Rindu ketika selalu bertemu adalah perkara biasa,
Namun, rindu ketika rasa kehilangan sangat sakit mencengkam jiwa.
HAIDER dengan rasa marah yang mencengkam hati terus memandu pergi ke rumah yang menjadi tempat tinggal sahabatnya setelah diberitahu keberadaan lelaki itu. Kawasan rumah elit tersebut tidak berpagar memudahkan urusan Haider untuk masuk ke rumah itu. Loceng rumah ditekan berkali-kali dengan perasaan yang panas di hati.
Terbuka sahaja pintu tersebut tanpa sempat Ghazi mahu menyapa satu tumbukan padu terkena pada wajahnya. Terjatuh Ghazi di lantai pintu itu akibat tumbukan padu datang daripada Haider. Meringgis sakit Ghazi sambil memegang rahangnya serta bibirnyayang sudah berdarah itu.
"Kau memang tak guna Ghaz. Kau memang melampau!!! Banyak kali aku dah bagi amaran dekat kau!! Banyak kali bukan satu dua kali tapi berkali-kali!!! Tapia pa yang jadi sekarang!!! Apa yang jadi Ghaz?!!!Mana adik aku?! Mana?!!" dicekak kolar baju yang dipakai Ghazi erat. Kuat. Ditarik Ghazi untuk berdiri semula.
"Mana adik aku pergi?!!" jerkah Haider kuat pada di wajah itu. Ghazi tidak membuka mulut untuk menjawab kerana dia sendiri tidak tahu keberadaan isterinya. Dia pun dah buntu mahu mencari wanita itu di mana.
"Jawablah bodah!! Mana adik aku!!" hilang sabar Haider dengan kebisuan lelaki itu. Bukan kebisuan yang dia mahu melainkan jawapan yang keluar daripada sahabatnya. Satu tumbukan lagi hinggap di wajah itu. Ghazi tidak melakukan sebarang pertahanan untuk membela diri. Dia sedar ini salahnya. Semua yang berlaku disebabkan kesilapannya.
"Kau ni memang siallah!!" Haider mahu menerkam Ghazi tetapi dihalang oleh satu tangan lain supaya dia tidak bertindak dengan lebih agresif.
"Sudah Haider!!! Sudah!!" halang Ilham yang tiba di situ kerana kawasan rumahnya tidak jauh dari sini setelah dimaklumkan oleh Aryan sebentar tadi. Dia juga turut pindah duduk di kawasan ini setelah membuat keputusan untuk keluar daripada kuarters tentera itu.
"Lepaskan aku!!! Biar aku ajar dia ni!!!"marah Haider apabila tindakannya dihalang oleh Ilham.
"Dia sahabat kita!!"
"Aku lebih sanggup hilang sahabat daripada hilang satu-satunya adik aku!!! Adik aku hilang Ilham!! Hilang!!!" ditepis kasar pegangan tersebut. Haider meraup rambutnya ke belakang. Tatkala dia mendapat berita daripada Haiza sebentar tadi disebabkan keterlanjuran gadis itu, dirinya terus meninggalkan Haiza dan bergegas menelefon Aryan untuk meminta alamat sahabatnya ini. Tanpa lengah dia terus ke mari. Kalau Haiza tak terlepas cakap tadi alamatnya dia memang takkan tahu perkara ini. Dia yang ingin pulang ke kampung terbantut dan segera ke sini.
"Kenapa?! Kenapa adik aku perlu lalui lagi benda ni Ghaz?!Kenapa?!!Ya Allah."
"Ak..aku minta maaf. Aku tak jaga adik kau dengan elok."melutut Ghazi di hadapan Haider.
"Aku amanahkan adik aku dekat kau!! Aku berharap kau boleh jaga adik aku dengan baik!!! Tapi sekarang ni apa dah jadi!! Adik aku hilang tanpa kau tahu ke mana dia sekarang!!! Adik aku terlalu naif dengan dunia luar Ghaz. Adik aku tak tahu kawasan sini.Ak..aku risau adik aku. Aku takut kalau dia sakit dekat luar tu siapa yang akan tolong dia. Dia tak ada sesiapa yang dia kenal Ghaz dekat luar sana."suara Haider sudah mula mengendur kerana perasaan sebaknya di hati. Air matanya juga sudah mula bertakung tapi dihapus pantas olehnya.
"Aku minta maaf Haider."
"Kalau kata maaf kau tu boleh buatkan adik aku ada depan mata aku sekarang aku maafkan kau." terdiam Ghazi tidak mampu bersuara lagi. Terkesan dengan ayat sahabatnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/360760842-288-k538412.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Yang Ku Harapkan (BAKAL TERBIT)
Non-FictionAjal. Maut. Jodoh. Pertemuan. Itu adalah takdir dari sang pencipta-Nya. Begitu jugalah pertemuan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan dalam keadaan yang menyayatkan hati. Namun,mereka disatukan atas permintaan seorang abang yang sangat...