kebawah cuba mengalihkan pandangan zombie-zombie itu namun mereka tidak hiraukan malah terus mengejar wanita tua itu
" Sunghoon macam mana ni?! " panik YunYoong diselubungi kerisauan dalam dirinya
Tak sanggup membiarkan wanita tua itu dimakan zombie hidup-hidup
Namun sedang mereka mencari idea, tiba-tiba bunyi dentuman kuat datang dari arah pintu rumah nya. Mereka berdua diam membisu, bunyi hentakan kuat membuatkan pintu rumah mereka sedikit kemek
Aku menutup mulut YunYoong agar gadis itu tidak menjerit lalu aku melangkah kearah bilik. Pintu bilik dikunci oleh ku sebelum kami berdua menyorok dibawah katil
Ngauman kuat dari luar membuatkan tangan YunYoong termasuk aku mengeletar hebat
Mereka seakan akan mengetahui akan keberadaan kami disini
Dring~ Dring~
bunyi panggilan dari telefon YunYoong pantas saja aku keluar dari bawah katil lalu mengambil telefon diatas meja
Aku masuk semula kebawah lalu menjawap panggilan itu
Panggilan kecemasan
Sunghoon : h-hello..?
xxx : hello apakah kamu masih selamat?
Sunghoon : dae dae kami selamat
xxx : berapa bilangan disana?
Sunghoon : dua orang, encik tolong selamatkan kami!
xxx : bertenang bantuan dalam perjalanan ke apartmen anda, sila pastikan kamu berdua tetap didalam rumah dan jangan lakukan sebarang bunyi
Sunghoon : baiklah encik!
Panggilan dimatikan, walaupun bantuan dalam perjalanan namun mereka masih bertarung dengan zombie diluar!
YOU ARE READING
[√] MISERY on Earth ff Svt x Enhypen
Fanfickisah diantara pertemuan dua pelajar dari sekolah yang berbeza membuat mereka saling bersatu demi kehidupan yang perlu diteruskan menghadapi serangan virus pengganas yang mula menyebar dibandar Seoul