Part 1

2.1K 74 9
                                    

"Alhamdulillah akhirnya setelah 4 tahun bertungkus lumus, aku berjaya menamatkan pengajian di universiti. Tak sia-sia pengorbanan mak ayah aku" Kata-kata yang yang terucap di bibir Arissa sebaik sahaja berakhirnya majlis konvokesyen.

"Tahniah Arissa" Qistina mengucapkan tahniah kepada Arissa dan begitu juga dengan Arissa.

"So, apa plan kau lepas ni?" Qistina mengajukan soalan kepada Arissa.

"Mungkin cari kerja kot? Duduk rumah lama-lama pun bosan jugak." Arissa meluahkan isi fikirannya.

"Ha kau pulak?" Arissa bertanya kepada Qistina pula.

"Oh baguslah. Aku sebenarnya dah dapat kerja, bapak aku tolong carikan" dalam diam-diam Qistina telah 5 langkah ke hadapan dari Arissa.

"Untunglah, aku ni entah bilanya nak dapat kerja. Kena pergi cari pulak satu hal" Arissa meluahkan perasaan yang terbuku di hatiku.

...

"Hm, makan maggi macam sedap gak. Rasa malas nak masak pulak" 

Telefon Arissa berdering.

"Assalamualaikum mommy" Arissa memberi salam terlebih dahulu.

"Waalaikumsalam anak mommy, sorry tadi mommy dengan papa tak dapat hadir majlis konvokesyen Rissa. Maklumlah ada hal yang tak dapat dielakkan. Mommy mintak maaf ya" 

"Eh takpa mommy, Rissa tak ambik hati." Arissa tidak mahu mommy berasa bersalah. "Kenapa mommy call Rissa?" Arissa ingin tahu tujuan mommy menelefonnya.

"Oh, lupa pulak mommy. Mommy nak beritahu yang anak aunty Rose tengah cari staf baru untuk company dia"

"Eh takpa mommy, Rissa nak pergi cari kerja lain" Arissa menolak tawaran tersebut dengan selembut-lembutnya.

"Mommy dah inform anak dia, kamu pergi kerja sana" 

"Eh, kenapa mommy tak tanya Rissa dulu?" Arissa terkejut dengan keputusan mommy.

"Okey, mommy letak telefon dulu. Mommy ada kerja sikit nak dibuat" mommy menekan punat merah di telefon.

"Eh mommy" suara mommy tidak lagi kedengaran.

(Anak aunty Rose - Mommy)

Aku melihat satu nama kenalan yang dihantar oleh mommy.

"Mommy ni biar betul. Aduh, ini yang aku tak suka ni" Arissa menghela nafasnya.

...

"Hi, ini anak aunty Rose kan?"
Arissa 

"Assalamualaikumm"
- Anak aunty Rose 

"Er..waalaikumsalam"
- Arissa 

"Kau sapa? Apahal mesej aku?"
- Anak aunty Rose 

(Memang takdak adab agaknya mamat ni)

"Ni sebenarnya mommy saya ada bagi nombor awak dekat saya. Katanya awak sedang mencari staf baru untuk syarikat awak. Betul ke?"
- Arissa 

"Oh, anak aunty Ida?"
- Anak aunty Rose 

"Haah betullah tu"
- Arissa 

"Esok, 10 pagi"
- Anak aunty Rose 

"Hah?"
- Arissa 

"Tadi kau kata nak kerja kan? Taknak kerja? Banyak tanya pulak."
- Anak aunty Rose 

"Oh, haah betullah tu. Terima kasih encik er..."
- Arissa 

"Handsome"
- Anak aunty Rose

"Hah?"
- Arissa

"Encik handsome"
- Anak aunty Rose.

"Encik jangan main-main"
- Arissa

"Sapa kata aku main-main?"
- Anak aunty Rose

"Esok saya datang pukul 10 pagi. Assalamulaikum"
- Arissa

...

"Perasan gila mamat tu. Macam lah handsome sangat." Arissa rasa menyampah.

"Save mamat kerek ja la, dia ingat dia tu Jake ke sampai aku perlu save encik handsome? Eh sorry naik lorry eh" Arissa save 'mamat kerek' sebagai contact name dalam telefonnya.

...





𝐇𝐀𝐑𝐑𝐈𝐙 𝐌𝐔𝐊𝐇𝐑𝐈𝐙: 𝐌𝐲 𝐋𝐢𝐦𝐢𝐭𝐥𝐞𝐬𝐬 𝐋𝐨𝐯𝐞Where stories live. Discover now