BAB 35

98 8 1
                                    

Pipi Shaf ditekup dengan kedua-dua tangannya. Melihat anggukan Shaf, Dash melepaskan pipi Shaf lalu kembali memeluk Shaf. Bahu Shaf digosok tanda memujuk.

"Mia sayang... kau tak salah. Semua yang jadi dah ditentukan oleh Allah dan kita sebagai hamba yang bertaqwa kena reda... kena terima dengan hati yang terbuka. Reda okey? Dia dah bahagia di taman-taman syurga." Pujuk Dash lagi walaupun hati dia terluka tapi dia kena kuat demi Shaf. Macam mana Shaf nak kuat kalau dia lemah. Hanya dia sumber kekuatan Shaf sekarang. Bukan Qyra. Bukan Iry. Hanya dia, Tengku Danish Mayz.

Every cloud has a silver lining

"Semua salah Mia, Nish... kalau Mia tak langgar katil pesakit dekat hospital tu mesti baby masih ada dengan kita... semua salah Mia, Nish! Salah Mia! Mia yang cuai! Mia yang tak jaga baby kita betul-betul! SEMUA SALAH MIA!!"

Shaf kembali meronta-ronta dalam pelukan Dash. Emosi dia masih tak terkawal sepenuhnya.

"Mia, Mia...hey look at me!"

Tegas Dash. Badan Shaf yang meronta-ronta dipegang kejap sehingga kedua-duanya melorot jatuh ke lantai.

Meraung. Meraung. Dan meraung. Itu sahaja yang mampu Shaf buat mengenangkan khilafnya.

Dash masih berusaha menenangkan Shaf. Dia tak boleh biarkan Shaf terus hanyut dalam kesedihan yang tidak berkesudahan. Jika Shaf terus hanyut dalam dunia dia sendiri, kemurungan yang disimpan rapi akibat kejadian hitam itu akan kembali menutup senyuman dan kegembiraan Shaf yang Dash cuba kembalikan sekian lama.

Bahu Shaf ditolak menjauhi dadanya. Kepala Shaf didongak agar bertentang mata dengannya. Dalam renungannya ke dalam mata Shaf.

"Allah ambil baby dari kita sebab Allah tak nak baby lalui apa yang kita lalui. Allah tak nak baby kita hadapi apa yang kita hadapi. Sebab apa? Sebab Allah dah janjikan yang terbaik buat hamba-Nya yang bersabar dan reda. Sebab Allah tahu baby kita takkan mampu sekuat kita yang sekarang. Ingat wahai kesayanganku Mia...Allah tak akan uji hamba-Nya dengan ujian yang tidak mampu dihadapi oleh hamba-Nya dan perancangan-Nya adalah sebaik-baik perancang." Pujuk Dash lagi. Walaupun dia perlu ulang seribu kali untuk Shaf, dia akan ulang. Demi Shaf. Untuk Shaf.

"Tapi Mia tak mungkin dapat mengandung lagi...doktor cakap percentage untuk Mia mengandung lagi kurang dari 10 peratus...dan kalaupun Mia mengandung, peluang untuk baby lahir dengan selamat hanya lima peratus..." Cerita Shaf dengan wajah murung. Itu yang doktor beritahu sebaik sahaja dia sedar dari menjalani pembedahan cuci rahim.

"Doktor pun manusia, Mia sayang... bukan Tuhan yang boleh tentukan segalanya." Pujuk Dash. Shaf ditarik naik ke ribanya lalu tubuh itu dipeluk erat dari belakang.

"What kind of cyst?"

Suara garau Dash menyapa halwa telinga Shaf setelah keadaan hening buat beberapa ketika.

"Who? Mummy? Mummy fibroid...Kak Dyia, PCOS."

"Mia?"

"Dermoid cyst"

"Ya Allah, Mia... why didn't you tell me? Dermoid cyst is one of the dangerous cyst, you know? Cyst jenis ni bukannya sejenis ketumbuhan yang mempunyai cecair berbisa tapi ibarat mengandungkan anak yang tak akan pernah lahir. Allahu Mia..." Kesal Dash.

"Actually, masa first time check-up masa Mia disahkan menghidap cyst dulu... doktor sahkan ianya hanya simple cyst which is kantung yang mempunyai cecair berbisa. Back then, when I was stayed at Scotland after daddy passed away... sakit tu datang sampai hampir every week I'm warded. Bila scan kat sana, doktor sahkan it's dermoid cyst. No one know about this except mummy."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 26 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mrs. Danish Mayz[H]Where stories live. Discover now