Adrianne mengurut kepalanya.Memejamkan matanya sebentar.Faryna pula tersenyum seperti kerang busuk.
"Faryn,aku dah penat nak explain.Focus laaa" ujar Adrianne penat.
"Alaa,aku tak faham..nak buat macam mana." jawab Faryna tanpa rasa bersalah.
Adrianne menjeling tajam wajah Faryna.Selang beberapa minit,pintu bilik milik Faryna diketuk.
"Buka lah! tak kunci pun!" jerit Faryna dari dalam.
Sejurus itu,dedaun pintu dikuak perlahan.Terpampang wajah manis ibu Faryna,Datin Zafryna.
"Adik,ajak lah kawan you tu makan.Anne dah sarapan belum?" soal Datin Zafryna yang kini memberi tumpuan kepada Adrianne.
"Belum,aunty..tapi tak apa lah.Anne boleh makan dekat rumah nanti." jawab Adrianne segan.
"Ehh no it's okay.Aunty dah masak lebih.Anne makanlah dengan kitaorang." ujar Datin Zafryna
Adrianne melihat Faryna.Seakan-akan faham dengan pandangan Adrianne,Faryna mengangguk.
Adrianne memandanh pula Datin Zafryna,lalu kepala diangguk.Datin Zafryna tersenyum suka.
Mereka bertiga mula menuruni anak tangga.
Adrianne mengambil tempat disebelah Faryna.Nasi goreng dicedok.
"Sikitnya ambil,Anne? kenyang ke?" soal Dato' Rafiq.
Adrianne memandang Dato' Rafiq lalu tersenyum sehingga menampakkan kecacatan yang sempurna dipipinya.
"Kenyang je.Lagipun Anne tak boleh makan banyak sangat waktu pagi,nanti sakit perut." jawab Adrianne lembut.
Dato' Rafiq mengangguk faham.Selang beberapa minit,dua orang lelaki mula menuruni anak tangga.
"Turun pun kauorang.Ingatkan dah tak ingat makan" perli Faryna.Adrianne hanya menahan senyum sambil mengunyah nasi goreng yang dimasak oleh Datin Zafryna.
"Adik." seru Adzrain dengan nada yang dingin.Faryna menunduk lalu kembali memberi perhatian kepada nasi goreng yang diisi ke dalam pinggannya.
Memang Faryna gerun akan abang sulungnya itu.Sudah lah beku! garang pula! sekali bersuara,satu rumah terdiam.
Dalam garangnya Adzrain,tentu Dato' Rafiq lebih garang darinya.
Bapak dan anak singa!
"So,Anne macam mana sekarang? Okay ke study dekat sana?" soal Dato' Rafiq memecah kesunyian apabila Adzrain,Aathif dan Aizack melabuhkan duduk.
"Not bad la,uncle." jawab Adrianne.
"Lepas degree nanti Anne terus kerja ke macam mana?" soal Aathif,abang kedua Faryna.
"Hmm..ikutkan nak cari kerja lah.Tapi masih tak jumpa lagi tempat yang sesuai untuk Anne.Kalau ada pun,jauh dari rumah.." jawab Adrianne.
"Alah,apa susah..kau kerja la dekat company abang sulung aku itu." Faryna memberi cadangan.
"I agree.Anne kerja je dekat company Adzrain." Datin Zafryna pula bersuara.
Adrianne memandang Datin Zafryna,lalu pandang pula ke Adzrain.Ralit menikmati nasi goreng yang dibuat oleh Datin Zafryna.
"Adzrain Darren." seru Dato' Rafiq pantas Adzrain mengangkat kepalanya.Memandang Dato' Rafiq.
"Hm.Boleh." jawab Adzrain beku seraya kembali memberi tumpuan kepada nasi goreng yang diisi dalam pinggannya.
"Okay cun! kerja dekat company Adzrain tau!" ujar Faryna teruja.Adrianne tidak tahu mahu mengangguk atau menggeleng.
Memandang riak wajah Datin Zafryna dan Dato' Rafiq seperti meletak harapan kepadanya,perlahan dia angguk.
YOU ARE READING
[OG] 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐚𝐢𝐧'𝐬: 𝐃𝐢𝐚 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐀𝐤𝐮 (Hiatus)
RomanceAdrianne Daryne,seorang gadis yang hidup tidak senang tetapi tidak pula susah.Dia hanya gadis biasa.Cukup pintar dalam pembelajaran. Sahabatnya,Faryna.Sentiasa menemaninya untuk mengulang kaji setiap kali jadual mereka kosong. Segalanya berubah apab...