10

7 0 0
                                    

" Umai, kau boleh detect tak Atif kat mane?" Soal Imran.Risau betul kat si Atif tu.

" Tak.Aku rase sebab dia dah jauh dari korang." Umai menekan-nekan papan kekunci.

Imran hela nafas.Boleh gila lama-lama kalau macam ni.

" Kenape kau tanye lagi pasal mamat selfish tu? Dia bukannya kesah pasal kita pun." Sarah mencebir.Kalau dia, mati ke hidup ke si Atif tu dia tak akan kesah.

" Sebab dia kawan aku.Kawan kita."

" Kawan? Orang macam tu kau panggil kawan?"

" Macam mana sekali pun perangai die, kita dah kenal lame.Kita pernah jugak bergaduh lagi besar daripada hal ni.Dia tetap kawan kita.Kita tak boleh biarkan dia." Imran melihat setiap raut wajah kawan-kawannya.

Dari jauh, Naufal hanya memandang.Nafas dihela.Macam mana nak survive kalau asyik gaduh mulut? Dia melihat keluar tingkap.

" Kau ok tak?" Naufal menoleh.Melihat ke arah Dariah yang duduk di sebelahnya.

" Entahlah.Tak tau nak rase ape.Aku pun tak expect jadi macam ni sekali." Naufal menunduk.Matanya dipejam.

" Relax, bro.Santai je.Kita ikut langkah game ni.Insya Allah jumpe jalan keluar." Dariah berkata tenang.Hanya memandang ke hadapan.

" Tu..ok tak tu? Tak sakit ke?" Soal Naufal sambil menunjuk ke arah luka di rahang kanan Dariah.Mungkin sebab tadi kut.

" Ok je." Dariah mengangguk.

Ukasyah hanya duduk dibelakang memerhatikan sekeliling.Hatinya masih panas dengan sikap Atif.

" Kau marah lagi ke?" Haziqah menghampiri tempat duduk Ukasyah.

Ukasyah hanya menggeleng.

" Tak de lah." Ukasyah melihat ke arah lain.Haziqah hela nafas singkat.

" Dahlah tu..tak yah marah sangat kat si Atif tu.Kau marah pun dia kesah ape."

Ukasyah hanya memandang ke luar.Malas nak fikir apa-apa.

" Aku mintak maaf bagi pihak Atif."

" Orang macam tu tak layak dimaafkan."

" Ukasyah.."

" Dahlah aku malas nak fikir." Ukasyah bangun dari duduk.Berjalan menuju ke depan.

Bam!

Masing-masing tersentak.Memandang sesama sendiri.

Bunyi ape tu?

" Hazmi, kenape-"

" Huarghh!! "

Ah sudah!

" Hazmi, speed!" Laju saja kakinya memijak pedal minyak apabila terdengar suara Imran menjerit.

" Guys, position! Standby!" Arahan diberikan.Masing-masing bersedia dengan senjata masing-masing.

Bas tersebut terumbang-ambing.Hazmi tidak dapat mengawalnya dengan baik kerana kedatangan zombie yang terlalu banyak.

" Hazmi, bawaklah elok-elok!"

" Elok lah ni!"

" Elok ape macam ni?!"

" Kau diam lah, Syah! Bising je tau!"

Hazmi cuba untuk seimbangkan bas tersebut.

Bang!

Bang!

Bang!

Tembakan demi tembakan dilepaskan.

Dush!

Buk!

Khairil dan Anam sedaya upaya menghalang zombie tersebut daripada masuk.

" Huarghh!! " Makin ramai zombie yang datang ingin menyerang mereka.

" Khairil, protect Zahra!" Arah Haziqah apabila dia sedang bergelut dengan zombie yang baru melompat masuk.

Khairil berlari ke arah Zahra di penjuru bas.

Buk!

Tumbukan diberikan tepat di muka zombie itu.Badan dipusingkan.

" Kau ok?" Soalnya.Zahra kelihatan menggigil.Dia mengangguk.

" Khairil, belakang kau!" Kuat suara Syafi di earpiece menjerit namanya.Serentak itu, Khairil berpusing ke belakang.

" Careful!" Khairil seakan-akan mati akal apabila melihat zombie itu betul-betul berada di hadapannya.Tangan zombie itu naik separas mukanya.

Shrakk!

" Khairil!" Jerit Haziqah.

Khairil tertunduk.Terasa pedih di bahagian keningnya.Serentak itu, dia rasa seperti ada sesuatu mengalir pada mukanya.

Alya terus berpusing ke arah Khairil.Pistol diangkat.

Bang! Bang!

Terkulai jatuh zombie itu.Betul-betul di hadapan Khairil.

" Makin ramai yang datang!" Jerit Umairah di earpiece.Imtan buntu.

Zombie terlalu ramai.Tak mungkin diorang boleh halang seramai ni.

Makin lama bas bergoyang makin kuat akibat kedatangan zombie yang ramai.Zombie tersebut makin memgganas.

" Hold, Hazmi! Tahan jap!"

Hazmi tak mampu untuk menyeimbangkan lagi bas tersebut.

Akhirnya, bas yang dinaiki mereka terbalik.

Dush!

Bas tersebut seperti bergolek jatuh ke cerun.

" Tahan!" Jerit Umairah.

Mereka semua hilang keseimbangan.Masing-masing berlanggar dengan dinding bas.

Suara mereka pecah di dalam bas itu.

Dush!

Imran dapat merasakan bas tersebut sudah berhenti.Dia memegang kepalanya.Terasa berpinar.

" Huarghh!! " Kedengaran lagi bunyi aneh itu.

" Keluar, semua!" Jerit Imran.

Mereka semua berusaha untuk keluar daripada bas itu sebelum datangnya zombie-zombie itu semula.

" Lalu sini!" Anam memecahkan tingkap bas menggunakan penumbuknya.Sorang demi sorang keluar daripada bas itu.

" Lari!" Macam pelesit, masing-masing dah lintang-pukang selamatkan diri.Terasa seperti itu adalah larian paling laju yang pernah diorang buat.

Boleh menitik air mata Usain Bolt tengok diorang lari.

Tit! Tit! Tit!

Kedengaran lagi bunyi aneh setelah mereka lari daripada bas itu.

" What the heck, man?!"

" Larilah, Yus!"

Boomm!

Inside School's Play [OG]Where stories live. Discover now