Adrianne & Adzrain 11

204 5 0
                                    

"Sampai hati mama papa.." ujar Adrianne.Sebaik sahaja dia pulang,mama dan papa menyambutnya dengan wajah yang risau pada masa yang sama risk wajah yang lega.

Lega kerana Adrianne sudah pulang. "Untuk kebaikan Adryn,sayang...mama dan papa bukan makin muda.Mama dan papa tak nak jadi apa-apa pada puteri bongsu mama;papa.."

Air mata Adrianne mengalir perlahan.Kecewa pada masa yang sama sedih.

"Tak semestinya juga abang-abang Aryn akan jaga Aryn sepanjang masa.Diaorang pun ada kehidupan masing-masing..." tambah Puan Arin lagi.

"Percayalah,abang Rain yang terbaik untuk Aryn.Papa percaya abang Rain boleh jaga Aryn." ujar Tuan'Zuhayr.

Adrianne hanya diam.Selang beberapa saat,wajah Adzrain terpampang di pintu rumah Keluarga Adrianne.Dia memberi salam sebelum Puan Arin menyuruhnya masuk.

"Masuk,Rain." ujar Puan Arin.Adzrain melemparkan senyuman lalu menapak masuk.

"Arin naik atas dulu." cepat-cepat Adrianne bangun dari duduknya.Langsung tidak memandang wajah Adzrain.

Hilang sahaja sosok tubuh Adrianne dari pandangan,Puan Arin dan Tuan Zuhayr mengeluh.

Adzrain melabuhkan duduk.Hanya memandang anak tangga yang dinaiki oleh Adrianne,lalu dia memandang semula ke arah bakal ibu dan bapa mertuanya.

"Rain faham..." ujar Adzrain bersama senyuman.Selang beberapa minit,Adrianne turun dengan baju labuh berwarna hitam bersama kain batik dan selendang yang menutupi kepalanya.

Dia melabuhkan duduk di sebelah Puan Arin,langsung tidak memandang wajah Adzrain.

"Mama naik atas dulu.Nak rehat,Ryne sembang dengan abang Rain dulu ye?" ujar Puan Arin sebelum dia bangun dan melangkah meninggalkan anaknya dan bakal menantunya.

"Papa pun sama lah.." ujar Tuan Zuhayr pula.Apabila hilang sosok kedua orang tua Adrianne,suasana di ruang tamu itu menjadi diam.

"Killian ada sakitkan kau ke?" soal Adzrain memandang wajah gadis di hadapannya itu.

Adrianne diam.Cukup hanya gelengan sebagai jawapan.

"Dah tak reti bercakap ke?" sindir Adzrain.Geram sungguh dia dengan sikap Adrianne.

Adrianne menghela nafas dengan kasar.Dia menatap wajah Adzrain tajam. "Tak.Dia tak sakitkan Ryne." jawab Adrianne kasar.

Adzrain mengangguk.

"Seronok agaknya dapat paksa Ryne masuk dalam hubungan ni,kan?" soal Adrianne dengan nada yang sarkastik.

Mendengar itu,berkerut dahi Adzrain.

"Kenapa berkerut? betul lah kan?" soal Adrianne lagi apabila dia tidak menerima sebarang jawapan.

"Banyak kali Ryne tegaskan,Ryne cuma anggap abang Rain macam abang kandung Ryne sendiri! Dan tak pernah lebih daripada tu!" cuba menahan diri untuk tidak menguatkan suara.

Adzrain menatap beku mata Adrianne.Dia berdiri dari duduknya.Tajam dan beku renungannya menatap mata Adrianne.

"Listen,Adrianne.I never force you to accept this relationship! I just want to protect you! Saya tak pernah paksa awak untuk terima hubungan ni.Dan kalau awak tak nak terima hubungan ni,then it's okay! Saya tak nak awak hidup dalam kepaksaan." ujar Adzrain tegas.Panggilan terhadap Adrianne telah berubah.

[OG] 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐚𝐢𝐧'𝐬: 𝐃𝐢𝐚 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐀𝐤𝐮 (Hiatus)Where stories live. Discover now