BAB 9

2.8K 102 27
                                    

"Are you okay?"

Tanya Syaza kepada Iry yang baring di atas katil.

"Kau boleh diam tak, betina?!! Menyemak jer. Blah la! Aku nak tidur..."

Tengking  Iry tiba-tiba. Syaza hanya tersenyum sebelum melangkah ke arah balkoni bilik Iry.

Tak apa. kau dah biasakan,Sya.

Perut yang memboyot diusap perlahan. Kandungannya tua dua bulan sahaja daripada Qira. Bermaksud, usia kandungannya sekarang adalah 8 bulan. Tinggal lagi 2 bulan sebelum anaknya dilahirkan.

Pandangan dilontarkan ke arah hutan yang tumbuh menghijau di belakang banglo milik keluarga Northem. Ya, balkoni bilik Iry dan Tengku Iz betul-betul menghadap hutan di belakang rumah.

"Hai Sya, jauh termenung?"

Tegur seseorang dari sisi. Syaza pantas berpaling ke arah sisinya dimana datangnya arah suara itu.

"Eh,kak Su... terkejut Sya. Tak lah,mana ada termenung... tengah menghayati  flora ni..."

Putri Suhada Iyrdyna Ficus,isteri kepada Tengku Iz berdiri di sampingnya. Hanya penghadang yang menjadi jarak mereka.

"Sya, Sya ada masalah ke? Kalau Sya ada masalah, Sya boleh cerita kat Kak Su..."

Puteri Suhada cuba memulakan perbualan dengan birasnya.

Baginya, Syaza tak macam yang lain. Dia lebih banyak berkurung dalam bilik dari berkumpul bersama keluarga yang lain. Bila bertanya kepada Iry dimana Syaza, Iry hanya memberi alasan yang Sya penat, Sya letih, Sya Morning sickness, Sya tertidur dan macam- macam lagi alasan yang Iry bagi. Begitulah keadaan mereka selepas kandungan Syaza menginjak ke usia dua bulan.

Dia tahu yang mereka berdua ada masalah namun kedua-duanya bijak menyorokkan masalah mereka dan pura-pura bahagia di hadapan orang lain. Tetapi mereka lupa Puteri Suhada yang lebih banyak mendiamkan diri selalu memerhati tingkah mereka dalam diam.

Sebagai doktor pakar psikologi,dia dapat membaca air muka seseorang walau seseorang itu cuba sorok.

Dia juga perasan terdapat beberapa kesan lebam di pergelangan tangan Syaza tidak lupa juga hujung bibirnya yang bengkak dan banyak lagi kesan seperti dipukul di bahagian badannya yang terzahir. Walaupun kesan pukul tersebut kelihatan sudah lama, namun dia tahu yang Syaza menderita.

Syaza sudah tak senang duduk. Dia tak mungkin akan membuka aib suaminya di hadapan birasnya sendiri.

"Sya tak ada masalah,kak Su... Sya okey jer..."

"Ha, kat dahi tu, kenapa?"

Soal Puteri Suhada sebaik sahaja di terlihat dahi Syaza bertampal dengsn plaster tapi agak tersorok di berbalik helaian rambut yang mengurai sehingga menutupi dahi. Dia dapat melihat jelas kesan bengkak di dahi ibu hamil itu.

"Oh,ni... Sya terlanggar pintu tandas pagi tadi..."

Betul. Dia tak tipu. Dia terlanggar bucu pintu tandas sebab nak cepat sampai tak perasan yang pintu tu terkena dahi dia.

Iry?

Dia reti marah dengan tengking jer sekarang ni. Bukan nak tolong orang rawat luka pun.

Ujar Syaza kepada Puteri Suhada lalu memberikan senyuman kepada birasnya itu.

Namun Puteri Suhada dapat melihat keperitan disebalik senyuman pahit itu.

Apa yang disembunyikan oleh Syaza??

Entah.

Dia sendiri buntu.

Mrs. Danish Mayz[H]Where stories live. Discover now